Barang-barang yang aku order masa sawan aku sampai.
Macam biasa la, En Wan takkan tau punya sehinggalah dia baca blog aku malam kang.
*kelip-kelip mata buat muka comel*
Kalau terer cuba teka barang apa ni????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jangan nak scroll je. Teka dulu!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TADADA TADADAAAAAAAAAAAAAAAA!!
Nak carik kat kedai-kedai payah sangat.
Order je online.
Semalam dah start dengar dalam kereta.
Sangat pueh hatiiiiiiiiiiiiiiii.
Walaupun tak paham.
"Elok sangat lah kan bulan-bulan puasa orang dengar kaset mengaji, kau berdegang degung dengar lagu. Lagu cina pulak tu" (Ni ayat Mak Aji)
Bila sampai je DVD/VCD ni kat tangan aku, rasa dejavu.
Terasa-rasa how gila bahabi-nya aku mengumpul kaset-kaset Beyond and Leslie.
Lagi satu kan, aku dulu minat Hacken Lee. Sebab suara dia best gila.
Tapi lama-lama aku rasa keminatan aku kat Hacken Lee tu kureng sebab lagu dia tak banyak yang best. Leslie and Beyond juga di hati.
Aku punya tebiat ni pelik sikit.
Selagi tak dapat apa yang aku nak tu, sampai termimpi-mimpi.
Aku sampai mimpi main congkak dengan penyanyi Beyond ni. Congkak okeh? Nampak benar mimpi. Kejadah apa dia nak layan aku main? Congkak pulak tu. Kalau mahjong tu macam lojik la jugak.
Ha, sebut pasal mimpi ni.
Ada 3-4 orang yang respond pasal mimpi roh aku tu.
Ada satu reader nama dia Aishah Farid cakap fenomena aku tu namanya "astral projection" iaitu roh keluar dari jasad.
And aku pernah terbaca satu buku dulu (kalau tak salah la) dia cakap roh kita sometimes confuse bila melihat jasad kita. Pernah gak dulu ada orang buat lawak kalau nak tido pakai nametag nanti senang roh nak kenal badan. Masa tu aku sikit tak rasa nak gelak. Nak kahakkan lagi ada sebab rasa macam apa ni main-mainkan benda like this??
Tapi bila jadi kat aku, aku rasa bab "roh konfius" tu mungkin ada benarnya kot.
Sebab hari tu kan aku tertido dengan telekung, tido straight pulak tu.
Gamaknya roh aku macam terkesima tengok jasad aku baring tu sebab dia tak sure if dia sebenarnya perlu masuk balik dalam jasad or not, maybe dia pun ingat dia dah mati time tu (aku). Nauzubillah.
Memang seriau bila dipikirkan balik.
Lagi satu pakej sampai hari yang sama :)
Aku kan memang tengah carik Chanel Chance and Miss Dior CD online tapi payah nak jumpa. So ada sorang reader aku nama dia Cik Varsa suggest aku pi FB Eva Parfum.
Zasssssssss dengan kelajuan cahaya aku pi jenguk FB Eva ni.
Perfume yang dia offer kebanyakkannya tester tapi yang jarang dijumpai kat mana-mana fragrance online website. Memandangkan memang takde harapan aku nak beli Chanel and Dior kat kaunter, lagipun tak kosser aku nak bertekak dengan En Wan, maka aku beli je tester perfume ni. Aku pun tak pernah beli tester unit selama ni so agak hesitate jugak la bila nak beli first time.
Pastu aku tanya Shah fragrance kejadah apa tester perfume ni.
Sebab panjang sangat so Shah whasapp je kat aku suruh baca.
Korang pun sila baca sendiri.
Pasni aku boleh pakat-pakat beli tester je senang.
Setakat kotak ngan penutup perfume je sape nak tengok kan?
Tester
Yang CD datang complete dengan penutup botol, but Chance tak. Tak sure if Chance memang togel macam ni kepala dia. tapi ada aku kesah? Janji perfume dia ori.
Tapi aku rasa dalam banyak-banyak perfume, Lancome Tresor in Love jugak yang aku suka.
Sampai nak pakai pun sayang. Sedap sangat!
..dan Kenzo Flower juga.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok guys, ada 2 hari lagi sebelum 3-days-promo akan ditutup.
Grab it now.
Ada reader tanya kenapa aku tak buat terus-menerus je promo ni.
Wah wah wahhhhhh....bankrup la aku nak buat forever kan. Hahaha.
Actually this is a token of aprreciation untuk return customer yang beli dengan aku and memandangkan Ephyra is good product, aku design this promo untuk say THANK YOU to return customer and WELCOME to new customer. Nak bagi free aku belum kaya lagi, jadi aku runtuhkan harga je la ok?
Sebenarnya plan asal, aku allocate 120 kotak je untuk 3 hari promo ni.
However, alhamdulillah, semalam saje, 120 kotak ni habis sold out!!
Hari pertama dah lengkap 120 kotak.
But since order masih lagi masuk dalam email aku, so apa yang aku boleh offer is macam ni :
Yang 120 kotak pertama ni aku akan pos Isnin, insyallah.
Sebab petang ni aku dah gerak ke Tganu sampai Ahad.
Isnin, aku akan pos semua.
Order yang masuk today and tomorrow, aku cuba untuk pos sebelum 15 August, sebab Pos Laju last day 15/8. Tapi Pos Laju tak jamin akan sampai before raya. Jadi, kalau sekiranya aku sempat, aku pos before 15th, if not then batch kedua and ketiga ni aku pos lepas raya, boleh ye?
Ok, aku nak keluar pi UPM.
Bye.