2012-08-11

Pasar Ramadhan yang sangat tempting!

Mula-mula sekali nak announce Promo 3 Hari Ephyra sudahpun tamat.

Ada siaran ulangan?

Tak tau lagi.
Kalau aku baik hati aku buat lagi.
Tapi aku rasa aku kejam.
So tak buat lagi kot. Haha.

Ok, nanti-nanti aku bagitau sape pemenang 757 tu.

Now stop pasal Ephyra, aku nak cerita aktiviti aku semalam.

Semalam memang masa aku dihabiskan dari lepas sahur sampai ke pukul 4pm menrespond email-email Ephyra. Gila nak tercabut kuku aku mereply. Dah la Maxis broadband kat Manir ni boleh tahan cam haremmmm. Bersabar je la aku nak respon semua email. Last-last aku terpaksa reply guna henfon je. Lagi laju. And sorry la aku nak cakap to readers. Kalau korang just dapat respond "Ok, tq" takde salam takde apa tu maknanya aku memang mengejar masa. Email masuk bertalu-talu sebab semalam last day, so bila orang hantar proof of payment semuanya aku balas "Ok, tq". Tu je yang sempat aku type.

Kul 4pm, En Wan ajak gi jalan-jalan Pasar Ramadhan.
Oh, memang tak tolak.
Walaupun panas gila KT, aku tetap nak join jugak sebab aku rasa aku belum pernah jumpa Pasar Ramadhan se-best kat KT.



Macam fresh je muka anak aku ni kan?
Macam comel la.
Padahal masam ya ampunnnnnnnnnnnnnn.
Aku tak tau la apesal dia ni rajin sangat berlengas.

Dapat balik kampung pulak tu kan, rumah luas luar dalam. Kemain riang lagi dia berkemas. Nenek dia pun orait je. Cucu nak main telefon, dia cabutkan cabel. Silakan main. Silakan hempas juga.
Cucu nak main pinggan mangkuk. Silakan. Dia keluarkan pinggan mangkuk milamin dia.
Cucu nak main air, bolehhhhh. Sila..sila..
Kat rumah aku memang jangan harap la kau nak buat kan.
Kau sentuh pinggan aku, papppp aku jentik.

Masa ni mak mertua aku dengan kak long gi tolong orang masak-masak untuk berbuka puasa kat surau.
Ok ni lagi satu hal aku berbulu.
Pelik aku bila mak aku cakap ada orang mintak dia datang tolong masak untuk majlia berbuka kat surau.
Aku ingatkan surau depan rumah mak aku ni, rupanya surau nu haaa kat area Gong Badak tu.

Aku tanya apsal "dekat" sangat surau?
Takkan surau sana takde orang yang gotong-royong kot sampai kena import mak aku kat Manir ni?

Rupanya orang yang handle majlis berbuka tu tak suka orang kampung sana.
So dia taknak panggil orang sana tolong.

Boleh????

En Wan dengar pun geleng-geleng kepala.
Dia baik sikit la. Takat geleng kepala je.
Aku sorry la nak geleng.
Memang mulut aku kan celupar sikit "Dia nak buat makan-makan, pastu dia taknak panggil orang surau sana tolong? Dah tu yang dia nak jamu tu bukan orang surau jugak ke? Pastu bila orang surau datang makan nanti timbullah cerita "makan je, tolong taknak".

Mak mertua aku memang jenis tak pernah say no.
Tapi aku bengang la.
Dah banyak kali dah mak aku ni kena macam ni.
Mentang-mentang la dia bukan orang senang, suka hati je orang nak panggil dia tolong sana sini.
Pastu aku pelik dengan istilah TOLONG kat sini (at least selama apa yang mak aku dah terkena ni).
Mintak TOLONG masak.
Tapi dari pagi sampai ke 10 malam mak aku tertonggeng-tonggeng MENOLONG, bila mak aku balik, dia boleh call pulak suruh datang balik sebab ada lagi lauk belum siap. Masa tu dah pukul 1pagi!
Siap berjemput.
TOLONG KE TU???
Yes, tolong.
Tolong perah kederat orang.

Aku ni pakkal la orang luar.
Kalau aku orang sini memang sedas-sedas aku bagi.

Tetiba je pagi-pagi dah merempan.


Baiklah, kita berbalik pada cerita Pasar Ramadan.

Kau nampak ni, lauk-pauk dia sampai membuak-buak.
Kalau kat Pasar Ramadhan Alam Megah jangan haraplah nak tengok lauk bergumpal-gumpal macam ni.
Selection dia sangatlah vary.
Sampai tak tau nak makan apa.



Mak aiiiii. Bertimpa-timpa!
Ayam percik. Sambal ikan. Cencaru bakar. Kembung, Keli. Ikan jaws je yang takde.



Popia.



Kepada kawan-kawan UNIMAS ku sekalian, korang tengok akak yang jual kuih ni dari tepi macam muka Hele kan?
Hehe..



Hidangan mesti beli. Ketupat palas.



Pulut lepa



Marshmallow pun ada. 
Tapi aku tak reti makan so takyah beli. Ambik gambo je.



Kenapa aku rasa apam polkadot ni lebih tempting dari apam-apam polkadot yang orang tag kat FB?

Mungkin sedang lapar agaknya....



Betapa senonohnya dorang hidang jualan, kan?
Kagum gila aku dengan tahap kesenonohannya.
Kalau kat Alam Megah tu berselipat!
Yang ni kemain cantik teratur dia susun. Cara dia lipat plastik tu pun sedondon je tingginya.
Barulah ada selera nak beli.
Ni tak.
Ada yang menjual tu bersememeh tepi plastik. Mati selera aku nak beli.



Cuba teka ni apa???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
teka dulu!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hehe..:)

Tak tau la camne rasa dia, rasa meggi la kot.



Ni pun hidangan wajib beli!



Ayam bakar pelbagai sisi.



Sata



Ni pun first time aku nampak.
Ayam tempayan dan Ayam Pusing.



Cenggini rupanya ayam tempayan.
Ala-ala roti naan kot.




This is the best part kat Pasar Ramadhan KT.
Aku tak penah jumpa lagi kat tempat lain.

Bubur, kuih and agar-agar yang dah siap dibungkus dalam plastik kecik-kecik like this.
Kau tinggal ambik je.



Apam angry bird.
Ataupun angry bird di atas apam.

Kombinasi yang tepat.



Pelbagai bangsa kerabu.



Rasa-rasa ni apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

YONG TAU FOO!!!

Gila kan?
Macamana la tak bersusun rakyat membeli yong tau fo kat sini.
Dah la lauk dia berjenis-jenis. Siap ada katun-katun bagai.
Toksah kata budak. Mak budak pun layan.
 


Cute kan?
Nak makan pun tak sampai hati. Cantik sangat.



Gila tak haus kau nampak air buah macam ni???
Siap ada letak buah lagi kat depan so that ko takyah tanya "Ni air apa? Ni air apa?"



Tak boleh tahan aku tengok dorang hidang like this.
Dah la kemas, tempting pulak tu.
Murah lagi!



Nasik arab kalau tak salah.



Tak jumpa kat mana-mana Pasar Ramadhan KL nasik goreng lauk udang besor-besor 3 jari macam ni okeh?



Burger dan roti gulung yang disalut dengan breadcrumbs.



Dengan oven-oven sekali dia hangkut bawak sini.

Kak long aku cakap kuih ni memang sedap makan panas-panas. Gamaknya sebab tu akak ni angkut oven sekali. Tapi bukan boleh makan jam tu jugak. But at least nampak la fresh from oven.



Bak kata En wan "Roti Jong"



Last sekali haruslah mercun!
Tak raya kalau takde mercun ye.
Kalau hari-hari biasa kau letupkan mercun nanti jiran datang letupkan kepala kau pulak.
Kalau raya ko main bom sekalipun orang takde hal.



Pelancong lah sangatttttttttttt depan Pasar Ramadhan pun nak bergambo.
 Today nak ronda Pasar Ramadhan Manir pulak.


 



Jadik apa lagi anak-anak Terengganu??
Pulanglah.....