Best betul tajuk Kias Ramadhan TV3 malam ni. Tajuk "Malaikat Siber".
Just like apa yang aku
pernah letak kat status FB aku last week. Berkenaan mereka-mereka yang
suka menwar-warkan amal ibadat mereka kat FB. Yang pelik tu mengapa
pilih untuk menwar-warkan amalan? Kat FB pulak tu. Motif??
Ada
la sorang dua mamat poyo dalam frenlist aku dulu (dah di-removed pun) yang
kemain beriman lagi menjak-dua menjak bulan puasa ni. Tetiap hari ada
je gamba dia melepak kat surau berserta caption "Baru lepas terawikh. Moreh
dengan Imam sambil mendengar kisah Rasulullah saw".
Pehhhhh.
Kita yang membaca ni terasa diri masuk neraka ke tujuh nak dibandingkan dengan dia.
Kang pagi esok time sahur lain pulak statusnya "Mengaji sementara menunggu azan Subuh. Lepas ni nak ke surau berjemaah memeriahkan masjid".
Mengapakahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh?
Aku tau kau solat berjemaah, sebab kau dah tunjuk pun buktinya kau bergamba kat masjid.
Dan aku juga tau kau mengaji sebab kau snap page yang kau tengah mengaji tu.
Tapi motif sebenarnya untuk apa?
Gaya mencanang tu seolah-olah kau baru berjinak-jinak nak buat semua amalan tu.
Mengaji pun nak canang kat orang?
Masing-masing
tak pernah mengaji ke sebelum ni yang menggelepar sangat nak bagitau
semorang segala aktiviti berzikir, bersolat, mengaji bulan-bulan puasa
ni?
Rasanya ramai lagi orang yang setiap waktu ke surau untuk berjemaah
tapi disebabkan itu aktiviti biasa yang dah menjadi rutin, so berjemaah
di surau tu dah jadi perkara normal bagi dorang. Tak perlu nak dibagitau
ke serata dunia pun. Selalunya yang mencanang beria-ia ni jenis yang
jarang buat. Sesekali dapat berjemaah, sesekali dapat pegang Quran, dia punya proud tu satu macam.
Rasa beriman gila dah ni.
Please don't say kau update status
penuh keimanan tu "sebagai teladan dan pedoman agar orang lain juga tak
lupa untuk beramal". Nak ingat-mengingati katanya.
Whatever pun the
reason is, perlu ke amalan kita dihebahkan kat orang? Menjadikan diri sendiri sebagai contoh teladan supaya orang lain buat kebaikan yang sama adelah satu perbuatan RIAK. Tu dah bukan teladan lagi
namanya. Tu namanya sombong. Bak kata UAI, memang ada manusia yang selepas
buat ibadat/amalan, dia nak orang lain tau apa yang dia buat. Lepas bagitau orang, apa kau dapat?
Dikagumi?
Disanjungi?
Dihormati?
Dah sah-sah solat kita tu "Lillahi ta'ala", yang nak canang kat orang tu kenapa? Macamkan orang lain tak bersolat.
Tak perlu nak try to hard untuk buat diri dipandang tinggi.
Yang memegang and menggerakkan hati manusia tu adelah Allah.
Kalau DIA menggerakkan hati manusia lain untuk memandang kau dengan rasa hormat, sekelip mata ia akan berlaku. So tak payah bersusah-payah sangat nak buat orang impress kat kita.
Lagi satu pasal sunat terawikh.
Asal
masuk bulan Ramadhan je, balik-balik isu yang sama je aku nampak muncul
dan muncul balik. Memang ada je spesis yang sangat teliti dan menunggu masa untuk meng-ekstrak statement and
status update orang lain.
Kalau ada orang update status
"@SunwayPiramid, movie at 830pm. Can't wait!", memang siapla budak tu. Kau bagi 2 saat je cukup. Konfem akan masuk komen "Tak terawikh ke?".
Ada yang lebih
beriman akan komen "Kan bagus kalau ke terawikh juga ada rasa 'can't
wait'?"
Adekah itu satu bentuk nasihat???
Hmm...maybe itu juga adelah satu bentuk nasihat.
Tapi nasihat yang tak berhikmah.
Boleh tak jangan sesuka anak tekak meng-wajibkan sesuatu yang sunat? Dan
yang paling penting kenapa suka ada perasaan bahawa diri kita lebih baik
hanya kerana kita pergi terawikh dan orang tu tidak? Tak pergi terawikh
dan tak buat terawikh adelah 2 benda yang berbeza ya. Benar, solat berjemaah dan solat sendirian tu ada perbezaan dari segi gandaan pahalanya.
Tapi bila kita siang-siang dah buat andaian seolah-olah orang tu tak
pergi terawikhitu adelah riak tanpa sedar.
Bak kata Aagym :
Solat sendirian dan solat berjemaah juga adelah sama-sama solat.
Terawikh 8 rakaat dan terawikh 20 rakaat juga adelah sama-sama terawikh.
Sedekah RM1 dan sedekah RM100 juga adelah sama-sama sedekah.
Mengaji 10 ayat dan mengaji 10 juzuk juga adelah sama-sama mengaji.
Percayalah, habis bulan Ramadhan ni, habislah jugak status-status yang penuh keimanan kat FB ni semua.
Adekah ini satu trend?
Amalan
kita ni memang ada yang perlu ditayang sebagai contoh zakat bagi
syarikat-syarikat besar untuk mengelakkan fitnah. Tapi kalau solat, baca
Quran tu seeloknya kita simpanlah. Ada berbagai lagi cara untuk kita
berdakwah tapi bukan dengan cara menghebahkan amalan sendiri.