2012-08-14

14th Ogos

Terima kasih pada semua penge-wish-penge-wish aku kat FB.
Selamat 35 tahun buat diri sendiri.

Sorry, aku tak dapat respond semua 428 mesej.
Lagi satu yang aku heran apesal semua wish kat mesej box eh? Gila sepakat semua wish kat inbox.
Ada reader bagitau dia takleh tulis kat wall aku? Apesal pulak eh? Ke sebab timeline tu bangang?
Tu la pasal aku malas guna FB skarang ni. Ada rasa nak delete je. Nyampah gila tengok timeline. Juling mata aku nak memahamkan. Tak tau mana satu aku nak tengok.

Apa-apa pun thank you pada yang wish kat inbox, whatsapp and email.
Kebetulan pulak hari ni demam, memang cantik la kan, satu pun aku tak dapat respon. Tengok, baca and tido. Baru sat-sat ni tadi aku respond yang kat whatsapp and email. Yang kat FB tak dapek nak respond to all, kalau empat orang tahan lagi la. Dah sampai 400+ aku say thank you kat sini je la ye. Sorry ye.

Dari lepas sahur aku dah rasa semacam.
Tapi masa tu selsema je.
Aku ingatkan selsema sebab aku mandi kul 4 pagi. (eh, apesal aku mandi pagi-pagi?) Wakakkaka.
So aku malas nak layan sangat hidung ni.
Nak dekat-dekat kul 5.30am tu selsema aku makin heavy. Aku telan sebijik cetrizine. Cetrizine ni punya efek gila kelajuan cahaya. Nak menunggukan azan Subuh tu boleh jadi migrain tahan ngantuk. Gia kuat efek cetrizine, tu pasal aku suka. Hehe.

Elok je settle, terus bammmmmmmmmmmmmmm.
Membuta, sedar-sedar pukul 8.30am. Menggelepar bangun nak kejar appointment. Masuk-masuk je kereta rasa sebu semacam kepala sebab bergerak pantas sangat. Pastu slowly rasa sakit tekak. Tapi ingatkan sakit tekak sebab banyak bercakap, pastu terasa badan sejuk. Oh dem! Dah nak demam pulak.
Apekah artinya demam di harijadi???

Balik rumah around 2.10pm, masuk-masuk bilik.....


Nampak bouquet of flower atas meja.
Dan betapa kreatifnya bibik aku, dia pi sumbatkan bouquet ni dalam bekas aku letak segala tok nenek remote control.



Boleh pulak masa terpandangkan kad ni aku tertanya-tanya "Sape bagi ni??"
Wahhh, cas banyak secret admire lah sangattttttttttt sampai nak terpikir sape bagi bunga kan?
Sape aje lah yang nak bagi kau bunga, Diana....



Ada feveret cekelat also.
By this hour dah tinggal 5 batang je dalam bouquet ni sebab Redza dah kendurikan cekelat aku.



Patut la tak wish aku lansung semalam. Pagi tadi masa sahur pun sedap je melantak nasik sikit tak wish aku.
Rupanya nak bagi surprise.



Gamaknya dia tertunggu-tunggu aku mesej dia say thank you aku tak mesej2, sampai terpaksa dia tanya aku "Kat mana?". Heheh...kesian.




Lagi sadis surprise yang dirancang tak menjadi.
Dia nak aku terkejut beruk bila orang datang hantar bunga, sekali bini keluar pi keje.
Memang selalunya aku takkan gi keje on besday, tapi sebab hari ni aku ada appointment maka aku terpaksa jugak kuar gi keje. Lagipun dia yakin aku cuti kot bila tengok aku terbongkang lagi atas katil time dia nak pi opis, padahal tak tau aku dah pekena dadah lepas sahur tadi. Ingat aku suka-suka nak tido??

Dah la ada keje nak buat di harijadi, demam pulak.
Sekian lah adanya harijadi saya pada tahun ini.
Celebration akan dipospon ke pagi raya nanti.