2012-08-06

Kesukanan lah sangatttt

Sedih aku tengok "semangat kesukanan" certain penyokong DLCW semalam.
Aku ingatkan semua orang boleh menerima kekalahan, rupanya bersepah beruk naikkan status mengutuk DLCW. Kesian aku, ramai rupanya beruk dalam frenlist.

Tapi standard la kan, selalunya yang mengutuk and mengkondem ni macamkan pandai sangat main. Entah-entah raket tennis ngan badminton pun tak tau beza. Puiiii.

Dah namanya bertanding memang la ada yang kalah ada yang menang.
Of cos semua nak menang, tapi kalau dah semua nak menang, dah sape pulak nak jadi pengalah?

DLCW tu kalah masa final okkk, rubber set lagi, 2 mata je pun.
Bukan kalah awal-awal.
Yang "tau sangat main" tu lawan ngan anak aku belum tentu lepas. Takyah nak bajet coach la ye. Pi beli raket dulu.




Yang si KOSMO! ni lagi bangkai.
Ada ke pi letak tajuk berita "...terlepas habuan 4 juta".
Ni wartawan lulusan mana ni?
Tajuk berita pun dah murahan. Seb baik aku tak pernah beli KOSMO!


Kemon okehhhhh..kemon!
DLCW tu dah menambun duit. Takat juta-juta tu dah tak larat nak kira.
Takde de dia kempunan terlepas 4 juta.
Yang kot kempunan kau, setengah juta belum tentu pernah rasa.

Kita yang tolong tengok ni pun terasa frustnya tak dapat gold medal, apetah lagi DLCW yang berhempas pulas main. Ni Olimpik okkk, bukan Hari Sukan Sekolah Seksyen 27/2.
Bukan calang-calang orang dapat wakil ke Olimpik. Aku nak wakil Rumah Biru pun tak lepas-lepas.
Yang pegi Olimpik tu semua yang hebat.
So, yang banyak sangat kondem tu sila nilai diri anda kat mana.
DLCW kot tak menang pun, nama dia dah ada dalam sejarah Malaysia atlit ke sukan Olimpik.
Yang kau???
Kesian...

Yang aku heran tu, mengutuk tak agak-agak.
Macamkan kau pandai main. Kalau memang pandai main, mesti kau dengan DLCW sama-sama ada kat sana now. Tapi kalau takat kelepeh kelepeh kelepeh main depan gate rumah, duduk dendiam boleh tak?

Kalah memang sedih.
Tapi aku tetap bangga sebab DLCW fight gila-gila.
Lindan bukan menang mudah.
Ingat Lindan nyenyak ke tido semalam?
Mesti dia dok terbayang-bayang lagi how tough game yang dia went thru.
Not easy okkk, not easy.

Yang mengutuk tu, aku nasihatkan blaja-blaja cara pegang raket dulu ye. Pastikan smash korang kalau kena kepala pihak lawan boleh bocor. Kalau belum boleh smash macam DLCW, korang gi anyam ketupat lagi baik.