walk on wings, tread in air: Batiklah kita... <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Batiklah kita...
2012-08-13
Hari Sabtu kat KT, pukul 7am mak mertua aku, kak long and salah sorang anak sedara En Wan dah redah dusun durian, pi carik durian untuk anak lelaki dan adik kesayangan dorang yang tengah terbongkang berselubung dengan selimut kat hall ni. Padahal yang nak makan durian tu dia, tapi dia taknak bangun pi carik. Bila aku nak kejutkan, bonda tercinta pulak cakap takyah "Toksah toksah. biar dia tido".

Bertuah kalau Mak Aji nak buat macam tu kat aku.
Kalau dia tak gendang pintu bilik aku sampai nak roboh tak sah.

Lepas balik dari kutip durian, pi pulak ambik tempahan ketupat palas 100 bijik.
Yang ni untuk Mak Aji.
Mak mertua aku memang tetiap kali raya haji and raya puasa, dia akan kirimkan 100 bijik ketupat palas untuk Mak Aji kendurikan di pagi raya. Siap dengan serunding lengkap dia kirim.

Agak-agak dah pukul 10am macam tu, aku ajak En Wan pi carik baju kurung batik.
Tak tau la apesal aku teringin nak pakai batik this year.
Padahal aku memang tak suka batik. Renyah nak menjaga satu hal, nak menggosok time nak pakai tu lagi satu azab. Tu pasal dah beberapa tahun ni aku belasah pakai baju takyah gosok je. Aku kan pemalas.
But this year memandangkan baju raya aku sehelai je sebab nak mintak bibik jahitkan berhelai-helai macam tak sampai hati. Baju dia sendiri belum berjahit sebab busy menyiapkan tempahan. So En Wan suggest beli je. Alang-alang dah sampai KT tu haruslah tema batik tahun ni.

Memula carik kat Noor Arfa sebab mak aku kata Kak Ngah rajin pi beli kat sini.
So kitorang pegi la.
Tak sampai 15 minit dah keluar balik.
Aku tak nampak apa yang bestnya Batik Noor Arfa ni.
Maybe kain dia la yang cantik kot.
Tapi baju-baju ready made dia semua cam hampeh je.
Even mak mertua aku yang dah tua tu pun cerah lagi mata nak nilai cantik ke tak cantik.
Baju blouse dengan baju kurung dia cam so and so je.
Selama ni bila orang dok jaja batik Noor Arfa batik Noor Arfa aku ingatkan gah sangat la.
Maybe kain dia kot yang cantik. Baju dia takde yang lawa pun aku tengok.

Lagi lawa baju kemeja batik (lelaki) kat A&Z Batik.
Singgah jap situ tengok apa ada.
Baju kurung ready made dia tak buat, ada kain pasang je.
Tapi baju kemeja lelaki umangaiiiiiiiii gila gojes!!!
Hampir menyambar sepasang, tapi ditahan oleh En Wan.
Dia suruh aku carik baju aku dulu, pastu baru pikir nak beli baju orang lain. Dengki.

Pastu meraban-raban la kitorang carik butik ready made, pastu terlalu depan Batik Exclusive.
Kedai dia attach dengan rumah.
Biasa la tu kebanyakkan kedai kat KT ni memang sebelah rumah je, style Japanese sikit. Senang nak pi keje. Aku ni pakkal takde tanah, kalau ada, lama dah aku buat ofis aku kat tepi. Tapi tu la kan, cara-cara ofis tak sampai 5 minit dari rumah pun aku jarang masuk, inikan ofis bersambung dengan rumah. Ada harapan ofis tu transform jadi reban.



Aku berkenan sangat baju yang sales ni pegang belah kanan.
Sampai dua kali aku try!!!
Suka gila.
Tapi sebab saiz dia XS, En Wan tak approve. Dia kata dia jamin raya kedua je, badan aku naik balik ke saiz S, so rugi.

Tapi seriessssssssssss sebenarnya baju tu cantik okehhh. Sape saiz XS aku bagi mandat korang pegi beli baju tu sekarang. Sebab batik ni exclusive, takkan ada yang sama dengan korang punya. So kalau dah ada yang beli baju tu, kurang la sikit meroyan aku. Ni kang kalau esok raya haji aku tengok baju tu ada lagi memang konfem aku sambar la. Sampai termimpi ok?? Lawa sangat sebenarnya!



 Ni rumah tuan punya Batik Exclusive. 
Show room je kat sebelah rumah. Kilang dia kat belakang complex craft Noor Arfa.
Aku macam dah ada plan gila nak mintak dia produce 2-3 helai kain ikut kaler kegemaran aku and pastu terus jahitkan baju. Sebab dia kata dia boleh designkan kaler untuk kita.

 

 Nak pegi??
Tu ada nombor telifon kot-kot nak buat appointment.



 3 batik untuk tahun ni. Sekali harung sampai raya haji.
Agak-agak berat masih menten, boleh sambung sampai raya puasa tahun depan.




Petang Sabtu tu kitorang gi Pasar Ramadhan Manir je. Dekat sikit. Malas nak masuk bandar dah.
Takde la gempak macam Pasar Ramadhan Batu Burok tapi berganda-ganda gempak dari Pasar Ramadhan Alam Megah kat sini. Sebelum pegi mak aku dah pesan toksah beli nasik-nasik sebab dia buat bubur lambuk. Beli kuih satu macam je. Kitorang pun "Ha'ah lah, takyah la beli banyak-banyak. Sebab konfem bubur lambuk mak sedap gila bertambah 3 mangkuk nanti".

Mau nya??????

Dah sampai Pasar Ramdhan semua macam kena sampuk dengan jin aprit.
Tak tentu hala nak membeli.


 Sotong bakar.
Gila murah! RM6 je. Hari tu aku beli kat Alam Megah, kecik cinonet je dah RM12.



 Ayam tempayan.

Walahweiiiiii sedap nak mamp ayam tempayan ni oiii.
Lagi best dari ayam golek.
Kalau ayam golek tu kan macam berlendir je, tapi ayam tempayan ni kering tapi best!
Sekor tak cukup rupanya. 
Bibik aku yang mengelakkan diri dari makan daging/ayam sebab takut kolestrol akhirnya tumpas dengan kesedapan ayam tempayan ni. Gila sedap.



 Bubur lambuk Mak Embok (mak mertua aku)

Sejak aku pekena bubur mak aku ni berbelas tahun yang dulu, aku dah tak layan bubur lambuk KL.
Baru-baru ni singgah rumah Pak Aji, kebetulan ada orang surau hantar bubur lambuk.
Sangatlah tak bestnya.
Maybe sebab kat dalam tu dah banyak sangat bendalah dia masukkan, daging, ikan, udang, kacang, sayur, tomato sampai aku tak reti nak makan.

Bubur lambuk mak aku jugak best.
7 jenis daun + ladah hitam + halia + beras + santan sikit = GOJES


 

Rojak Kateh.

Juadah yang tak boleh tak ada setiap kali En Wan balik Tganu.
Dia boleh belasah 3 bungkus sekali hadap.
Dia tak pernah ajar aku makan bendalah ni and dia pun tak galakkan aku untuk rasa.
Dia cakap aku penggeli so jangan makan.

Rojak Kateh ni rojak kulit/isi kaki lembu.
So the daging tu macam lembik-lembik gitu.

Gross???

Not until ko tengok laki aku belasah testis lembu goreng everytime raya korban.
Aku macam tak percaya itu laki aku.
Siap berebut dengan anak sedara dia yang belajar kat Bali. Orang lain berangkut-angkut bawak balik daging and tulang korban, dia sibuk dengan testis lembu. Masa aku tengok dia beriya-ia meratah batu lembu tu aku macam .... dia ni holokos ke apa????



 Cengginilah rupa rojak kateh tersebut....berlendir je kan?
Hahahha



 Kemain best lagi balun rojak kateh sorang-sorang.



Semalam, lepas habis keje kat UMT, zassssssssssss balik sebab nak sampai awal kat rumah, boleh tido.
Semalam berbuka ringkas, KFC je.
Masing-masing penat, malas masak.

Hari ni aku dapat parcel dari my dear Girlfridayz.
Tahun ni kukis Mak Aji gunakan khidmat dia untuk design and produce sticker.
And aku mintak dia designkan tak kisah la apa corak sekalipun janji ada nama aku kat sampul raya tu.


Pink tidak pernah ketinggalan.
Tak tau la En Wan menjerit ke tak kalau tengok sampul raya tahun ni kaler pink.


Tadi aku keluar jap teman bibik beli benang-benang and zip-zip tambahan untuk tempahan baju raya dia.
Tapi aku nak masuk kedai jahit tu pun bukan aku reti, menyemak lagi ada. So aku duduk je dalam kereta, layan Rayyan. Kemain suka la Rayyan kan mak dia istihar cuti raya dah minggu ni. 

Rayyan ni kuat berangan tau.
Ada macam perangai aku time kecik-kecik dulu pun ye gak dia ni.
Aku dulu memang suka berangan.
Berangan jadi pengantin, berangan jadi model, jadik mak andam, jadi bos.

Dah lama aku perati si Rayyan ni.
Kalau masuk bilik aku je nanti dendiam dia berposing dengan cermin.
Kadang-kadang kelip-kelip mata, pastu gelak-gelak gedik.

Tadi aku capture kegedikkan dia dalam kereta.
Ko bayangkan, dalam kereta pun jadik nak berangan!
Tapi muka dia bila dia perasan emak dia tengah record tu gila priceless!!!

*abaikan suara langsuir*




posted by aveo757 @ 12:45 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER