walk on wings, tread in air: Tutup <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Tutup
2012-07-28

Sape beli majalah Hijabista?

Aku baru 3 kali beli.
Reason aku beli pun sebab nak bagi bibik aku simpan so that kalau ada orang nak tempah baju ke apa, customer boleh rujuk kat situ kot ada yang berkenan.

Tapi bila aku belek-belek magazine ni, aku dah makin konfius dengan cara pemakaian tudung zaman skarang. Memang la tak salah bergaya, tapi bak kata Wardina perkataan "Pakai tudung pun boleh bergaya" tu kadang-kadang boleh jadi merbahaya.

Sejujurnya aku tak berapa berkenan dengan sesetengah gaya muslimah.
Dah macam pokok krismas pun ye.
Macam hamster terselit celah tudung pun ada.
Macam tenggiling tido atas kepala pun ada.

Dah sarat sangat.
Tak cukup dengan satu 2 tudung, sampai empat tudung sekali lilit.
Pastu dengan cekak rambut, dengan anting-anting bejuntai tepi kepala, aksesori berlapis-lapis.
Ni yang sarat-barat sampai bengkok badan mengangkut aksesori ni semua korang nak ke mana?
Nak pegi keje pakai macam ni?
Nak pegi jumpa client pakai macam ni?
Oh, don't tell me korang nak pi class.

Ada sekali tu aku solat kat IKEA.
Masa tu aku belum bertudung.
Kalau kat depan cermin ni berasak-asak hijabista melilit-lilit tudung.
Kalau pin/jarum peniti ni ada la kot sepuluh batang atas kepala.
Tak ke dah tak jadi keje tu?
Dah kalau sehari suntuk berjalan, 2-3 kali benti solat, aku takleh imagine betapa cekalnya hati masing-masing nak melilit tudung yang berlapis-lapis tu berkali-kali. Elok-elok boleh siap 15 minit, terus jadi 45 minit. Tu kalau sekali benti solat. Kalau dibuatnya keluar pagi santak ke malam? Tak ke 3x45minit habis masa kat melilit tudung je?


 Kalau macam ni masih manis lagi.


Lagi satu yang aku sakit mata tengok masing-masing dah macam overdo.
Pakai skirt A line paras betis, kat dalam pakai leggings, pakai wedges tinggi 3-4 inci.
Pakai jacket, pakai baju belah dalam, pakai tali pinggang kat luar jaket.
Tudung 3-4 lapis, siap pakai sepit rambut pulak kat tudung (motif??), pastu letak anting-anting kat tepi tudung.
Mak aiiiiii, tak berat masing-masing?

Memang la tak salah.
Aku pun tak kata pakai macam tu salah.
Cuma kadang-kadang aku rasa apa yang Wardina cakap pun ada betulnya jugak.
"Sekiranya kita memakai hijab dengan mendandannya seolah-olah ianya "rambut" kita, dengan pelbagai fesyen, gaya, aksesori dan rupa maka hilanglah motif utama untuk berhijab. Kita tidak lagi sederhana dan merendah diri kerana kita berhijab untuk "dilihat" untuk menarik perhatian"

Tutup yes, tutup.
Tak siapa kata berpakaian begitu salah.
Cuma dah jadi kurang tepat la kot.
"...Bertudung tak menghalang kita untuk bergaya? Gaya yang macamana? Seperti peragawati dalam majalah VOGUE kemudian cuma dililitkan tudung, terus menjadi muslimah dan dibolehkan?.." - Wardina

Maybe aku old fashion.
Memang dari dulu lagi kalau aku perlu sarungkan tudung, mesti aku akan carik baju longgar untuk dipakai.
Sebab aku rasa memang tak kena gaya pakai tudung tapi pakai baju ketat and seluar sendat.
Dari segi pandangan mata, nampak gila tak sesuai.
Dari segi hukum, wallahualam, sila tanya yang lebih arif.

Dari sebelum aku bertudung lagi aku konfius dengan gaya muslimah/bertudung.
Tapi masa tu aku lagi la tak bertudung lansung kan, so takat pandang and cakap dalam hati je la.
But even masa tu aku tak bertudung pun aku konfius apesal orang yang bertudung pakai serupa aku? Tinggal lagi dia bertudung and aku tak. Kang bila ditegur, konfem lah ayat pertama yang keluar "..at least aku bertudung. Yang kau?"

And aku percaya kalau sekarang aku tegur, dia tetap mempertahankan diri dengan berkata "..at least aku tutup aurat.."

Memang dari zaman free hair lagi aku cukup tak berkenan dengan orang yang bertudung tapi pakai baju ketat and skinny jeans. Sakit mata wei.
Aku rasa orang yang berpakaian macam ni, she wanna be seen.
Dia nak pakai macam apa yang orang free hair pakai tapi nak cukupkan syarat, maka dia bertudung.
Yes, just nak cukupkan syarat!

Bak kata Ustaz Don "Menutup aurat dan membungkus aurat adelah dua benda berbeza"

Sejak Ustaz Don kata (kawan yang selalu jadi bahan rujukan aku tu pun pernah cakap benda yang sama), "Inner tu pun sebenarnya tidak tepat untuk dipakai sebab ianya ketat", aku cuba mengelakkan diri dari pakai inner. Memang nampak macam makcik-makcik la aku sekarang.



Macam makcik-makcik je aku bila lepak dengan Elly, kan?
Padahal sama umur.
Dan bila bergandingan dengan orang kulit putih melepak, aku kelihatan sangat hitam melepak (wahh, nak jugak letak melepak).

Masa En Wan tengok gamba ni, dia cakap "Nampak pelik pulak bila awak pakai macam ni and bergambar dengan orang tak bertudung. Nampak awak lain sangat"

Ye, aku paham maksud laki aku tu.
"Lain sangat" sebab sumpah aku nampak tua sepuluh tahun dari umur sebenar with my baju besar dan longgar with tudung sampai ke dada. Seriesly like Cik Senah- Cik Senah. Sebab tu aku masih mengekalkan the old Diana kat rumah. Aku have to be fair to him. Dia kenal aku sebab aku macam tu dulu. So bila aku pilih untuk jadi macam sekarang, tak fair bila dia kena tengok aku berbungkus-bungkus at home.

That's the reason jugak kenapa aku lari-lari bila ada reader datang rumah. Ada sekali tu reader datang mengejut, tau-tau dah depan gate. Maybe dia baru baca blog aku kot, dia nampak terkejut bila tengok aku dengan mini skirt and baju low cut V-neck. Mungkin sebab terperanjat tu yang habis rambut aku pipi aku semua dia belai dia picit tu. Nak make sure tu betul-betul aku kot.

Aku rasa aku paham kenapa sesetengah perempuan yang bertudung susah nak pakai baju longgar, tudung labuh. Sebab akan jadi macam aku. Very the makcik-makcik. Luckily aku memang level makcik-makcik dah pun, so apa adehal orang nak panggil aku makcik sekalipun. Memng tak menarik pun pakai baju kembang serbah serbih ni. Aku sendiri dulu menangis tengok diri sendiri depan cermin sebab buruk sangat pakai baju besar. But luckily aku ada imaginasi yang cukup baik untuk membayangkan reflection pada cermin adelah Beyonce.

Tapi ladies, kalau korang harus memakai skinny jeans, cuba untuk pakai baju longgar labuh tutup bontot. Kalau harus memakai baju pendek, cuba untuk  pakai seluar yang tak sendat. Kalau harus memakai tudung singkat cuba untuk pakai baju longgar. Sebab dari kacamata seorang yang pernah tak bertudung, bila dulu aku tengok those yang bertudung pakai sendat ketat singkat, hati aku lansung tak terdetik nak bertudung. Seriesly aku tak nampak apa pointnya untuk aku bertudung kalau orang bertudung masih pakai ketat-ketat and singkat macam tu. Takde beza dengan aku. Anytime aku boleh pakai mini skirt with leggings and just lilit scarf sabit nak tutup kepala je pun kan? Ditambah lagi dengan persepsi orang yang bertudung terhadap yang tak bertudung, terus mati selera aku nak berubah.

True, kita tak boleh judge orang berdasarkan cara pemakaiannya.
Setidak-tidaknya mereka yang bertudung tapi berpakaian sendat tu sedang berusaha mentaati perintah Allah (pakai tudung). Dalam masa yang sama, yang bertudung pun janganlah mengutuk those yang tak bertudung. Takde sudahnya kalau mengutuk dia pun. Sebab kita tak tau mungkin dia juga sedang belajar dan berusaha. Dan siapa tau sekiranya dia ditakdirkan bertudung, mungkin dia lebih sempurna dari kita. 

 
 Kalau rasa-rasa pakai tudung instant macam ni nampak very the Cik Senah, kita pakai shawl atas dia....



 Kalau pakai shawl nampak la macam Cik Paris sikit....auww!

posted by aveo757 @ 8:15 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER