walk on wings, tread in air: BI... <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

BI...
2012-07-30
Semalam En Wan ajak jalan-jalan kat Sunway Piramid, saje nak menghabiskan boreh.
Duduk kat rumah cuti-cuti ni memang la akan membuta sepanjang hari.
Abis nak buat apa.
Aku nak buat ini, bibik aku kata "Takpe Madam, aku bisa buat."
Kang aku pegang sana "Biar Madam, nanti aku buat".
Habis kalau dah semua kau buat, aku nak buat apa.
Buat tak tau je la kan. Tido.

Kebetulan En Wan nak carik new henfon.
Lepas dah settle part henfon dia, carik barang Redza pulak.
Dari seminggu lepas dok memekak-memekak kat telinga aku nak Tech Deck.
Kejadah apa Tec Deck ni aku tak tau la. Macam rupa skateboard je aku tengok. Ntah, tak paham.
Yang aku paham, lepas settlekan barang-barang dorang, aku nak pi carik VCD Beyond.
Aku nak kumpul balik kaset-kaset Beyond yang ntah mana meruyup hilang. This time of cos la carik VCD/DVD. Tapi takde pulak. Actually memang aku nak order je online. Tapi En Wan biasa la kan, mahal la, apa la. Dia mana biasa order barang online. Kalau ikut aku, main redah je.

Tapi takpe, aku telahpun meng-order pagi tadi. *wink*

Aku dah kata kan, aku ni kalau dah kata aku nak tu, memang aku carik sampai dapat.
Ni En Wan tak tau apa lagi aku dah kejerkan secara online.
Barang sampai nanti aku letak kat blog. Haha.
Takpe, bulan puasa ni dia takleh nak sound aku lebih-lebih. Nanti kurus pahala puasa dia marahkan aku.

Semalam masa dok mencarik VCD/DVD Beyond tu, banyak la kedai kat Sunway Piramid tu aku masuk.
En Wan pun sama naik tolong carikkan.
Tapi yang aku tak tahan tu, everytime masuk kedai VCD dia dengan konfiden yang tak berbelah bagi terus gi tannya budak sales "VCD Biyong ada?"

BIYONG okeh?

Sales Cina pun tercangak-bangak kejadah apa la BIYONG?
Sales melayu lagi la kan, nak jumpa sales yang kenal BEYOND pun payah, apetah lagi BIYONG!

Yang aku heran tu kemain cepat pulak tindakan dia pi tanya kat kaunter.
Tak sempat-menyempat aku nak tahan dia.
Gila sayang bini okehhh. Haha.

Aku bukan apa, usaha dia tu aku puji.
Ingat senang nak jumpa laki yang willing melayan tebiat bini suka kat lagu-lagu Cina?
Sampaikan sanggup tadah telinga dengar lagu-lagu Cina aku.
Tapi bab konfiden dia tu yang aku tak sanggup. Menonong je pi tanya sales.
Kesian kat dia sebenarnya.
Sebab dia konfiden dia sebut betul, padahalll. Wakakaka.

Malam semalam masa nak tido biasa la borak-borak dulu.
Aku tanya dia "Bang, abang perasan tak tadi abang tanya sales kat kedai CD tu - BIYONG?"


En Wan : Mana ada?

Aku : Iyeeee. Abang sebut BIYONG. (gelak) Abang tak perasan sebab abang memang takleh sebut BEYOND. Macam makan, cuba sebut makan?

En Wan : Makang.

Aku : Ha kan?? MAKANG! Abang memang takleh sebut. Kecik-kecik dulu abang mandi air budu ke apa? 

En Wan : Eh, sebab budu tu la orang pantai timur bijak-bijak tau.


Puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!


Aku : Ok kita test lagi sekali. Cuba sebut pinggan.
En Wan : Pinggan.

(bantai gelak sebab gila punya kontrol taknak bagi huruf G terkeluar)


Aku : Makan
En Wan : Makan

(lagi sekali bantai gelak sebab dia punya kontrol nak sebut MAKAN tu macam ada dengung idgham maalghunnah sikit. Hahahah)


Aku : Beyond.
En Wan : BIYOM.


Kan????
Dah kau tu spesis tak boleh nak sebut N, takyah la nak kontrol sangat.
Tak pasal je aku tekencing dalam pantyliner gelakkan kau semalam bang oiii.




posted by aveo757 @ 2:54 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER