Aku ni pulak tebiat, suka kumpul benda. Jenis yang "tak guna sekarang takpe, janji bila sampai masa nak guna, benda dah ada". Aku beli serkup macam-macam kaler tapi yang aku pakai balik-balik kaler hitam dengan cream je. Ntah bila aku nak pakai kaler lain tak tau la. Ada la sekali dulu aku pakai kaler biru.
Ni masa makan kat Pizza Hut.
Try pakai serkup biru.
Padahal serkup tu two tone tapi aku pakai belah bontot dia.
Aku belum sampai seru lagi nak pakai two tone punya serkup.
Bila pakai kaler biru rasa cam muka aku pelik.
Terus tak pakai-pakai dah.
Semalam aku pakai serkup hijau lumut.
Pun rasa semacam.
Maybe tak biasa.
Atau maybe memng buruk pun aku pakai serkup berkaler.
Tapi ada aku kesah sesuai ke tak sesuai????
Janji aku beli siap-siap dulu.
Ariani ada sale skarang, beli 3 serkup dapat RM30.
Aku rembat 9, 6 untuk aku, belikan Mak Aji 3.
Pastuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu beli shawl!
Dah lama gila aku tak beli shawl kat Ariani sejak aku jual shawl.
Sejak busy dengan keje, Ephyra and cookies, shawl aku pun tak start-start lagi.
Rasa macam dah sebulan pause ni.
Shawl pun tengah sale.
Yang printed tu, sehelai RM153 tapi diskaun now dapat RM119 sehelai.
So aku ambik 3.
Yang lain-lain rasa macam tak berkenan.
The sales tengok sawan aku makin memuncak agaknya, habis semua shawl aku kirai, dia tanya "Nak beli fashion apa? Banyak lagi dalam stor belum bawak keluar"
Ohhh nehi nehi nehiiiiii.
Jangan kau memandai-mandai nak bawak keluar shawl-shawl dalam stor.
Kang ada jugak yang aku tak balik-balik rumah dok kelebet shawl sampai ke malam.
Cukup 3 helai.
Sementara tunggu Mak Aji try tudung awning kat situ, aku rembat lagi 2 helai.
Yang ni square tudung, plain, but two tone.
Yang ni pun ada sale RM129 untuk 2 helai.
Ni En Wan tak tau aku buat keje beli shawl banyak-banyak.
Kalau malam nanti dia baca blog aku mesti pastu aku kena sound.
Ha, nak sound la tu?
Nak sound la tu?
En Wan ni kan aku dah umur 35 dah pun tapi tetap aku tak dibenarkan beli apa pun tanpa dia.
Bukan tanpa pengetahuan dia tau, but TANPA DIA.
Kelmarin petang kan hujan lebat kan.
Bibik kata ada petir kuat sangat, macam menyambar something.
Tau-tau rupanya menyambar modem aku.
Si Redza la ni, guna iPAD pastu tak tutup suis.
Malam tu En Wan nak guna iPAD sekali check modem tak function.
Yang aku rilek buat keje guna internet.
Pastu dia sergah aku "Hey! Ni mana dapat broadband ni????"
Dia punya sergah tu macam aku buat kesalahan besar.
Aku terperanjat gila sampai ke hari ni aku lupa apa idea yang aku tengah dok pikir malam kelmarin. Hampas betul la orang tua ni.
Aku : Di beli kat Maxis Giant
En Wan : Bila masa?
Aku : Dah sebulan.
En Wan : Oooooo.....dah pandai tipu abang sekarang ye. Beli barang tak cakap.
La haiiiiiiiiiiiiiiiii orang tua ni.
Tu pun nak sentap.
Padahal aku beli broadband je.
Kat Giant belakang rumah je pulak tu.
Puas aku nak explain kenapa aku beli broadband tanpa dia.
Dulu pernah aku beli magazine pun dia tanya "Ni mana dapat ni?"
Soalan tu macamkan aku beli jongkong emas kan?
Semua barang aku dalam rumah ni semua dia tau.
Even kalau aku pakai spender baru pun dia akan tanya "Bila beli?"
Aku beli spender baru pun salah.
At least aku rajin la tukar spender demi memikat hati suami.
Daripada dia?
Asik-asik aku kena tanya "Bila la abang nak beli spender baru???"
Nanti dia jawab "Takyah, bukan pakai sangat pun".
Segan aku bibik-bibik ni sidai spender dia.
Padahal dia yang punya spender tapi aku yang segan.
Oh yes, ingat tak dulu aku ada buat entry tepek videoklip Ibal and the band?
Dia mintak tolong vote dia untuk dia masuk ke final.
Tapi tak ramai yang vote sebab proses nak men-vote tu leceh gila.
Aku pun vote sekali je.
Tak kuasa aku nak vote berkali-kali sebab kena register la, log in la, apesalla??
Macam taknak kasik vote je gayanya.
Tapi sebenarnya aku takde selera nak vote sebab sorry to say but the suara penyanyi sangat ke laut. Aku nak vote pun tak sampai hati. Hahah.
Dorang kalah dari segi vote but undian juri melayakkan dorang ke final Ahad lepas.
Ahad lepas Mak Aji call cakap Ibal balik muka masam je.
Dia kata persembahan buruk. Suara penyanyi tak meyakinkan lansung.
But dia kata at least lagu dia dapat masuk final kira dah bagus dah.
Isnin malam, dia sms :
Treparanjat gila aku band dia wakil Malaysia ke Kanada!
Memang dia cakap kat aku "Kak, aku bukan apa Kak. Kalau aku tak dapat pi Kanada now entah bila aku dapat pi sana"
Alolololo...sedihnya dengar.
Rasa nak bagi siku.
Aku tak sure la lepas ni dia masuk mainstream ke tak atau nak kekal underground.
Apa-apa pun harapnya kalau tak menang pun biar jangan sampai memalukan sangat la okeh kat Canada nanti. Kau tu dah la bawak nama negara.
Tapi aku sound direct je...penyanyi taknak tukar? Hahahha.
Keji gila aku.
Tapi Ibal kata dorang bukan taknak tukar but the vocalist tak tau main muzik, so dorang bagi je la budak tu jadi penyanyi.
Oh boleh rupanya macam tu kan?
Tak tau main muzik bagi je jadi penyanyi.
Ape tak ambik je aku jadi penyanyi.
Aku pun tak tau main muzik.
Rekorder je lepas.
Dan juga sedikit kastanet.
Tadi, aku terima sms dia :
Kau nyanyiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii??????
Ohhhhhhhh......jika apa-apa yang tak diingini berlaku kelak jangan kaitkan aku dengan dia ye? Hahahahahha.
Aku harap Ibal can perform better.
Nak cakap best tu konfem suara band dari Indonesia lagi best kot (sangat tak membantu betul dapat kakak macam aku).
Dulu Ibal pernah menang best vocalist masa pertandingan apa ntah but pertandingan band-band ni la.
Aku lupa pertandingan apa but juri dia aku ingat.
Andy Flop Poppy.
Wahh...juri ingat aje.
Hensem la katakan.
Aku harap suara ko tak kelaut sangat la ye?
See you on next Sunday at Selamat Pagi Malaysia.
Konfem Ahad ni aku tak pegi pasar sebab nak menunggu depan tv.
Jangan sia-siakan pengorbanan aku untuk tak ke pasar ok?