walk on wings, tread in air: Hei Fun Nei <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Hei Fun Nei
2012-07-24



Nampak tu???? 

Tu namanya hantu cina dah masuk badan. 

Bulan-bulan puasa boleh nak layan konsert eh? 
Dasarrrrrrrr! 

Actually aku mencari bahan untuk didownloadkan dalam mp3 player, boring la balik-balik lagu sama je kan. So nak tukar lagu. Sekali ter-bumped kat video konsert Beyond 1991. 

Ohmaigaddddddddddddddddd.
Terus terlayan sampai pukul 2.30pagi. 

Selain dari Leslie Cheung, aku juga gila kat group Beyond ni.
Beyond ni indie grup asal-asalnya. Time tu indie kat Malaysia belum bersepah lagi.
Tapi pastu dorang masuk mainstream and terus kebabommm.
Aku suka dorang sebab semua lagu-lagu dorang cipta sendiri and semua best gila.
And yang bestnya, semua empat-empat orang tu menyanyi.
Masa vokalis dia mati tahun 1994 (terjatuh dari stage masa perform kat Japan) aku ngan Ima melalak-lalak sampai bengkak-bengkak mata. Kitorang pernah hantar surat ke Beyond (tak tau la dapat ke tak) but surat tu panjang gilaaaaaaaaaaaaaaaaa. Kitorang pakai kertas printer Pak Aji. Kertas printer ke fax ke, aku tak tau la. Lupa. Tapi yang pastinya kertas tu panjang and kitorang tampal gambar-gamba and keratan-keratan akhbar and majalah and everything about Beyond. Punyalah meggilanya dengan Beyond. Lepas siap tampal-tampal and tulis sikit-sikit terus pos. Aku harap dorang dapatlah. Penat aku gunting majalah Galaxy. Dengan majalah majalah Jelita Mak Aji sekali aku gunting konon nak buat kolaj la. Atas kegilaan melampau-lampau tu la yang Mak Aji risau je anak-anak dia kawen dengan Cina. Apa nak risau pun aku tak tau la. Tup tup bakal dapat menantu cina. 
Eh, terbagitau pulak. 
Sorry Ibal. 
Hahah. 

Apa la nasib aku kan, semua penyanyi yang aku minat semuanya mati.
Aku tak tau kenapa until now, aku tak boleh nak minat segila-gila punya minat macam aku minat kat Leslie and Beyond. Atau dalam kata lainnya aku rasa aku lagi kenal artis Hong Kong dari artis Malaysia. Tapi artis Hong Kong dulu la, yang skarang ni aku tak layan dah. Rasa cam tak best lansung. 

Masa vokalist Beyond ni, Wong Ka Kui, mati, aku siap ponteng tuition bagai. Punya la nak tengok berita kematian and funeral dia kat Jade Solid Gold. Sanggup tak makan time rehat semata-mata nak simpan duit beli Galaxy. Skarang ada lagi ke mags Galaxy? Galaxy tu dulu banyak cerita artis Hong Kong. Masa Wong Ka Kui mati, berpage-page story kat Galaxy. Terkemut-kemut aku nak sorokkan majalah Galaxy ni dari Mak Aji. Gila okkk, dah la nak SPM, ponteng tusyen bagai, siap kumpul majalah hiburan, memang kalau Mak Aji nampak konfem aku meninggal hidup meninggal hidup empat kali. Tu yang satu kali tu Mak Aji bukak almari baju aku nampak poster Leslie dalam lemari habis poster tu dia siat-siatnya. Stress aku. Rasa macam nak lari dari rumah. Tapi kau nak lari mana kan. Duit belanja skolah pun mak bapak bagi. Takyah nak berani-berani sangat la buat keje lari-lari dari rumah ni. Lari setempat je sudah.

Kitorang sebenarnya ada video tape Konsert Beyond ni.
Tapi percaya atau tidak, kitorang layan video ni berulang-ulang kali sampai putus tape dia.
Haa...kau mampu?
Aku rasa jiran-jiran Mak Aji dulu konfius apesal rumah kitorang asik pasang lagu cina.
Kalau ada orang datang mintak derma ke, jual keropok ke, mesti tak jadi nak masuk sebab rumah ada lagu cina. 
Eh tapi bagus apa macam tu. Boleh prektikkan ni. Ngahaha.

Hari-hari keje aku dok pasang video ni sebab nak hafalkan lagu.
Tak cukup dengan video, semua kaset Beyond aku beli.
Aku tak tau mana pergi kaset-kaset tu now. Aku rasa aku dah buang kot masa nak pindah rumah lepas kawen. Tapi takpe, mp3 player aku now masih ada lagu-lagu Leslie and Beyond.
Sape masuk kereta aku memang pening.
Dah la ada lagu Cina, lagu melayu pun stok-stok DJ Dave, Uji Rashid, Razis Ismail, D'lloyds.
Sorry la, lagu-lagu zaman skarang ni aku belum boleh masuk sangat.

Minat tu memang minat.
Tapi masa aku drive sensorang dari Penang kul 3.15am dulu, pandai pulak skip bila sampai ke lagu Leslie. Takut wooo. Malam-malam drive sensorang pastu pasang lagu orang dah mati.
Hari tu balik dari Penang sampai rumah dah nak maghrib, sekali keluar lagu Whitney Houston. Pun aku skip jugak. Hahah. Bodo gila. Tu pun nak takut.
Tapi sebenarnya takut gak wei.
Ko tau je la kan lagu I Will Always Love You tu camne.
Part last sekali tu kan dia nyanyi "Love youuuuu.....youuuuuuu...youuuuuuuuuuuu"
Mana tau tetiba "you....youuuuuu...youuuuuu..uuuuu..huuuu..huuu..huuuuuu..hi...hiiiii...hiiiiiiii"
Tak pasal je.

Dulu kawan sekelas aku, Leong Kok Hong nama dia.
Budak ni la yang selalu jadi mangsa kena translatekan semua lagu-lagu dalam album Beyond.
Sape suruh jadi satu-satunya student chinese dalam kelas kan? Kan dah jadi mangsa aku.
Budak ni pulak minat Beyond jugak, lagi la. Terus jadi besfren. Hahahha.

Actually aku kenal Beyond ni hari yang sama aku discover Leslie.
Masa tu tahun 1989 (Darjah 6), aku tengok TV2 cerita For Your Heart Only.
Dua-dua berlakon dalam filem yang sama.
Pastu aku pun minat gila kat dua-dua.
Ujung-ujung dua-dua pun mati. Cis.

Tak sangka semalam dok layan konsert Beyond ni, 80% lagu-lagu dia aku masih hafal.
Tapi takat hafal je la, pahamnya tak.
Kalau faham apa lagu tu cerita tu tau la.
Tapi nak translate sebutir-sebutir memang tak le.

Sebenarnya kan, masa aku gi Hong Kong dulu, antara motif aku adelah sebab nak cari cemetary Wong Ka Kui ni. Nak carik kubur Leslie tu memang tak jumpa la kan sbb dia cremated.
Aku ingat lagi masa kitorang nak ke hotel, bus tu lalu kat satu lereng bukit, and lereng bukit tu mengadap laut. Aku rasa tu kawasan cemetary sebab kat Galaxy ada tulis WKK ni dikebumikan kat cemetery lereng bukit yang mengadap sea. Tapi takde la sampai nak gi menyembah pulak, dapat melintas jadilah.Masa dalam bus tu aku cakap kat Mak Aji "Ma, nak carik kubur Leslie dengan Ka Kui la"

Mak Aji "Kalau aku tampa ko nak?"

Ala, dia ni. Aku acah je.

Dulu kan aku pernah tanya Mak Aji :


Aku : Ma, apesal mama takut sangat kitorang layan artis Cina. Takut terkawen dengan Cina eh?


Mama : Kau tu bukannya betul (terer agama) sangat. Hilangkan nak bentuk orang, kau yang tak terbentuk nanti.


Aku :  Ala, apa salahnya kalau kawen dengan Cina pun.


Mama : Cina mana yang nak kat kau ni? Kulit melekit ada hati nak kawen dengan cina.


Tak dapat kawen dengan cina, dapat chinese look pun jadiklahhhhhhhh.

Masa aku  bawak balik En Wan dulu, Mak Aji cakap "Takde ke yang lagi sepet kau nak bawak balik rumah?"

Mesti stress Mak Aji.
Ko tak bagi aku kawen dengan Cina, aku bawak balik Melayu yang muka cam Cina. Amacam?



Lagu Beyond yang aku paling suka - No More Hesitation
posted by aveo757 @ 7:25 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER