2012-07-16

BINGO

Aku dengan En Wan ni memang sama-sama takleh duduk dendiam kat rumah kalau weekend.
Asal weekend je kitorang kena carik aktiviti, otherwise akan menjurus ke suatu tindakan tak patut tak patut.

Contohnya semalam.
Padahal aku tak sihat.
Tapi aku badan je tak sihat tapi keinginan tak pernah tak sihat.
Demam pun selera makan tetap sama.
Silap-silap kedarah lagi kuat.
Pastu kalau aku nampak En Wan bersiap-siap lain macam, (takde la gojes sangat tapi disebabkan kat rumah dia pakai berm so kalau tetiba pakai suar panjang tu aku tau la dia nak keluar) otomatik aku jadi sihat. Nak ikut punya pasal.

Semalam tengah baring-baring nampak dia mandi.
Ni apehal mandi tengah-tengahari buta ni??
Pastu nampak dia pakai jeans.
Terus aku "Nak ikut boleh?"

En Wan "Jom!"

Lepas dapat keizinan baru aku tanya "Nak gi mana?"

Agak-agak kalau dia kata Giant, malas lah.
Kalau jauh sikit aku nak la ikut.

Selalunya macam tu la.
Aku akan tanya dulu boleh ikut ke tak.
Pastu baru tanya nak pi mana.
Kang kalau aku tanya nak pi mana, sekali dia jawab Midvalley pastu tetiba takleh ikut, tak ke stress aku satu hari? Jadi, kita mesti ada strategi nak menjaga hati sendiri.

Rupanya dia nak pi tempah sarung sofa.
Memang takde keje betul la orang tua ni.
Kalau bab menghias rumah memang lah dia.
Padahal aku tengok sarung sofa aku tu ok je lagi. Belapuk je la sikit. Hahah.
Ada aku kisah? Sape pun nak tengok sofa aku?
Kalau aku buat open house pun aku pasang khemah. Orang duduk luar. Mana ada orang sempat nak kelebet sofa aku segala.


Aku : La, nak buat apa tukar sarung? Ok lagi apa.


En Wan : Dah 7 tahun Di kita beli sofa ni. Sekali pun tak pernah tukar sarung. Kot ye pun nak berjimat agak-agak sikit eh?


La..
Sebab tu la aku beli sofa ni dulu.
Sebab sarung dia kaler cekelat.
Senang tak nampak kotor. Bila tak nampak kotor, takyah lah tukar. Kita basuh je sudah.

Pastu dia bebel-bebel sofa ni dah lama la, nak raya la, kena ganti la, apa la.
Eleh, cakap je la kau terlebih duit.
Nak salahkan hari raya pulak.
Padahal tahun lepas pun ada raya. Awat tak tukar tahun lepas je.
Kan?
Kantoi..kantoi.
Ada duit lebih taknak bagitau aku.


 Inilah kalernya sarung sofa baru.
Sama je dengan kaler baju raya kitorang tahun ni.




Disebabkan tempah sofa tu sekejap sangat, so macam tak best kalau terus nak balik.
Dah alang-alang keluar kan.
Tapi nak keluar jauh-jauh rasa malas lagipun Sabtu dah keluar sampai ke malam.
Lagipun semalam (Ahad) mak mertua aku sampai dari Tganu.
Tapi sebab hati tu nak berjalan jugak, kitorang singgah Giant Putra Heights dulu sebelum balik rumah.
Hajat tu nak pekena Subway. Lepak-lepak berdua kat dalam tu sembng-sembang (macam kat rumah tak penah bersembang), tapi aku baru terperasan kat Giant ni ada Bubble Tea!
Apesal selama ni aku pualng balik pulang balik ke Giant tak pernah nampak bendalah ni??



Terussssssssssssssssssss order segelas.
Yang ni aku ambik green apple milk shake with bubble tea.
Best!!!!
Just like kau minum Ephyra dengan susu.
Sape yang ada Ephyra, cuba try bancuh Ephyra dengan susu sejuk.
Nak lagi kaw buat kekdah yang aku ajar hari tu, letak susu dalam botol then tuang Ephyra pastu goncang. Minum.
Sebijik rasa macam green apple milk shake ni.
Agak-agak nak best, kau beli la bubble tea masukkan dalam Ephyra. Hahah.

En Wan konon taknak bubble tea.

Tapi pastu dia yang sedut lebih.
Menghempas-hempas aku bubble tea aku habis dia sedut.
Orang suruh beli taknak. Nak share.
Pastu dia belasah kaw-kaw.
Tu bukan share namanya. Tu namanya conquer.



Malam semalam Redza buat homework tuition.
Dalam buku latihan tu ada mintak student main game BINGO.

 Masa dia cakap kat bapak dia pasal BINGO ni aku tengah Isyak.
Gila tak concentrate aku nak Isyak bila dengar En Wan "ajar" anak main BINGO.
Orang tua ni gamaknya dulu kecik-kecik tak pernah main BINGO.
Aku tak tau la dia main apa dulu time skolah.
BINGO pun tak tau.
Nak tergelak aku dengar dia kelentong anak dia cara main BINGO. Padahal aku tengah semayang ni.

Elok je bagi salam, terus dengan telekung tak berbukak aku ajar Redza ngan bapaknya sekali how to play BINGO.


Aku : La, abang tak pernah main ke BINGO ni dulu? Ni game zaman-zaman kita sekolah rendah la.

En Wan : Tak pernah dengar pun.

Aku : Ntah apa la dia main dulu kat sekolah. Ni mesti set-set main galah panjang je. Tak menggunakan minda lansung. Ni macam matematik tau! (Wah berlagak ni. Padahal maths bangang)

En Wan : Budak-budak skolah abang dulu tak main la. Kitorang semua blaja.


Wahhhhhhhhhhhhhh blagak sialllllllllllll.
Setepek aku kena kat dahi.
Gurau kasar nampak???



Ni aku main dengan Redza.



Kesian Redza, dia tak tau main BINGO ni kena tutup jangan kasi orang lain nampak.
Tapi aku tak bagitau dia suruh tutup. Hahah.




Dah kau tak tutup of cos la aku nampak.
Dan of cos la aku menangggggggggggggggggggggggg!!!

Wakakka.
Kesian kan aku.
Main ngan budak kecik baru boleh rasa menang.
Seriesly aku tak pernah menang pun main BINGO ni dulu.

Tapi gila sexcited bila now tengok BINGO ni masih wujud lagi.
Budak-budak skarang mana tau main benda-benda ni semua, semua main iPAD.
Bila aku ajar Redza main ni, terus sampai skarang dia asik nak main ni je.
Aku pulak naik menyampah.
Sebab sekarang dia asik menang!





Agen Cookies Anda : KLIK HERE
Promo Raya Ephyra RM198 : KLIK HERE