2012-06-24

Production

TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!


Alhamdulillah dari Jumaat lepas, sehingga Jumaat yang baru ni, production kukis for year 2012 telah bermula. Ingatkan nak bukak oredr 1 July tapi sebab ada yang mintak nak buat for kunyah-kunyah, for wedding, yang mengidam, so aku bukak awal. Tapi aku tak dapat nak tolong buat, sebab aku pun busy dengan keje. Mula-mula Mak Aji offer pembantu dia keje start 10 July, konon untuk tempahan nak raya nanti. Sekali bila order berlumba-lumba masuk, terus dengan Pak Aji Pak Aji sekali kena menggentel kukis. Terpaksa la kan, nak harap aku memang payah la sebab aku pun ada keje lain nak buat. Nak panggil pembantu datang awal, dia pun ada keje nak settlekan jugak.

Jumaat baru-baru ni baru aku dapat luangkan masa tolong.
Tapi aku pun tolong part letak choc chips and susun dalam balang je sebab Mak Aji lepas subuh lagi dah siapkan adunan. Kalau nak tunggu aku sampai baru nak start buat memang tak bersiapla order orang.


Lambakan kukis yang dah siap untuk disusun dalam balang.



Kukis panas-panas baru kuar oven



Kukis yang dah siap susun tinggal tunggu nak dipos/dicollect.



Ada request masuk mintak buatkan kukis tanpa badam. Dah siap. Sila collect :)



Petang, lepas solat Jumaat, buat lagi a few adunan.
Mak Aji guna scoop khas supaya semuanya sama besar.



Lepas tu, adunan akan dipenyekkan secara sekata supaya aku senang nak tepekkan choc kukis.



Kukis siap!!!


Ni kat atas meja makan aku dah bersusun-susun balang dalam plastik untuk customer collect. Sila la datang ye sebab duit korang dah bayar. Kalau tak ambik kang, aku yang makan. Tapi esok aku dah start travel, sesiapa yang aku dah email untuk collect kukis, kalau ank ambik datang je la rumah. Rumah sentiasa ada orang. Aku dah tulis kat plastik siap-siap nama korang supaya senang bibik aku ambikkan.


Kalau nak order : aveo757[at]yahoo[dot]com


Tengkiu :)