walk on wings, tread in air: Babai MAC <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Babai MAC
2012-06-18
Setelah beberapa hari merempan-rempan dengan MAC powder, semalam keberempanan itu telah pun berhenti setelah berjaya menrasuah En Wan untuk ke Sunway Piramid. En Wan ni kalau hari Ahad memang bercinta sikit nak keluar rumah. Kalau tak bantai membuta, dia mesti akan me-macgyver-kan isi rumah. Tapi sebab tiap-tiap hari aku nyanyi-nyanyikan kat telinga dia muka aku berminyak la, berlengas, berlengit la, dia pun fedap lantas bersetuju bawak aku pi Sunway Piramid.




Sebab tu la dia malas bawak aku pi shopping.
Asalnya nak beli compact powder, last-last aku menggila kat dalam butik tu.
Dan selalunya aku akan cakap "Alah..alang-alang dah sampai kan..."

Aku dah dapat rasakan slowly aku akan meninggalkan Clinique.
Dulu aku just pakai Shu Eumura untuk mekap-mekap je.
Clinique pulak khas untuk facial care.
But lepas guna cleansing oil 2 in 1 Shu, aku sangat-sangat puas hati. Now dah botol ketiga.
Satu botol, boleh tahan sampai 6 months.
Ok la tu kira berbaloi dengan harga dia.
Sebab dulu aku konon nak murah, beli L'oreal kat Guardian tapi 2-3 weeks dah habis sebotol.
Memang la murah, tapi kalau dah sebulan sampai 2 botol, dah RM40+ dah kat situ.
Kalau sampai 6 bulan, dah lebih kurang harga Shu Eumura ni jugak.
Baik aku guna Shu, dah tentu-tentu sekali dalam 6 bulan je beli.

Kalau ikut plannya, lepas pi Shu, nak singgah Clinique beli serum pastu nak singgah Guardian beli eyeliner.
Tapi biasa la kan, masuk tempat berpuaka memang payah la kau nak keluar sesaje je.
Dia cuci muka aku and bagi aku try their newest product - yang botol kecik dalam gamba tu.
Ni facial mask tapi ada serum sikit.
So, another 2 in 1 produk.
Aku kan kemain suka lagi dengan 2 in 1, 3 in 1, 15 in 1.
Sebab senang sekali jalan.
Kebetulan aku memang nak carik serum, so aku rembat je la produk baru ni.
Lagi seminggu nanti aku update apa terjadi kat muka aku.

Pastu semalam aku tak pakai eyeliner sebab memang eyeliner aku dah habis pun.
Sales tu cakap "Mata u sangat besar. U tak mau pakai eyeliner kah? Lagi sharp mata u. I kasik u try black eyeliner"


Terus macam DANGGGGGGGGGGGGG!

Ni bukan sharp ye amoi.
Ni namanya BUNTANG!

Macam terbelolok mata aku.

Siap la pulak menkondem bulu kening aku.
Suruh aku trim la apa la.
Kosser de!


 
 Oh! Bahagia rasanya powder ni kembali ke dakapanku.
MAC telah selamat aku pass kat Mak Aji.


 
Yang sebelah kiri tu muka kepuasan dapat apa yang dihajati.
Yang belah kanan tu muka ...... ermm dia ni memang spesis muka takde efek. Takyah layan la.


 
 Lepas tu kita pekena Okonomiyaki.
En Wan punya.
Tapi aku bedal jugak la sikit.
Sharing is caring katakan.


 
 Ni aku punya.
Tak agak-agak.
2 sekali order.
Dah la taknak share dengan sesape.


 
 Sebab jalan berdua je, so makan pun kat kaunter je la.



 
 Bubble tea.
Air ni mengingatkan aku kat satu air zaman aku budak-budak tu.
Macam ni la jugak konsep dia.
Tapi air dulu tu dia asalnya serbuk.
Kita kena tuang dalam air sejuk kot kalau tak salah pastu nanti the serbuk bertukar jadi bijik-bijik jeli macam ni.
Bila minum best je boleh kunyah-kunyah sekali.
Tapi bubble tea ni lagi best kunyah dia.
Sebab bijik dia besar-besar so sekali sedut mau la 5-6 bijik dalam mulut.
Comel-comel je penuh kat mulut.


 

Taraaaaaaaaaaaaaa!!!

Kasut baru :)

Kasut pengawas aku yang RM19.90 tu dah barai.
Kira berbaloi la beli RM19.90 tapi tahan nak kat setahun gak.
Ke mana-mana aku pergi aku dok melenjan kasut tu.
Pi opis, pi jumpa customer, pi outstation, pi USS, pi beach, semua kasut tu aku tadah.

Yang baru ni masih mengekalkan imej seorang pengawas tapi kali ni senonoh sikit la.
BATA.
Hahahah.
Budak sekolah pun taknak masuk BATA ok?

Tapi yang ni mahal sikit la - RM49.00. Hihihi.
Yang dulu tu main sarung je.
Yang ni ada zip zap ala-ala Pallas Zap-On.

Aku rasa macam lagi selesa pakai kasut cenggini.
Mana aku nak campak high heels aku dalam lemari tu pun aku tak tau.




Baru dapat gamba ni.

Ni wedding one of reader aku.
Dia jemput, aku pegi.
Terharu je aku, padahal aku ni ntah saper-saper je ntah tapi ada gak orang nak jemput aku datang makan kenduri. Aku ok je kalau bab makan ni. Nak pulak nasik kenduri. Nak tunggu jemputan member-member, semua member aku dah kawen. Nak tunggu member buat kenduri sambut menantu, ada la kot lagi 20 tahun sok. Kot umur aku pun panjang nak datang. Kot panjang umur pun kalau terlarat. So now ada reader-reader nak kawen, dapat jemputan walahweiiiiiiiiiiiiiiiiiiii nasik minyak oiiiii.

Sebenarnya kan aku ada snap gamba dengan budak ni atas pelamin (gamba yang dalam henfon aku tu la) tapi pastu terdelete. Keje Rayyan la, apa lagi. Bila dapat gamba ni dari dia, ada gak kenangan bergamba dengan reader.

Thank you jemput :)

p/s : nampak tak BB aku ada kesan gigi Rayyan? Sebab tu la now BBM aku tak berfungsi agaknya. Asik kena gigit ngan kena hempas je.
posted by aveo757 @ 6:21 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER