2012-05-20

No more iklan lepas ni.

Kalau kita bersangka buruk kat orang, salah.
Kalau kita terlalu bersangka baik pun tak boleh jugak.
Kalau kita terlalu percaya pada orang, orang kata kita jenis yang senang nak kawtim.
Bila susah nak percaya orang, orang kata kita keras hati, susah nak bersimpati.
Dah banyak kali dah aku berdepan dengan situasi macam ni.
Dulu, orang pinjam duit tapi tak bayar.
Aku pulak jenis segan nak mintak. Sebab pada aku, kalau orang tu ada duit mesti dia akan bayar balik. Kalau aku gi mintak nanti tetiba orang tu takde duit nak bayar nanti dia malu dengan aku pulak.
Tapi yang meminjam ni macam takde rasa apa je pinjam duit orang berbulan-bulan tapi tak bayar.
Pastu ada orang mintak aku promote barang dia. Frankly, aku tak pernah mintak or charge apa-apa kalau orang suruh aku iklan or promote any produk kat blog. Aku just rasa happy kalau dapat tolong majukan bisnes orang. Sebab aku tension bila kenang-kenangkan masa aku start bukak company, gila susah nak dapatkan attention and kepercayaan orang. Takde orang nak tolong aku. Aku kuarkan duit sendiri around 15K untuk bagi customer aku try produk aku for free. Tension bila tengok orang lain senang-senang dapat itu ini sebab ada cable. Memang lancheon.
Tapi ada la 2-3 makhluk ni yang beria-ia offer aku sekian-sekian amout, siap kata bagi komisyen kalau ada orang beli produk dia mention nama aku/blog aku bagai. Aku iye kan aje la. Takde black and white so aku malas nak layan sangat.
Pastu, bila tetiba ramai gila yang beli produk dia dari blog aku, dia glabah. Nak glabah pasaipa pun aku tak tau. Nak dijadikan cerita, sorang reader ni beli produk dia and budak ni cc email tu pada aku. Dalam email tu budak ni kata dia tau pasal produk tu dari blog aku and budak ni cakap dia beli sebab dia percaya kat KAK DI (auwww). Kalau produk ni ok, ada 6 orang lagi kawan-kawan dia nak beli provided produk ni kena betul-betul berkesan.
Tuhan nak tunjuk agaknya ke'bijaksanaan' tuan punya produk ni pada aku yang bodoh ni. Dia pi reply kat reader ni bagitau sebenarnya KAK DI taknak promote pun produk dia tapi dia beg and janji nak bayar KAK DI komisyen RM200 untuk setiap pembelian barulah KAK DI setuju. Dia mintak lepas ni tak perlu cc pada KAK DI sebab KAK DI takde kena-mengena pun. Email je direct to her.
Too bad, reader ni adelah avid reader blog aku jadi dia telah men-forward the email kat aku. Tapi aku percaya reader ni forward bukan nak jadi batu api tapi nakkan kebenaran samada aku promote sebab produk betul-betul bagus or sebab komisyen.
Memang sebak gila bila aku baca email tuan punya produk tu. Aku tak rasa sedih kena aniaya, cuma kecewa je dengan sikap orang. Yang buat aku sebak tu sebab apa kebangangnya aku ni pi tolong orang macam ni?? Like, apesal aku yang balik-balik dipilih untuk dikencingkan?
Bila dah reda sedih, aku realized yang aku sebenarnya sangat bertuah kerana dipilih untuk ditipu bukan menipu. Bila aku dah dapat carik kebaikan disebalik musibah ni, aku rasa kesian pulak dengan tuan punya produk tu. Betapa hati dan mata dia jadi gelap bila nampak duit depan mata.
Aku tak tuntut apa yang dia janji. Sebab yang berjanji dia, bukan aku. So aku takde rasa terbeban untuk menunaikan janji. Tapi mungkin ni la pelajaran terbaik yang Tuhan nak tunjuk pada aku (dan kita semua) bahawa hanya kerana duit ada yang bukan saje sanggup mungkir janji malah menipu dan menfitnah. Kamon la, yang berjanji pun kau, bukan aku yang mintak. Kalau kau rasa janji-janji nak bagi komisyen tu sebagai satu umpan untuk aku promote produk kau gila-gila, memang silap sangat lah. Aku kalau rasa nak buat, memang aku buat betul-betul.
Sampai En Wan kata aku buang masa promote produk orang padahal patutnya yang nak jual la buat marketing sendiri sebab hanya dia yang lebih tau pasal produk dia. Betul la kata En Wan tu. Another well known blogger pun penah cakap kat aku yang patutnya aku charge je duit iklan sebab kalau betul nak berbisnes, modal2 buat marketing ni memang secara lojiknya perlu ada. That's also true.
Tapi aku dah pilih cara macam ni. Aku just suka nak promote-promote. Maybe sebab aku memang dalam line sales and marketing so aku just rasa enjoy buat, macam dah jadi part of keje aku. But bila orang dah jadikan aku macam "bahan lawak" like this, aku gila dissapointed.
Jangan ingat aku promote barang sebab orang janjikan aku duit. Kalau benda tu ok, aku cakap ok. Kalau tak, memang aku bantai tak. Contohnya yang email aku tanya if kalau nak conceive elok ambik Epyra or not, aku terang-terang cakap kalau ada plan nak mengandung toksah gamble kat produk2 like collagen or pakaian-mesti-dapat-mengandung-punya or ntah apa apa lagi. Maybe it's true bahan-bahan ni boleh membantu but secara lojiknya bukan ke lebih baik straight pi jumpa gynae? Dokter lebih tau keje dorang. Kalau setakat nak berikhtiar cara lain takpe, tapi kalau beli collagen kerana nak aim mengandung, errrr......baik gi klinik.
Berbalik pada this lady tuan punya produk, aku kesian sebenarnya kat kau. Maybe selama ni kau asik komplen gaji kau tak cukup, so now Tuhan bagi kau duit macam yang kau nak. Tapi jangan sampai tamak sehingga sanggup menfitnah. Kalau kau rasa menyesal pulak offer aku RM200 sebab tetiba ramai pulak yang beli produk kau dari blog aku, aku nak cakap yang aku tak hadap pun komisyen kau. Kau ambik la semua duit tu sebab memang itu produk kau, aku tolong expand the bisnes je.
Tapi takyah la menipu customer and fitnah aku. Tak best ok banyak duit dengan modus operandi menipu. Len kali kalau rasa tak bersedia nak share keuntungan dengan orang, buat lah keje sendiri. And plis lah, jangan burukkan aku.

Tak pernah terjadi dalam mana-mana sejarah, orang yang menfitnah hidupnya tenang.
Tak pernah terjadi dalam salasilah orang yang berjaya, hidupnya success kerana menipu.

NEVER.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone