2012-05-14

Mother's Day dan bla bla bla..

Sabtu lepas aku macam ter-busy sikit sebab ramai datang untuk tempah baju kawen.
Sebab semuanya busy on weekdays so hari Sabtu adelah hari serbu rumah aku nampak gayanya.
Padahal takde sangkut-paut pun tapi aku menyibuk-nyibuk jugak lah time customer datang tu.

Sape yang datang rumah aku Sabtu lepas mesti konfius mana satu bibik mana satu tuan rumah sebab yang mendominasi tetamu Sabtu lepas adelah bibik (tailor) aku.

Aku??

Ye, aku dok atas lantai buaikan Rayyan tido.
Sessi petang lak time tetamu datang aku tengah kendong Rayyan dengan kendong kain batik.
Memang versatile sungguh la aku Sabtu lepas.
Jadi majikan pun boleh. Jadi bibik pun sajak.

Malamnya pulak bawak Mak Aji gi makan kat Famous Thai celebrate Mother's Day.
Ramai rupanya Malays malam tu yang bawak family makan kat situ for Mother's day. Rasa macam seronok sangat tengok setiap meja mesti ada sepasang orang tua tengah makan sekali ngan anak-anak.

Kitorang datang berenam je sebab bibik-bibik semua taknak ikut, nak tengok tv. Tapi disebabkan meja lain penuh, yang tinggal semua meja untuk 12 orang. Memang menonggeng-nonggeng la masing-masing senduk lauk kan.



Mula-mula aku plan nak bawak pi Ayutthaya.
Tapi aku pernah makan 2 kali kat Ayutthaya rasa macam terlampau vogey the vass. Aku dah la bangsa memekak, jadi haruslah pergi kat restoran yang less protocol sikit.

So En Wan ajak pi Famous Thai kat Plaza Masalam.
Sebenarnya aku cukup tak suka pi Plaza Masalam ni.
Sebab aku rasa macam takde apa kat sini selain dari tempat makan boleh tahan.




Malam tu memang aku keluar tak pakai mekap.
Sebab saje taknak bagi Mak Aji gabra.
Aku tak bagitau dia pun aku nak bawak dia pi makan untuk celebrate Mother's Day.
So dia pun datang rumah aku pakai baju rilek-rilek.
Kang kalau aku tetiba turun hall dengan bermekap segala terus dia taknak pergi sebab dia oncern sangat dengan baju yang dia pakai. Jadi aku pun berpakaian ala-ala nak bawak dia pi makan kedai-kedai kat Putra Heights je.




Aku letak gamba ni bukan nak menunjukkan muka perasan comel letak jari kat bibir ok?
Tapi sebenarnya aku nak tunjuk korang nampak tak perempuan yang duduk kat meja sebelah meja aku tu? Yang muka dia hadap ke kamera.
Dalam gamba ni macam tak jelas, tapi on that nite muka dia ni macam familiar gila.
Aku tak sure dia pelakon ke, pengacara ke, tapi aku rasa macam pengacara WHI.
Cantik sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!


Chicken lemon



Soft shell crab


Ya Allah!!!!
Kali terakhir aku makan soft shell crab was kat Ayuthaya.
That was year 2009!
Lepas tu aku tak jumpa-jumpa lagi dah soft shell crab kat semua sea food restaurant yang aku pegi.
Last-last jumpa kat Famous Thai.
Aku tak kira!!
Order sampai 4 ekor.

Bayangkan, Redza yang selama ni tak pernah nak makan ketam, that nite dia leh makan sekor.
Sampai tadi pun dia dok cakap lagi "Ma, cwab (dia punya sleng mat saleh over sikit) tu sedap kan?"



 Sotong goreng tepung


Ni aku order saiz S je sebab khas untuk Redza and Acu dia.
Lega bila aku tengok sotong goreng tepung dia macam ni.
Aku dah risau janganlag yang sampai tu cekodok sotong.
So now aku tau kat sini kalau nak pekena sotong goreng tepung yang sebenar, bole ke Famous Thai.

Tapi still takleh lawan sotong goreng tepung jeti Kuala Perlis.
Insyallah hujung bulan ni aku naik utara lagi, aku tak kira, nak pi jeti ratah sotong puas-puas.




Sweet sour fish

Siakap sangat lahhhhhhhhhhhhhh memanggil-manggil.
Walaupun aku seriau bila pikir-pikir pasal kes makanan babi tapi aduhaiiiiiiii......sangat tempting.
Aku harap la siakap aku ni spesis yang halal.



Butter prawn

Sampah je lagi banyak dari udang.
Tapi udang dia walaupun just 8 ekor but besar tapak tangan!
Memang puas hati.
Aku kalau pi makan seafood, telor dadar memang tak pernah ketinggalan.
Tapi sebab that nite aku oredr butter prawn so aku tak order telur dah. Konon nak bagi Redza makan sebab dia suka telur.
Sekaliiii, aku dah sendawa 10 kali baru butter prawn ni sampai.

Service dia memang cepat.
The thing yang buatkan prawn ni sampai time aku dah habis makan was sebab aku order terlampau banyak lauk. So kalau korang nk pi Famous Thai, jangan risau pasal service. Service memang cepat.

Ada lagi 2 lauk aku tak sempat ambik sebab aku busy makan.
Tau-tau eh dah habis???

Tomyam seafood and kangkung belacan takde dalam gambar.

So, untuk makan 5 dewasa, sorang kanak-kanak, berserta nasi putih, air pilihan masing-masing and 7 jenis lauk total RM320.

Bagi aku berbaloi.
Sebab soft shell tu aku order 4 ekor.
Pastu lauk-lauk lain semua aku order saiz medium (dia ada saiz S and M je) kecuali kangkung and sotong.
Pastu ikan tu besar, memang makan untuk 6-7 orang punya dia bagi.

Yang buatkan sangat puas hati sebab En Wan kata BEST.
Laki aku ni kalau pi mana-mana, dia akan respond "Boleh la..".
Kalau dia kata "BEST!" maknanya best la tu.
Tapi memang best pun semua lauk-lauk dia especially chicken lemon.




Demo cara-cara menonggeng dengan berhemah sewaktu mengambil lauk.




Okey, ni aku nak selitkan sikit cerita pasal collagen yang aku makan tu.
Ramai yang email aku tanya apa nama collagen.
Baru sat-sat ni Najlah Ishak sms tak sabar nak tau pasal collagen.
Collagen itu adelahhhhhhhhhhh....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


EPHYRA

Bahan dia dari deep sea fish.
Deep sea ok, bukan sangkar fish.
Collagen yang diextract dari deep sea, nilai dia lagi tinggi sebab collagen dia kira wild-type.
Ussually bila ada perkataan "collagen from animal.." SELALUNYA collagen tu diextract dari bovine atau porcine.

Jadi, hati-hati bila baca product.

Kalau deep sea fish, collagen ni diextract dari kulit ikan yang selalunya ikan yang diguna is cod fish.
Sebab cod fish ni kandungan protein dia tinggi.

Dalam kotak ni ada 30 sachets, satu hari satu pack.
Aku suggest makan selepas breakfast.
Sebab collagen ni bagi kau energy gila bahabs punya energy.
Kalau kau makan malam siap la ko kena berjaga.

Of course, collagen promotes skin metabolisme, but this EPHYRA somehow telah juga menyebabkan energy kau bertambah. Bila energy kau bertambah maknaya metabolisme kau meningkat. So jangan risau la dengan berat badan, slowly berat badan kau akan jadi ideal.




Disebabkan bahan utama berasal dari ikan, jadi the Fishy smell tu dah di-purifiedkan sehingga takde bau.
But kalau kau bukak the packet, kau akan bau ala-ala bau ikan jugak but tak hanyir pun.
Nak hilangkan hanyir tu EPHYRA letakkan satu perasa yang sangat best!

Nak tau rasa apa???

Rasa TUTTI FRUITTI!

Tak percaya?
Pi beli la kalau tak caya.
Hahah.

Cara minum :

1. Pastikan air (air sejuk lagi best) hanya setengah mug.
2. Curahkan se-paket EPHYRA collagen dalam air tu.
3. Kacau hingga semua powder larut.
4. Minum.

Korang akan rasa air tu masam-masam sikit.
Best.

Ingat ye, MAKAN LEPAS BREAKFAST.

Bukan takleh makan waktu lain.
Tapi lagi untung makan pagi, so penggunaan energy tu dapat dimaksimumkan.



Kalau nak campur dengan air oren, ribena or susu sekalipun takpe.
Ini gamba semalam, aku minum dengan oren.
Kalau nak pakai oren, letak pati oren tu setengah sudu kecik je cukup.
Kalau kau letak lebih, konfem air tu jadi masam.
Sebab EPHYRA tu dah bagi perasa masam-masam dah, so air oren akuu tu saje aku nak bagi cukup syarat jadikan air aku berkaler sikit. Tu je. 


EPHYRA ni blom ada jual kat mana-mana stor ye.
Kalau nak order buat masa ni sila order dengan founder dia directly.

Email oceanlife2u@gmail.com
Harga standard RM299.
Tapi sempena Mother's Day, harga dia jadi hanya RM198 sehingga 31st May 2012.

GRAB! 


 

Aku pernah sekali bancuhkan EPHYRA dengan sir susu full cream
Susu tu aku sejukkan pastu aku letak EPHYRA.
Siut gila sedap okkkk.
Susu tu dah berlemak pastu ko letak collagen masam-masam sikit memang best sangat.
Tak dapat nak dihuraikan dengan kata-kata camne rasa air tu tapi sedap.




Thank you to Mazrie Ernie sebab hadiahkan aku ni.
Beria-ia dia dari dulu mintak address aku.

Dulu aku ada advertisekan air purifier dia kat blog.
Since that dia dok mintak address sebab "nak bagi something".
Aku memang sebenarnya allergik kalau ada orang nak bagi apa-apa sempena "token" aku iklankan kat blog.

Tak payah ye anak-anak.
Acik memang suka-suka tolong iklan kan.
Takyah lah susah payah nak bagi apa-apa kat acik.
Acik tak tolong apa pun, tolong tepek kat blog je.

Tapi aku pulak dah naik segan ngan Mazrie ni sebab rasanya macam dah setahun dia mintak address tapi aku asikla buat-buat tak nampak mesej dia. Heheh.
Thanks ye Mazrie.

Best jugak pakai air purifier ni.
Bilik aku rasa fresh and lebih segar. Bila aku cuci balang ni ewahhh macam-macam habuk aku nampak masuk dalam air ni. Kalau ada anak-anak yang ada athma aku suggest beli bendalah ni.