2012-05-15

Question

Sorry, been so busy. Banyak soalan-soalan yang reader minta aku tanyakan pada kawan aku tu aku peram.

Ok, aku releasekan jawapan untuk satu soalan dulu ok?

Soalan :
Bagaimana yang dikatakan solat dan amalan lain belum tentu menjanjikan syurga untuk kita kerana kita perlu mencari redha Allah.


Asalamu'alaikum,

Memang pada hakikatnya manusia sepatutnya beribadah kerana redha Allah, bukan kerana sebarang ganjaran, dalam kes ni syurga.

Tapi manusia perlukan motivasi, dan dalam masa yang sama memerlukan AMARAN!

Syurga adalah motivasi, neraka adalah AMARAN!

Syurga berita baik, Neraka berita buruk.

Tapi bukanlah kerja kita untuk 'meletakkan' diri kita dalam syurga, apetah lagi mengatakan diri sebagai manusia pilihan Allah, walaupun dengan semua usaha baik dan amal baik yang kita buat.

Kita buat amal baik, mudah-mudahan Allah redha, maka bila Allah redha kita akan senang.

Bukan saja di akhirat, di dunia pun macam tu.

Contohnya, kita berkerja. Kita perkerja. Ada boss. Kerja kita baik, tip top, tak curi tulang, rajin, amanah, bawa kebaikan kepada syarikat.

Secara logiknya boss akan suka kita.

Bila boss suka dan percaya kita, mahu tak mahu semua urusan kerja kita akan jadi senang.

Malah kalau nak mintak cuti pun senang.

Nak naik gaji pun senang, kerana Boss suka kita.

Suka=Redha.

Dalam opis pasti ada peraturan, dan bila kita ikut semua peraturan dengan patuh, tanpa komen, tanpa mengumpat belakang, ikut dengan 'rupa rajin'. ikut dengan penuh kepatuhan, maka boss akan 'kenal' kita. Dan logiknya sekali lagi, urusan kita semua senang. Sebab Boss suka, Boss redha.

Itu saya berikan perumpamaan untuk kita sama-sama senang fahami konsepnya. Tetapi Allah tak bersifat dengan sifat manusia, Dia Maha Pemurah.

Kalau semua peraturan Dia kita ikut dengan patuh, dengan 'rupa rajin', dengan tanpa bantah, dengan tanpa soal, maka logiknya Dia akan suka dengan kita.

Dia suruh solat, kita solat.
Dia suruh zakat, kita zakat.
Dia suruh puasa, kita puasa.

Tanpa soal, tanpa komplen.

Dia Maha Mengetahui.

Sebab itu, kita kena cuba ikhlas dalam melaksanakannya selagi yang boleh. Tapi bagaimana kita nak tau samada apa yang kita lakukan tu ikhlas atau tak?

Seringkali kita lihat/dengar orang yang hulurkan bantuan akan berkata "Eh takpe, ini saya ikhlas bagi".

Macamana kita tau itu ikhlas?
Ikhlas tak perlu diberitahu.
Bila kita menyatakan keikhlasan kita kepada umum, itu dah bukan ikhlas. Kerana sememangnya ikhlas atau tak ikhlas, hanya Dia tahu.
Tugas kita hanyalah melaksanakan dengan ikhlas, bukan mengucapkan keikhlasan itu sendiri.

Jadi bagaimana kita nak datangkan keikhlasan tu tanpa ada sekelumit riak dalam hati?

Caranya adelah dengan sentiasa melakukannya.

Contohnya sedekah.

Ada orang yang nak bersedekah tapi bimbang jika niat bersedekah kerana Allah tu hanyalah kerana kita ingin mengumpul pahala. Maksudnya di sini, segala apa ibadat/amalan yang dia buat tu hanyalah kerana terlampau aim pahala dan syurga sehingga lupa bahawa kita bersedekah kerana Allah, bukan kerana syurga/pahala.

Jadi, adekah kerana tidak mahu timbul perasaan bersedekah hanya kerana mengejar syurga maka lebih baik jangan bersedekah lansung?

Tak boleh jugak macam tu.

Sebab tu kita ada syurga, ada neraka, ada dosa ada pahala.

Syurga adelah aim kita.
Pahala adelah ganjaran yang membantu kita mencapai aimm kita tersebut.
Tetapi pahala bukan SYARAT kita ke syurga.

Adekah kerana bimbang wujud rasa riak terhadap orang ramai dan ujub dalam diri maka kita tak perlu bersedekah kerana bimbang amalan (sedekah) kita tak dikira (diterima) oleh Allah?

Habis tu, sampai bila kita taknak bersedekah hanya kerana takut dengan rasa ujub/riak?

Jadi, kita perlu buat.
Latih diri kita untuk selalu bersedekah.
Insyallah lama-kelamaan keihklasan tu akan timbul dengan sendirinya.

Dalam hal solat (soalan penanya tadi), kita solat BUKAN DENGAN KEKUATAN KITA. sebab tu dalam Azan, bila sampai "Hayya Alass Solaaahhhh", kita jawab "tidak ada daya upaya melainkan dengan izin Allah"

Kita Solat sebab Allah yang izinkan tulang pat kerat kita kerjakan solat. Sewajarnya kalau kita solat kita perlu sangat bersyukur.

Kerana Allah memilih kita untuk mengerjakan solat.

Orang awam, ikhlaslah seboleh mungkin, pasti akan datang 'godaan' dalam melaksanakannya tapi tepislah dengan istighfar dan doa.

Yang penting, salah satu cara nak ikhlas ialah dengan 'merahsiakan ibadah'. Jangan di hebohkan kat orang, kat FB "Alhamdulillah, Solat Tahajud malam tadi selesai satu juz Quran".
"Alhamdulillah, sempat melakukan Dhuha"

Macam tu ka?

Akan tetapi lepas merahsiakan ibadah, datang pulak 'ujub iaitu takjub kepada diri sendiri "terrer aku solat tahajud sorang pun tak tau". Pulakkkk...

Bila datang perasaan tu, tepislah dengan istighfar, membaca "'a'uzubillahiminassyaitonnirrojim' dan berdoalah semoga Allah terima semua amal kita.

Manusia ni memang banyak godaannya.
Pasti akan timbul rasa bangga diri dan ingin dipuji setiap perbuatan baik yang kita lakukan. Cubalah perlahan-lahan. Rahsiakan amalan kita.
Latih diri untuk melaksanakan ibadat/amalan.
Sentiasa menambah ibadat/amalan.
Insyallah, bila kita sentiasa latih diri kita untuk beramal, merahsiakan amal, menambah amal, ikhlas itu akan datang dengan sendiri, insyallah Allah redha.

Bagaimana mencari keredhaan itu?

Di zaman dahulu ada seorang yang rajin melakukan ibadat. Dia melakukan ibadat selama 500 tahun lamanya. Dia merasakan bahawa ibadat 500 tahun itu akan membawanya ke syurga.

Ternyata Allah mengatakan bahawa ibadat 500 tahun itu hanya boleh menebus sebelah matanya sahaja.

Bayangkan, ibadat 500 tahun hanya bersamaan dengan nikmat melihat melalui sebelah mata. Sebelah! Bukan sepasang mata.

Jadi siapakah kita yang mengharapkan syurga Allah dengan sekadar solat 5 waktu, sebulan berpuasa, zakat, haji, etc?

Sesungguhnya syurga Allah itu takkan setanding dengan solat 5 waktu kita.

Cuba kita renungkan.
Berapa banyak nikmat yang sudah Dia berikan pada kita?

Bermula dengan awal pagi.
Kita disedarkan dari tidur. Nikmat.
Ada orang mati dalam tidur.

Bila dijagakan dari tidur, kita membuka mata. Dapat melihat. Nikmat.
Ada orang yang terjaga dari tidur, sudah tak dapat melihat dunia.

Bila dibukakan mata, sendi kita digerakkan maka kita mampu ke bilik air. Nikmat.
Ada orang yang sedar dari tidur, lumpuh.

Kita mampu buang air. Nikmat.
Kita diberi udara untuk bernafas. Nikmat.
Kita diberi peluang untuk pergi ke tempat kerja dengan selamat. Nikmat.

Allahuakbar!
Itu baru nikmat beberapa jam selepas bangun tidur.

Setandingkah nikmat2 ini dengan amalan kita seandainya kita menganggap kita sudah cukup baik hanya kerana kita bersolat, bersedekah?

Yang wajib kita laksanakan.
Tetapi selain yang wajib, perkara-perkara lain jugak kita perlu ambilkira kerana kita tak tahu mungkin kerana perbuatan baik kita yang kecil itulah yang Allah redha.

Jadi, sentiasalah berbuat baik.
Cariklah redha Allah dimana-mana.
Kerana redha Allah itulah yang membawa kita ke syurga.

Wassalam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone