2012-05-08

Ephyra : Testimoni : Sendiri bagi testimoni

Baru la dapat meng-update blog.
Dari pagi keluar mencari rezeki dari satu hujung ke satu hujung sampai rumah baru dapat kencing.
Padahal aku minum segelas air tapi dia punya tujahan kencing tu macam minum air sebesen. Sebab tu aku malas nak minum air banyak-banyak. Kang benti jumpa customer tak seberapa, benti tumpang kencing je yang lebih.

Tadi jumpa satu customer yang beli shawl.
Tq Kak Jas kerana book 2 helai tapi beli 3 helai :)

Shawl yang Kak Jas beli sama macam shawl yang aku pakai kat bawah ni.



Suka gila aku dengan color dia.
Kaler ni memutihkan aku kan? Hahahah.

Kalau ada yang nak beli, tak salah aku ada 3 helai lagi kot, cubalah korang klik kat link SHAWL 11 tu. Aku malas la nak check. Hehe.




Today muka hanya ada eyeliner and loose powder.
Tiada blusher and lisptik.
Sebab aku nak test produk.

Actually aku tengah try satu collagen ni.
Nama collagen rahsia. Belum boleh reveal lagi.
Sebab orang tu bagi aku try 30sachets (untuk sebulan pemakaian).
Tau je la kan harga collagen berapa. Alangkan Kinohimitsu yang takat 6 botol tu pun dah RM70++.
So bila ada orang mintak aku try and buat testimonial of crosssssssssssssss takkan tolak. Maklomlah, kulit dah 35 tahun. Time ni la baru menggagau nak carik collagen.

Baru 3 kali pakai.
Pada muka, aku sendiri tak nampak apa yang beza.
Maybe sebab ni muka aku, so aku nampak macam ok je. Takde benda pun.
Tapi will wait and see lagi 2-3 hari, see if aku can spot the difference.

Tapiiiiiiiiiiii yang aku boleh rasa perubahan dia is dari segi energy.
Sejak aku makan collagen ni aku tak rasa penat.
Sentiasa ada energy.
Sekarang ni aku nak teruskan makan this collagen sampai habis.
Sebab aku rasa collagen ni mesti somehow akan menyebabkan berat badan menurun sebab dia increase-kan metabolisme.

Nanti eh?
Kasik aku try dulu pastu kita cerita.



TADAAAAAAAAAAAAA!!!

Baju aku dah half way siap.
Ni actually baju untuk attend wedding sedara aku kat Singapore next month.
Theme color turquoise.
Ingat nak buat baju kurung je la.
Tapi bibik aku bising. Dia kata "Saya kepingin lihat madam cantik".
Ha kau....nampak sangat madam kau selebet selama ni kan?

Bibik aku kata dia heran apesal orang Malaysia suka pakai baju besar (baju kurung) pergi pesta (wedding).
Abih nak wat camno.
Nama pun baju kebangsaan kan.

Tapi kali ni bibik aku buatkan aku jubah.
But not so jubah la, lebih kepada dress je aku tengok sbb bahagian pinggang sebenarnya ketat.
Baju ni sebenarnya 2 piece.
Bahagian dalam tu memang dress tali halus, belakang belah. So agak-agak lepas attend kenduri ko nak masuk pub pun bolehhhhhhh. Tanggal je baju kat luar tu.
Yang luar tu jubah (jacket) labuh sampai ke buku lali.

Bahagian dada baju (belah dalam) dia buat ala-ala smocking.
Lengan tu dari bahu ke siku dia buat kembang but dari siku ke wrist dia buat ketat.

Tapi tak siap lagi ni, sebab lace tu sebenarnya dia nak sulamkan dengan manik and batu-batu kaler turquoise. Aku tak tau la saper yang nak kawen ni.
Aku ke, cousin aku.

Dah la dia pakejkan dengan tudung sekali. Tudung pun dia jahitkan manik.
Aku dah naik seriau pulak nak pakai. Bukan apa, pakaikan baju kat patung yang selim dengan pakaikan baju kat makcik bonsai adelah perbezaan ketara ok?


Baru aku tau kalau baju pelik-pelik macam ni material dia memang mahal.
Baju aku ni dari material kain sampai ke lace, semua dia yang pilihkan.
Lace je semeter RM140.
Nasib baik pakai 2 meter je.
Tu pun menggigil aku bayor.
Memang the first and the last la aku beli lace.
Patut la kalau beli baju kat designer-designer ni mahal-mahal. Upah sah-sah la mahal sebab dia designer, material pun sama naik nak mahal jugak skarang ni!
Tapi nak gojes punya pasal. Pejamkan mata anda je lah.

Ok aku lapar pulak.

#okbai (comel tak aku tulis camni?)