2012-05-09

Portfolio

Ramai rupanya yang nak kawen.
Lepas aku upload gambar jubah aka dress semalam, request pun masuk.

Mostly tanya pasal baju kawen.
Actually bibik aku ni memang kepakaran dia baju kawen and dress. Tapi skarang dia tengah busy buat baju kurung. Tadi aku turun bawah tengok dia tengah potong baju melayu. But kalau ada yang nak buat jubah and baju nikah, boleh. Email aku ok?

Sometimes kan aku terpikir balik. Kejadah apa aku pi hantar kain aku kat akak sengal tu dulu sedangkan aku dah ada tailor? Vangang gak aku ni kadang-kadang.

Sebelum korang hantar request, meh aku nak share sikit pasal bibik.
Bukan promosi, tapi aku just nak bagitau and make it clear that bila bibik aku dah bertukar profession jadi tailor, please jangan expect upah dia adelah upah kepada seorang bibik yang pandai menjahit. Dia memang profesional tailor.

Sebenarnya history bibik aku ni, dia ni bukan macam bibik-bibik biasa.
Arwah bapak dia adelah tailor di Jakarta. Ada kedai.
Dia sendiri bukan orang susah, dia tercampak dalam rumah aku pun sebab agen dia tipu. Agen janjikan keje kat butik last-last dia kena naik tongkang jadik pembantu rumah.

Last month aku hantar dia pegi rumah sepupu dia kat Kampung Pandan. Sepupu dia cakap "Ngapain jadi pembantu? Kamu aja udah ada pembantu dua orang'.
Rupanya bibik aku ni kat rumah dia kat Jakarta tu sendiri ada pembantu rumah 2 orang.

Anak sulung dia sendiri (Rudy ke, Fahmi ntah nama anak dia) ada perusahaan kedai jahit, siap ada 8 orang pekerja lagi. Tapi anak dia bukan buat baju-baju dress, tapi lebih kepada garment style. Tak salah aku dia cakap anak dia buat baju untuk jubah ijazah and uniform.

Kalau nak ikutkan memang dia nak balik je Jakarta bila tau kena tipu. Tapi macamana nak balik wehhh..datang sini pun naik tongkang. Kalau balik memang konfem kena tahan la. Kau nak lalu kot mana balik Jakarta kan. That's why la dia bertahan jadi bibik kat rumah aku. At the same time, kitorang usahakan jadikan dia sebagai pekerja legal time sibuk-sibuk pasal PATI tu hari. Now dah legal :)

Dalam tempoh nak legal-kan dia tu, dia dah seronok pulak keje kat sini. In fact suami dia (dia bercerai age 25, terus lari ke Saudi utk keje membawa hati yang lara lantas berkahwen dengan orang Pakistani) pernah call aku mintak tolong ajar cara-cara nak datang bekerja kat Malaysia sebab nak dekat dengan wife dia. Masa tu huru-hara aku ngan En Wan carikkan agency. Time ni aku rasa macam eh, aku ni agen kebajikan ke apa yang sibuk nak menyatukan suami isteri terpisah.

Masa tu terfikir, kalau dia betul nak jadi tukang jahit kat Malaysia, aku belikan mesin jahit, panggil laki ko tinggal sini terus. Ewahh, tetiba macam dah ramai pulak bangsa dalam rumah aku ni.

Bila aku dah tau history dia, aku pun tak sampai hati. Rasa segan pulak dengan dia.
Sebab pertamanya, dia bukan bibik.
Dia ada certificate menjahit, dia masuk some kolej jahitan masa umur belasan tahun, sampai 4 tahun kursus tu. Dah kira macam diploma.

Secondnya, dia bukan orang susah yang hadap sangat gaji RM700. 
Walaupun dia tak ngungkit apa-apa tapi kita sendiri boleh rasa tak sedap.
Sebab dari apa yang aku tau pasal dia, aku yakin RM700 bukan setanding dengan kepakaran yang dia ada. Tapi dia pernah bagitau aku gaji RM700 tu dah kira banyak untuk pembantu sebab rumah free, makan free, jalan-jalan pun aku bawak. Kalau tukang jahit gaji RM700 memang tak patut sebab dia tau style dia bekerja macamana (Fuh! Seb baik dia paham. Aku dah tak larat nak naikkan gaji).

Aku penah cakap kat dia kenapa nak datang bekerja lagi?

Dia kata dulu dia pegi Saudi 25-30years sebab kecewa suami dia ada perempuan lain.
Dia nekad tinggalkan anak-anak dia dengan mak sebab nak carik duit. Kat sana dia keje butik. Dia balik ke Indonesia 3 tahun lepas sebab anak bongsu dia kawen. Bila anak bongsu dia kawen dia rasa tak perlu dah keje lagi kat Saudi sebab tanggungjawab dia dah habis. Dia cakap dia ada tanah sawah yang dipajakkan kat orang untuk usahakan. Dia ada 3 rumah yang disewakan. So cukup untuk makan dia.

Tapiiiiiiiiiiiiiiii bibik aku ni jenis tak tau duduk diam. Lepas 8 bulan duduk sesaje takde buat apa, dia dah rimas. Dia taknak duduk dengan anak-anak sebab dia kata nanti menantu tak selesa pulak ada mak mertua. So, dia ke Batam kejer dekat butik. Tapi dia cakap gaji kat Indonesia ni wang je besar tapi nilai kecik, jadi bila ada agen ajak dia keje kat butik di Malaysia, dia setuju. Last-lasttttttttttttttttt...

Tapi aku anggap ini macam satu anugerah la. Orang sibuk carik tukang jahit nak hantar baju. Tapi Tuhan bagi aku designer terus yang tinggal dalam rumah.
Alhamdulillah.
At least baju-baju raya aku tahun ni FOC. Ngeheh.

Segan aku dengan anak-anak dia.
Sorang anak bibik now ditransferkan kat Kuching, ada bank Indonesia baru nak dibukak kat sana, so anak dia kena manage apa ntah aku tak tau.
Sorang lagi anak dia graduan undang-undang.
Lagi sorang usahakan tailoring.
Aku cuba letakkan diri aku kat tempat bibik ni.
Macamana la rasanya kan jadi dia. Dia seorang yang ada something, anak-anak berjaya but she end up jadi bibik. Macam tak patut pulak. Tapi ada hikmah yang kita tak nampak agaknya.

Bila now dia dapat menjahit balik, aku nampak sangat dia memang happy. Aku pun tumpang seronok gak tengok dia dapat balik kerjaya dia. Dalam seronok-seronok tu aku pun hulur kain 3-4 pasang suruh dia buat baju aku. Hahahha.

Ni ada contoh baju-baju yang dia jahit, aku ambik dari album dia :


Ni gamba dia jahitkan dress kat Saudi. Tapi gamba lama ni, dia kata tahun 80-an.
Tengok design baju pun tau kan...



Ini baju-baju untuk adik beradik dia, dia jahit masa kawen anak bongsu



Ini bibik aku (tailor).
Ni baju dia buat sendiri. Aku dah pesan buatkan sepasang macam ni gak.



Ni baju salah sorang menantu dia, dia jahitkan jugak.



Ni gamba tahun 90an dia kata, masa kat butik di Saudi.
Tangan tu tangan dia. Aku takleh tunjuk gamba dia sebab masa ni dia tak pakai tudung.
Baju pengantin ni dia yang buat.



Ni masa kawen anak bongsu dia.
See??
Dia mampu buat majlis besar macam ni, kat hotel lagi.
Aku sendiri bersanding atas jalan raya. Ceh!

Baju-baju pengantin, pengapit semua dia buat.
Tapi dia kata baju pengapit dia potong and pass pada pekerja anak dia jahitkan.
Baju pengantin memang dia pegang terus. Dia potong, dia jahit, dia sulam, semua dia.

Sebelah kanan yang tengah mentekedarah time orang ambik gamba tu bibik aku la.
Cantik kan?
Macam tak patut je jadik bibik aku.



Ni gambar dekat.
Baju pengantin yang dia buat.
Dia cakap kain tu sebenarnya polos (kain kosong) tapi dia yang sulamkan sendiri.
So kalau sesape nak tempah baju pengantin kat bibik aku sila-silakan.



Ni gamba keluarga pihak perempuan. Baju-baju dorang ni pun bibik yang buat.
Bibik kata belah perempuan siapkan kain tapi masing-masing mintak design lain-lain. Sebab tu korang tengok baju dorang lain-lain pesen.



Sekian portfolio bibik.