walk on wings, tread in air: Bra <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Bra
2012-04-16
Semalam petang aku gi AEON Bukit Tinggi. Just nak carik new bantal je sebab macam dah tak sedap bantal yang kitorang guna untuk tido ni. Selain dari tu aku aim nak carik bra and panties. Sampai kat area ladies, terus berpecah. Biasa la kan dah tua-tua ni dah tak berapa nak selera teman bini pi pilih bra. Apa barang takat dapat tengok bra kan? Lain la time blom kawen dulu. Bergasak-gasak nak teman girlfren beli spender.
Dah tua ni, malas nak berteman-teman beli bra. Elok la kau pegi tempat lain biar tenang sikit aku nak pilih bra. Tengah-tengah pilih bra ada orang tegur aku. Reader rupanya. Agaknya dia memang pembaca blog aku dari awal so dia tau selera aku terhadap bra and panties memang kat brand Scarlet.
"Kak Di dari dulu sampai skarang suka dengan Scarlet eh? Ok eh?"
Of crossssssssss.
Murah, sebab tu aku suka! Aku kan cheapskate. Ngahaha.
Nak kata OK sangat, tak berani cakap. Maybe ok pada aku, pada orang lain tak.
Dulu masa aku baru berjinak-jinak dengan bra, aku cenderung untuk pakai bra yang ada harga beratus like Wacoal la, Mark n Spenser la, Audrey la sampai Victoria Secret pun aku sanggup beli online punyalah terpengaruh dengan model-model yang pakai bra tu semua. Konon macam kelas gila pakai bra mahal ni.
Model-model lingerie ni semua pakai macam cantik je so aku pun imagine tetek aku pun akan menjadi selambak macam tu kalau pakai brand yang kaw-kaw ni semua. Padahal tetek omputih ni besar mana sangat pun, besar sikit dari cekodok ikan bilis je. Tapi dia punya cara ambik dari angle yang tepat buatkan tetek masing-masing nampak gojes. Kalau kau tengok model-model yang pakai VS semua dada macam kena tarah. Kalau dorang ni tetiba esok kena rogol aku takkan paham apa yang perogol nampak kat dorang ni. Flat dan plank ok?
Dulu macam terpesona jugak la bila orang kata bra mahal ni sedap pakai. Maka aku pun beli la bra mahal.
.......errr apa yang sedap???
Takde apa yang sedap pun selain dari kau terasa tetek kau gojes bila berdiri depan cermin. Benda baru, biasala.
Lama-lama aku rasa kebodohan apekah ini bila aku realized bra and spender aku lagi mahal dari baju yang aku pakai. Watde???
So aku try beli bra RM10. Jadi aku beli Scarlet. Sebab Scarlet je brand murah dan senonoh. Yang lain aku tengok tak semenggah dek arah. Berselirat-selirat tali. Ni hilangkan nak seksi and wild terus jadi bergaduh laki bini sebab tak jumpa-jumpa hook. Berselirat sangat. Hodoh gila! Ada satu brand tu alahaiiii cup B dia pun muat-muat ibu jari kaki aku je. Ada lagi satu brand tu bra dia macam nak tutup nipple je. Baik takyah pakai terus.
Bra apa cenggini?? Bra kuang hajar namanya.
Now dah bertahun-tahun aku pakai Scarlet. Aku tak nampak apa beza pun. Scarlet takde la cantik macam Audrey tapi sepadan la dengan harga dia yang RM10 tu pun. Of cos harga dia murah, Scarlet ni mana ada embroidery-embroidery. Semuanya plain. Kalau ada pun yang mahal harga RM25 je tu pun ada lace. Bra-bra mahal tu semua sebab fabric yang dia guna. Satin. Silk. Takde kena mengena dengan boleh menampung/membentuk tetek or not. As long as kau pakai saiz yang betul percayalah tetek kau takkan jatuh melainkan ada unsur-unsur tekanan luaran yang mengganggu tumbesarannya samada secara paksaan atau paksarela.
Aku penah beli bra Mark n Spenser harga RM170 sehelai (bukan sepasang) sebab promoter tu beria-ia melobi aku suruh rasa kain bra tu. Memang la best. Satin. Mau tak best? Raso sojukkkkk yo. Bila aku pikir-pikir balik, promoter tu takde pun emphasize-kan pada wire bra. Dia beria-ia suruh aku rasa fabric je. Rasa bangang jugak la beli bra mahal hanya disebabkan fabric dia best padahal tujuan beli wired bra tu sebab taknak bagi tetek terbuai-buai je. Sejak dari tu aku taknak dah beli bra mahal-mahal. Boleh la kalau ada yang nak beli. Mana yang suka bra ada sulam-sulam, kain satin, silakan lah beli. Bukan tak boleh beli. Belilah. Tapi aku taknak. Aku sangat berpuas hati dengan bra seploh hinggit ni.
Dulu aku beli kemain lagi bra berlace-lace konon seksi la. Padahal laki aku tak sempat nak tengok pun. Aku pakai siang, dia takde rumah. Malam sorry la aku nak pakai bra. Tak bernapas tetek aku.
Seb baik En Wan memberi sokongan padu agar aku beli je bra seploh ringgit ni. Lagipun dia cakap dia bukan nak tengok bra. Lalalala...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
posted by aveo757 @ 6:10 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER