walk on wings, tread in air: Watami again :) <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Watami again :)
2012-03-19
Tadi En Wan bawak aku gi Lowyat.

Puncanya sebab external harddisk yang aku beli 3 tahun lepas tetiba 2-3 minggu ni buat hal pulak taknak function. Mujur gila a few seconds before dia buat hal tu aku tergerak hati nak copykan kat C. Elok je aku copy, dia pun kiok. Mula-mula ingatkan cable dia rosak ke apa, bila test kat laptop orang lain sama je tak menyala pun lampu dia. Dah la 320G, aku pakai baru 16.7G. Aku pun tak paham apesal aku beli external harddisk. Kalau takat 16.7G baik pakai pendrive je kan.

Hari ni masa pi Lowyat, aku boleh terlupa agenda aku cuma nak beli pendrive je.
Dah bayar external harddisk baru teringat aku patutnya beli pendrive 32G tu je. Baru RM90. Ni tak. Beli sampai 500G, taknak kalah. Nak jejak 50G pun mau makan empat tahun agaknya. En Wan kata takpelah, nanti download movie. Takde keje aku wehhhh.
Tapi buat permulaan maybe aku transferkan file Padaiyappa hari tu dalam harddisk baru ni. Kalau ada sesape bermurah hati nak hantar movie-movie Rajni Superstar Lakalaka kat aku, silakan.

Skarang ni yang dok rajin hantar file movie Azura la, Chinta la, Adnan Sempit 2 adelah si Wanny Mashor. Thanks laling! (Wah! Dan-dan panggil laling).



 
En Wan macam biasa, melayan Redza donload game PSP.
Yang ni memang aku tak paham. Dan aku taknak pahamkan sampai bila-bila.
Dorang dua beranak je yang paham apa itu game PSP.




Cuba ko tengok En Wan kalau pakai seluar.
Aku risau je seluar dia tetiba rebeh.

Dia ni tali pinggang ada tapi pemalas nak pakai.
Padahal kalau kau tengok betul-betul, pinggang dia atas lagi, tapi poket seluar tu dah turun bawah dari bontot kan?

Pernah dulu seluar dia londeh gila, aku sampai berjalan kat blakang dia nak cover kot la terlondeh. Dia boleh buat rilek je. Bila masuk kereta, dia selak baju, aku tengok alahaiiii pinggang seluar tu dah selari dengan telo. Seb baik pakai spender. Kalau tak pakai, mau buah pelir tu tersentil. Time tunjuk seluar dia londeh tu boleh pulak cakap "Di, tengok ni. Just nice kan?".



Baju ni aku belum pernah pakai lagi.
So masa aku pakai baju ni Redza tetiba jerit "Eh! Mama macam John Morrison la!!"

Aku tanya la saper so John Morisson ni?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 Wrestler rupanya.

Aku tanya "Apa yang samanya?"

"Sebab dia pun suka pakai baju conteng-conteng macam harimau"



Tadi, memang ke KL semata-mata nak pi beli barang aku je.
Rasa macam tak berbaloi je.
Dah la parking jauh.
Sesak pulak tu.

En Wan ajak pi Pavi.
Adoi malas betul la aku nak berpeleseran tempat orang kaya-kaya ni.
Lagipun aku memang tak plan nak bershopping. So dari aku merayap tak tentu hala, baik ko bawak aku balik. Lepak Giant Putra Heights makan kek Secret Recipe lagi pekdah.

En Wan ajak pi makan Watami.
Watami kat Malaysia ni ada 2 je, satu kat Pavi, satu lagi kat 1-U.
Hari tu aku dah makan kat 1-U.
Now nak pekena kat Pavi lak.

Dengar je nak pi Watami, terus sihat sejahtera aku.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii dari Lowyat nak ke Pavi sangatlahhhhh senaman kaki ok?
Dah la aku pakai high heel.
Aku ni darat sikit.
Kalau pakai kasut tinggi lebih 30 minit je konfem melecet tumit. Dulu aku ingatkan dah pakai stokin takde la melecet segala. Takde de. Dia tetap melecet jugak.
Yang En Wan pulak tak bagitau dia nak ajak aku berjalan ke sana ke sini. Kalau aku tau, aku pakai je kasut pengawas tu. Senang nak berjalan.

Kaki tu malas nak bergerak.
Tapi perut tu tetap nak makan Watami jugak.

Maka........




Pergilah jugak kami ke Pavi naik teksi dari Sungai Wang.
Hahahaha.
Kagum tak dengan tahap pemalas aku?
Boleh celen?

Berbulu je En Wan.
Dari Sungai Wang dah nampak bumbung Pavi pun nak naik teksi lagi.

Ada aku kesah???

Tapi cekik darah gila teksi-teksi KL ni.
Gila bapak dekat macam tu boleh dia tekan aku sampai RM15.
Rasa nak terajang je lampu belakang dia.


Budak ni memang takde masalah lansung.
Khusyuk sangat main PSP, bila dah keluar dari teksi dia boleh tanya aku balik "Eh, tadi kita naik teksi ye?"




Aku memang dah tau dah apa nak order.
Aku tak kira, aku nak cheese tofu jugak jugak!

Walaupun kepala aku menasihati "Makan cheese nanti gemuk".

Gemuk?
Err..apekah itu gemuk?
Sorry, tak tau.


Macam dulu jugak.
Air aku orange cassis grapefruit.
En Wan punya green tea.
Redza mana-mana pegi kalau tak jumpa teh o ais, dia akan order orange juice je.



DSLR sangat la henfon ko kan nak bergamba macam ni.
Motif?



Okinomiyaki



Deep fried chicken.
Comel-comel je ayam dia gentel-gentelkan.
Tapi ayam ni macam ada tulang rawan pulak kat dalam. Kalau kau makan tu bunyi berkeruk-keruk.
Tapi sedap.



My feveret Japanese tofu with cheese.




Kali ni tak order nasi and miso sebab En Wan nak suruh aku telan jugak sushi ni.
Aku kan mana pernah makan sushi sejak umur 12 tahun.
First time aku makan sushi, umur 12 tahun, kat Fukuoka.
Time tu memang cultural shock la nampak menatang ni.
Like jadah ni wehh????

Sushi yang mula-mula aku rasa was sushi with caviar.
Ptuiikkkkkkkkkkkkk. Ptuikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Tapi masa tu aku tengok orang lain makan macam kunyah cikedis je, so aku pun telan jugak la walaupun tebuntang-buntang bijik mata aku nak menghabiskan sebijik sushi tu.

So tadi, sejarah tercipta bila aku makan balik sushi.
Tapi En Wan suruh aku makan yang shrimp.
Dia kata takut aku terbelahak makan salmon.
Alah, aku pun tak hingin.


Pernah tengok orang makan sushi jilat jari?

Aku makan sushi dengan tangan okkkkkkkkk.
Tangan lagi sebelah pegang copstik tu buat syarat je. Hahah.



Ni la jadiknya kalau suruh aku guna copstik makan sushi.
Bertebarai.



Air ni gila bapak punya sedap, sampai 2 kali aku order.
Pergi la try.
Tak rugi.
Series sedap.

En Wan menayangkan kekerekkannya memakan sushi guna chopstick.



Actually kitorang ada order Ebi Tempura jugak tapi si Redza punyakan sorang tempura tu sampai aku tak sempat nak ambik gamba. Dia sorang je maratah Ebi tu, terkebil-kebil bapak dia kat sebelah pandang. Sempat ambik bau je.

Kitorang tapaukan sushi sikit untuk mak and bibik, saje nak torture dorang biar rasa. Hehe.
Tapi macam yang dijangka takde de dorang nak makan.
En Wan jugak yang perabiskan.
Aku pun tak paham apesal ada orang boleh makan sushi.
Aku rasa kalau fear factor hidang sushi kat aku, aku sanggup mengaku kalah dari kena makan.
Lagi satu, durian.
Oh ada lagi satu, kopi.
Dan cokelat.




Lepas makan Watami, gi carik hadiah untuk kawan aku si Apeng yang aku apit kat Pangkor dulu.
Dia baru bersalin, dapat baby girl.
Masa ni la aku nak shopping baju anak perempuan kan.
Nak harap shopping baju untuk anak perempuan sendiri nampak gaya macam takde harapan.
Jadi, kita shopping la untuk menantu. Eh.

Tujuan asal masuk Parkson ni nak beli hadiah untuk anak orang.
Beli dress untuk menantu 2 helai je.
Tetiba je time bayar aku rasa macam apesal lagi banyak baju anak bujang aku je ni. Mana datang?

Redza acu-acu jaket kat badan terus pakai.
Aku pi kaunter bawak price tag je.
Jakun jugak anak aku ni rupanya.
Macam tak pernah dapat baju.

Lepas beli-beli barang, kena menapak ke Lowyat balik semula.
En Wan taknak naik teksi dah. Dia kata cekik darah sampai RM15.
Aku dah la melecet-lecet ni.
Bila aku cakap "Bang, tumit Di sakit la. Melecet ni".

"Takpe, abang pimpin".

Aku dengar pun macam.....pimpin?????
Kalau ko nak pikul aku tu lojik la jugak. Telinga aku pun sedap sikit dengar.
Ni kaki aku melecet and kau cuma nak pimpin???? 
Sumpah tak paham.

Dia kata aku ngada-ngada mengalahkan tourist.
Tourist pun jalan kaki je.

Eleh, tourist tu semua bodoh.
posted by aveo757 @ 12:01 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER