2012-03-20

Smile

Tengah-tengah tunggu traffic lite turn hijau pagi tadi, aku check email.
Masuk satu email ni :


From: Seang Seang *****@gmail.com
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Tuesday, March 20, 2012 10:22 AM
Subject: Sama

*********.blogspot.com

ada entry sebijik comatosewithbraindamage.blogspot.com

gambar pun sama.
ayat ditukar sikit-sikit

konpius!!


Tapi malas nak check sebab aku memang takde masa nak check pun tadi.
Sampai je opis, baru teringat nak bukak.
Aku nak tepek entry yang dia plagiat tu pun sebenarnya tak sampai hati. Tapi dalam pada tak sampai hati tu aku letak jugak la. Hahah. Sebab ada benda yang aku nak sound sikit.

Err tapi nak tau jugak la, adekah yang hantar email ini adelah dia sendiri sebab nakkan rating?
(eh, tetiba aku yang saiko)

Budak ni takde la ciplak satu blog tapi aku tak tau la if entry-entry yang lain tu dia ciplak dari orang ke tak. Tapi satu benda yang aku perasan, budak ni macam motif buat blog adelah sebab errrr....nakkan attention??
Sebab 90% apa yang dia tulis adelah berbentuk provoke.
Aku tak tau la apa yang dia provoke-kan sebab takde orang komen lansung pun.

Banyak dah aku jumpa blog-blog yang hampir kesemua entry dia berbentuk provoke.
Mungkin dorang ni ada delusions.
Gaduh sorang diri. Konon macam ada orang stalk dia, nak rampas laki dia, jeles dia kaya, blog dia jadi intipan orang, bla bla bla bla *nguap sampai rabak*

Yang bestnya tu, budak yang plagiat entry aku ni ada dalam FB aku.
Kannnnn???
Another stalker dalam FB.

Setakat ni yang kantoi dengan aku ada 3 orang.
Purak-purak frend, padahalllll.
Sekali dah kantoi terus senyap-sepi.
Masa belum kantoi kemain galak lagi pukul canang aku tu la, aku ni la...bila dah kantoi, eh tau pulak senyap. Kalau betul apa yang kau canangkan tu, apsal tak teruskan je?

Budak yang baru ni pun elok je ada dalam frenlist aku.
Kalau dulu, everytime orang bagi laporan ada plagiarism aku akan scan lebih kurang pastu tepek kat blog. Kali ni aku dah bijak sikit la (selepas bodoh beberapa tahun). Aku check dulu kat FB ada ke tak budak ni dalam senarai aku. Oh rupanya ada :).

Rupanya ramai yang saiko kat dunia FB ni ye?
Dia suka orang tu, dia follow.
Dia tak suka pun dia follow.
Dia menyampah pun dia follow.
Hari-hari follow pulak tu.
Tapi tak suka.
Tapi follow.

Series mental.

Follow pun bukannya apa, saje nak carik point kot la boleh jadi bahan nak buat entry kat blog. Bila ada benda yang provoke-provoke macam ni barulah ada orang masuk blog.
Bila ramai masuk blog maka rating pun tinggi.
Bila rating tinggi maka glemer.
Bila glemer barulah boleh poyo-poyo.

Just like another saiko dalam FB list aku.
Lepas beberapa orang email aku pasal dia, baru aku realize yang dia sebenarnya sakit hati dengan aku. Ntah apa yang dia sakit hati kat aku pun aku tak tau la sebab aku kenal pun tak dia ni. Kalau aku kenal dia, ada la motif nak sakit hati. Ni tak kenal pun.
Kalau sakit hati baca blog aku tu bagi aku takde masalah. Sebab kalau sakit hati baca, jadi jangan baca. Ni tak. Sakit hati, tapi hari-hari bukak. Pastu hari-hari kutuk aku. Tak ke bodoh?
Patut la life aku smooth je, pahala free rupanya. Haha.


Does this ring a bell for anyone?



How about this one?



Eh eh, dia pakai pad yang sama la!



Weh ni dah lebeyyyyyyyy. G-string aku tuuuuuuuu.



Not againnnnnnnnnn...


Boleh tak aku tanya soklan general kepada semua.
Ape masalah orang yang plagiat entry orang ni huh?
Motifnya apa sebenarnya ni?

Dah banyak kali aku terkena, tapi sampai skarang aku tak nampak lagi apa tujuan plagiat entry orang. And selalunya orang yang plagiat entry orang or tiru personaliti orang ni selalunya dia punya poyo tu ade sikit terlebih.
Bila dia tulis entry yang lain (yang bukan plagiat) akan nampak over dari segi ganasnya, carutannya, ke-slambe-annya. Tak genuine lansung.
Apetah lagi kalau ada kes meniru personaliti.
Ni sumpah penyakit!

Aku cakap kau eh, orang yang tiru personaliti orang ni hidup dia tak tenang.

Pertamanya sebab dia sedar yang dia sedang meniru orang. Orang kalau buat salah mana penah tenang. Boleh buat-buat tenang je la.

Second, dia akan sentiasa ada rasa tak puas hati and always carik jalan camana nak overshadow personaliti yang dia tiru tadi. Bila terlampau nak carik jalan, tu yang takde keje lain asik nak men-stalk sebab nak pastikan apa style terbaru orang tu, apa words yang orang tu selalu guna yang menampakkan dia outstanding, apa gaya penulisan dia, bla bla bla.

Third, dia sentiasa make sure takde orang tiru dia pulak.

Tapi apa yang orang ni tak tau adelah sebenarnya ujung-ujung dia penat sorang diri.
Sebabny hanya dia je watak dalam cerita ni.
Yang meniru adelah dia.
Yang susah hati memikir pun adelah dia.
Yang sentiasa berwaspada kot-kot ada orang tiru dia juga adelah dia.

Betul tak?

Bila takde orang notice dia, dia akan start provoke.
Tu yang manjang je ada entry or status-status kat FB berunsur provoke, sebab nak carik perhatian. Tetiba je kang bergaduh sorang diri kat blog/FB/twitter. Jadah?????

Orang macam ni ada krisis identiti.
Bila ada krisis identiti, dia tak dapat pastikan the limit dalam setiap tindakan dia. Tu pasal la orang yang suka plagiat/tiru personaliti ni selalunya kita akan nampak poyo. Sebab dia overdo. Exaggerate. Sebab dia sendiri tak kenal personaliti yang dia carry tu. Bila dia tak kenal identiti, dia akan balun je. Dia perasan dia dah cool habis, padahal kita yang tengok ni rasa kesian.

To this lady, kindly remove my entry or please give proper credit when copying.


credit to : pemplagiat entry aku


Ni salah satu tulisan yang aku terbaca dalam blog tu.
Buat aku senyum sendiri.

It reminds me of my own entry about isu pakai tudung tak pakai tudung ni.
True, orang yang tak menutup aurat itu salah.
Dan kita nampak terang-terangan salahnya di mana.

Tapi orang bertudung macam kita ni selaunya tak sedar yang kita juga ada buat salah hanya kerana kita rasa kita dah tunaikan benda yang wajib. Kadang-kadang kita jauh lebih buruk.


p/s : I won't delete you from my FB list. You can remove me if you want.