2012-03-16

GUT Event at Sunway Piramid

Advertorial post. Entry baru kat bawah-bawah.


Sabtu lepas aku attend GUT Friso kat Sunway Piramid.
Event tu start dari 9 -11 March.
Kitorang datang pagi-pagi.
Masa tu parking pun bersepah-sepah. Nak baring tengah-tengah parking lot tu pun boleh. Aku emang dah bajet ni kalau datang lambat sikit je konfem beratur panjang.
Masa aku sampai tu, ada kedai yang baru nak bukak.
Tapi team Friso dah ramai standby.
Masa aku sampai tu baru 5 family je kot yang ada.
Dengan penuh bergaya aku terus register, takyah beratur pun sebab memang orang belum datang lagi. Plan asalnya biar aku, En Wan, Redza and Rayyan yang join the activities tapi En Wan sibuk la pulak nak pegi bank la apa la, so bibik ganti tempat En Wan. Mak mertua aku kena duduk luar sebab cuma satu adult je yang boleh masuk untuk setiap child.

First game yang kitorang participate was teka nama binatang.
Lupa lansung nak suruh team Friso snap-kan gamba sebab sah-sah aku tak dapat nak ambik gamba sebab aku join sekali. Game yang pertama ni Redza je join tapi aku support dia. Redza kena teka every binatang yang timbul dari dalam pond (simulation). Binatang pun bukan yang susah-susah sangat, tapi tricky gak gamba dia.
Macam dragonfly, frog, fish, crab semua tu.
Tapi dalam pada senang tu aku terkehel jugak.
Masa gamba udang keluar, aku ye ye je jerit "Ok, shrimp!"
Sekali salah.
Padan muka kau kan, yo yo an je terpekik macamkan tau sangat.

Pastu Redza dengan cool dan perlahan je jawab "Lobster".

"Correct!"

Very the malu.
Shrimp dengan lobster pun mak dia tak tau beza.
Ni macam aku je yang kena minum Friso nampak gayanya.

Lepas game teka-teka nama binatang, kitorang ke game collect fruits.
Game ni kitorang kena pegang tangan untuk collect buah.



Setiap kali buah yang jatuh dari pokok, kitorang kena collect.
Cara nak collect tu adelah dengan pegang tangan.
Sebab bila pegang je tangan, nanti ada net muncul (dalam skrin).
Kalau sayur yang jatuh dari pokok, kitorang kena lepaskan tangan.
Until at one point, gila banyak sayur dengan buah jatuh.
Terpekik-pekik aku kat dalam tu, Redza kata sampai sakit tangan dia aku rentap.
Anak tak berapa nak excited, mak yang over.
Maklumlah, dulu kecik-kecik rumah aku takde bendalah ni semua.

Lepas main game tu (aku lupa berapa point kitorang), kitorang gi ambik and create our own picture.
Lepas ambik gamba tu, kitorang boleh colour-kan and decorate photo, tema dia - sukati.





Lepas dah kaler-kaler semua, gambar tu dorang print.
Tapi takde gamba En Wan :(


Budak jendul ni sangat glemer kat situ pagi tu.
Team-team Friso bergilir-gilir nak dokong dia.
Bibik bagitau, dorang cakap "Macam anak Chinese".
Sangatttttttttttttttttttttttttt lah Chinese!!

Yang dokong-dokong tu semua puji "Good boy la dia, tak nangis pun"
Ha'ah. Sangattttt good boy.
Sementara dia belum nak buat perangai memang la good.
Kau bagi dia 15 minit je untuk panaskan enjin, pastu ko tengok lah.
Habis stool-stool semua dia angkut ke sana sini.


Budak ni jugak la yang tak pernah menyebabkan orang lain fail untuk meneka sape mak dia. 
Walaupun mata dia buatkan orang konfius betul ke dia anak aku tapi kulit tidak pernah gagal dalam memberi bukti, cewahh.


Part ni memang feveret Redza la.
Dia ni kalau kau bagikan gunting, kertas, gam, memang done.
Kau ajak pi makan Pizza Hut (feveret dia) pun dia boleh buat dek.

Ni activity kreativiti.
Kena gantungkan paper cutting atas stick tu biar balance.
Kitorang dapat 2 sets sebab register untuk 2 anak.
Ni la aktiviti paling best sebab En Wan join sekali, masa ni dia dah habis settlekan urusan dia.
Pastu En Wan pulak kalau bab balance-membalance ni memang pakar, so aku ngan Redza keje menggantung je. Part finishing serah kat En Wan.


Seronok pulak sesekali join event-event macam ni.
Kalau nak buat kat rumah memang manjang je la takde masa.
Bila kena time-time macam ni, satu family duduk buat benda yang budak0budak suka buat memang rasa lain sangat. Baru la merasa how passion-nya budak-budak ni kalau buat keje-keje macam ni. Sometimes kita pun tak se-kreatif dorang.

Actually ada 3 lagi activity yang aku tak sempat nak join sebab aku ada plan lain.
Jadi, lepas paper cutting ni, kitorang gi carik barang-barang jap then keluar dari Sunway Piramid.

Masa kitorang dah habis, memang orang tengah ramai beratur nak join.
Oh yes, sesape yang register untuk join GUT on that day (and on up coming GUT event) akan dapat discount voucher RM10 untuk setiap anak yang korang register. Korang boleh gunakan that voucher untuk purchase Friso kat situ. Standby tarikh-tarikh ni :

* Week 3 : 13 – 18 March : Aeon Bukit Indah, Johor Bahru
* Week 4 : 5 – 8 April : Queensbay Mall, Penang



So, pada yang ada di sekitar JB and Penang, aku recommend join GUT.
Ingat tarikh dia tau.

* Week 3 : 13 – 18 March : Aeon Bukit Indah, Johor Bahru
* Week 4 : 5 – 8 April : Queensbay Mall, Penang

Tak rugi.
Semua akiviti dia kita yang dah tua ni pun boleh join sebab aktiviti dia bukanlah macam permainan budak-budak sangat but lebih kepada fun-learning system.

Afterall, it's GUT.
Growing Up Together.