2012-03-27

Biar la cerdik sikit

Ok anak-anak.
Makcik baru je balik dari JB ni.
Hari ni demam pulak. Belum masuk opis lagi ni.
Tengahari kang baru masuk opis check shawl.
Nanti dah confirm shawl cukup macam yang semua order (printed shawl), baru acik email mintak payment ok?
Kagum aku dengan budak-budak ni, sampai tanya bila boleh bayar.

 

Baru-baru ni aku gi Tutti Frutti, si Redza sibuk nak beku-bekukan anak tekak.
So aku masuklah Tutti Frutti kat Puchong.
Takde la penuh sangat kedai tu, ada satu family makan kat luar and orang brader makan kat dalam.

Masa aku masuk dalam kedai tu aku nampak sorang budak laki kat kaunter and tepi kaunter tu brader yang 2 orang tu duduk sambil bersembang dengan satu perempuan tengah berdiri. Tapi perempuan tu macam berdiri jauh sikit dari meja, macam nak blah je gayanya. Lepas ambik yogurt tu, aku pi la dekat kaunter buah-buah tu. Dapat la dengar sekali apa brader 2 orang tu sembangkan.

Hek eleh, patut la perempuan tu macam tak redho je berdiri kat tepi, rupanya brader tu tengah jual kote. Mamat kat kaunter tu pun buat muka meluat sambil jeling-jeling. Aku pun apa lagi la kan, berdiri lama-lama sikit kat kaunter tu buat-buat tengok apa lagi benda aku boleh cedok masuk dalam cawan. Tapi lama-lama aku pun nak muntah dengar penjual kote mempromosikan buah pelirnya.

Korang (especially ladies) pernah tak berada dalam situasi dimana ada brader muka dah la tak hensem, cakap pun macam orang mabuk todi, poyo, tapi gigih nak educate kita?

 
Lepas mentekedarah TF, gi lunch pulak kat Shazua d' Corner kat Putra Heights.
I'm wearing AD5


This brader (tapi yang poyo tu brader yang sorang je, yang sorang lagi tunduk makan tutti frutti) aku rasa dalam percubaan mengimpress the lady dengan ilmu-ilmu agama tapi tu la kan, takat "ilmu" je yang ada but tak guna otak buat apa. Kot ye pun nak berdakwah, biar la kena dengan tempatnya. Budak perempuan tu tengah keje kot. Pulak tu dalam kedai ada customer lain. Tak payah la kau nak bagi kuliah asar kat situ.

Aku rasa brader ni bukan paham sangat pun dengan apa dia ceramahkan tu, sabit nak tunjuk bagus je sebab kat dalam tu take orang, so kalau apa yang dia cakap tu salah pun takde orang nak tegur. Budak perempuan tu pun takkan tegur sebab brader tu customer kan, so iye kan ajelah apa dia kata.

Ada ke patut siap bagi pandangan suruh tukar kaler kedai sebab kaler ni suram, tak menarik perhatian customer?? Bodoh eh kau?
Kau tau tak benda ni franchise? Kejadah apa sesuka hati kau nak tukar kaler tema?
Perasaan dia tu macam dia sorang je la yang masuk kedai ni. Kalau dia tak masuk gamak bankrupt kedai ni.

Pastu siap cakap "Kedai ni orang Melayu punya, patut awak letak logo Halal sebab orang Melayu takut nak masuk kedai-kedai macam ni kalau takde logo Halal. Biar orang tau kedai ni Islam yang punya".

Apekah????


Orang yang bila aku tanya nak TF tak? Dia jawab tak. Tapi bila nampak aku terkial-kial nak abiskan TF, terus offer "Meh sini abang habiskan'. Padahal kau memang dari tadi nak kan??



Aku rasa dah ramai dah tau Tutti Frutti ni halal.
Sesetengah TF ada letak logo Halal, ada yang tak.
Tapi Tutti Frutti ni bukan benda baru, dah jadi fenomena dah pun dulu. Masa tu dah ramai dah pi verify-kan halal ke haram benda ni. And satu Malaysia tau TF ni halal. Takpela, brader ni kira bagusla sebab dia perihatin pasal halal haram. Tapi aku rasa kau kurang perihatin pasal isu semasa. Orang lain dah tau dah pasal TF ni halal. Brader ni perasan dia sorang je tau makan Tutti Frutti kot tu pasal kecoh lebih bagi tazkirah pasal halal haram.

Memula tu aku bersangka baik lagi.
Pastu aku tengok cam melalut-lalut cerita pasal isu haram ni sensitif, kalau boleh letakkan bahan-bahan buatan yogurt ni, bla bla bla bla.

Yang tak boleh bla ujung-ujung dia cakap "Lagi bagus kalau pelayan-pelayan TF yang perempuan ni pakai tudung. Bukan ke aurat tu kena tutup".

Wadehellllllllllllllllllllllllllll???

Fine!
Aku tau kau berdakwah.
And dakwah ni tak kira tempat.
Tapi perlulah guna otak sikit.
Disebabkan ramai yang berdakwah tak guna otak la maka ramai juga yang ada pesepsi negatif kat golongan yang suka "berdakwah" ni.
Aku kang kalau buat kuang ajar, mau je aku sound balik brader tu "Bang, time makan takleh bercakap. Dosa!".

Bodoh la pulak aku rasa kau sibuk cakap pasal agama tapi kau sendiri tak menunjukkan contoh. Sambil sumbat TF, sambik bercakap bersembur-sembur. Bagi backhand sekali baru tau.

Ni semua bukan apa ni.
Saje la kan, nak harap kat muka memang takde chan la, jadi kasik test ayat power la sikit.
Perempuan ni pulak semuanya asal tanya nak suami yang macamana mesti nak carik laki yang beriman aje (TDDMKA), so jantan-jantan berkerak ni apa lagi la kan, haruslah keluarkan ayat-ayat cam alim sikit kot-kot la perempuan ni boleh tersangkut. Nak jual telo pun tengok tempat la bro.
Ingat perempuan-perempuan yang keje kat kedai-kedai and restoran-restoran ni bangang sangat ke? Dorang pun ada taste. Dorang pun tau menilai samada kau ni bijak, buat-buat bijak atau bodoh tak boleh diajar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ini gamba takde kena-mengena dengan cerita kat atas.
Ni dalam perjalanan ke JB baru-baru ni.
Disebabkan Rayyan dah jadi boss, dia tak kasik abang dia duduk blakang.
Aku skarang ada rasa macam nbak bawak rotan masuk kereta.
Biar senang aku libaskan dua-dua sekali.
Asik bergasak je blakang.
Sudahnya aku kena riba si Redza ni kat depan.



Tapi si Rayyan ni pulak dengki.
Dia pun nak duduk depan jugak.
Last-last, dari Subang Jaya sampai ke JB aku meriba 33 kilo bebanan.

I'm wearing AD10