walk on wings, tread in air: Pizza keras <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Pizza keras
2012-02-27
Last week aku ngidam Pizza Hut.
Mengidam taknak makan kat rumah, nak makan kat restoran jugak.
So, Sabtu lepas kitorang pekena Pizza Hut kat Giant Puchong.
Aku memang dah selalu sangat terkena dengan Pizza Hut kat Giant Puchong ni. Lembab nak mampos. Tapi sebab malam tu aku nak kejarkan cerita kawen Yusry-Lisa, so kitorang makan kat dekat-dekat je. Ingatkan boleh la balik awal. Dari lepas Maghrib kitorang keluar, pukul 10pm jugak sampai rumah. Padahal Puchong je pun.

 
Budak dah 3 minggu dapat kaki. Asal celik mata terus jalan tak benti-benti.


Masa kitorang masuk Pizza Hut tu, nampak kat ruang restoran cuma ada 4 orang. Kitchen wallahualam la kan. Yang ambik order meja aku pun budak cashier. Aku tengok takde la ramai sangat orang kat dalam tu sebab maybe masa tu awal lagi, tapi atas meja dorang cuma ada air je, pizza takde. Aku dah sound En Wan 'Ni lambat nampaknya, bang. Shah Alam jom?'.

Tapi En Wan kata malas la pulak nak ke Shah Alam sebab siang tu dia dah sehari suntuk kat Shah Alam (opis). Ok la, kitorang tunggu je kat restoran tu.

Tunggu air je dah 20 minit.
Air coke je pun. Tak tau la aku kalau dia bancuh coke sendiri.

Pastu lagi 15 minit sampai garlic bread.

Lagi 40 minit baru sampai pizza!!!


Dah la pizza lambat kan, pastu bila sampai ko tengok pizza dia apa rupa.
Kat dalam gamba ni susah nak tunjuk, tapi meh aku cerita yang pizza dia SEJUK!!!
Selama ni kalau pizza sampai mesti kau nampak minyak-minyak and cheese aats pizza tu bergenang-genang kan? Ini tak!
Toksah kata nak tengok cheese bergenang, aku potong pizza tu pun takde cheese yang meleleh.
Aku ni ye ye je la ingat pizza tu panas, bila nampak cheese tu kejung, aku pegang plate tu siappalis gila sejuk!
I mean bukan la sejuk macam keluar dari petisejuk tu, tapi tak panas lansung!
Takde ciri-ciri baru masak.

Kot ye pun kau hidang kat aku pizza kelmarin, panaskan la sikit.
Ini kejung kering macam tu, tercekik aku nak telan.



Penyudahnya gini.
Tak habis pun. Aku punya lagi la, sekeping pun tak habis.
Terus aku mintak budak bungkus-bungkus and balik.
Rasa sakit hati gila!!
Dah la lembab, bila sampai, tak seperti yang kita harapkan.

Kang aku amukan kang, tak pasal jadi macam kes KFC tu.

Masa aku mintak adik tu bungkuskan aku tanya 'Staff takde ke?'

'Takde orang kak, kat kitchen pun 2 orang je'

'So ni pizza bila ni? Sejuk je bila sampai. Ye ye je tukang hantar pakai glove pegang plate ni, tapi plate sejuk.'

'Sorry ye kak'

Tu je dia cakap.
Sikit tak menjawab soalan.
Tapi sebab kau cakap SORRY, so aku diam je la.
Malas nak tanya-tanya dah.



Masa nak bayar lagi la.
Ada satu chinese tu sampai pegi kat cashier untuk order sebab dia kata dah 20 minit dia tunggu kat meja, sorang pun tak datang ambik order.
Kesian memang kesian la kat staff-staff Pizza Hut tapi bukan pertama kali dah jadi kat Pizza Hut Puchong ni. Dah selalu sangat lembab.
Cuma kelmarin super lembab.
And first time aku dapat pizza kejung.

Pastu yang best tu masa aku nak bayar, ada sorang budak Pizza Hut datang kat cashier (cashier tu pakai tag manager) tanya 'Kak, Pizza Hut regular dah habis kan?'

Konfius kejap.

Dorang selama ni buat pizza pakai readymade dough ke?
Bukan gentel dough sendiri??
Kalau dorang gentel sendiri, then mana datang soalan 'Pizza regular dah habis kan?'



Ok off topik jap.

En Wan kata aku kalau ambik gamba mesti mata aku terbeliak.
Padahal mata dia yang kecik, nak salahkan mata aku pulak.
Kalau korang tengok gamba kat atas ni memang nampak macam aku sengaja beliakkan mata and angkat kening, kan?

Padahal tak.




Kalau aku letak gamba sorang, tanpa En Wan, mesti akan nampak mata aku macam biasa-biasa.
Tak terjojol pun.
Kening pun tak terangkat.

So En Wan, hentikan lah menfitnah aku.
Blaja-blaja pasrah dapat mata sepet.
posted by aveo757 @ 11:57 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER