2012-02-25

Sosej, Follower dan Sakit Otak

Email 1
From: Rosniza Rawi
To: "aveo757@yahoo.com"

Sent: Wednesday, January 11, 2012 4:27 PM
Subject: ask..

salam. kak D..

saya suka baca blog kak D.. mmg best..
nk tanya,..
produk yang kak D pernah cter dulu yang ada unsur Bxxx tu produk RAMLY ker.. sebab kat opis ni duk riuh stori mori pasal RAMLY ni..
hepi ber-rehat kak D
tq.



Email 2
From: iNDA Ha <***8@yahoo.com>
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Thursday, February 9, 2012 12:44 AM
Subject: ujian sampel dna


Salam kak di,
sy ada bc byk gak entry akak yg sblm2 ni. Ekceli sy x brape sure apa bidang akak, cume main agak2 yg lebih kurang biokimia la gitu which ada kaitan ngan teknologi makanan, sebab akak slalu sebut pasal tester dna.
Kalu betul, soalan sy, macammane tester dna tu tu digunakan utk menentukan halal or x sesuatu benda or makanan tu. Sy x penah tgk n tau apa bentuknya. Bukan pe, sy cume corious sbb sblm ni sy ada mkn beberapa spplment kapsul yg ada tanda halal, tp hubby sy kata x byk kilang yg buat kapsul pakai gel yg halal sbb mende ni masih mahal d pasaran bbanding yg x halal.
Jadi, tester akak tu bleh test ke? Ada jual x kt mane2 x? Brape harga agak2 yek?
Harap2 akak sudi le jawap. Kalu akak nk publish kt entry akak, blenko2 le nama sy tu, maklumla, x biasa publisiti. Huhu. Tp rs cam x sesuai je publish sbb cam soalan tu cam mempertikai pihak ttentu plak pdhal yg sebetulnya sy nk tau ada ke altenatip utk pguna biasa cek sndr apa yg nk masuk perut ni.
Tq akak yek.
Main serbu je sy ni.


Email 3
From: zahnan wahieyah <******@gmail.com>
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Thursday, February 16, 2012 5:16 PM
Subject: Sosej

Assalamualaikum kak D,


Saya nak tanya akak berkenaan entry akak pasal sosej yg ada trace DNA babi tu.. Akak dah buat test tu? Boleh reveal x brand apa? Saya sampai sekarang takut nak makan sosej tp anak2 saya ni x boleh hidup tanpa sosej.takut jugak sebagai ibu bg anak2 makan benda tak halal wpun kat plastik tu ada cop halal jakim..

Itu je. terima kasih..

Zwahieyah.


Sorry la readers, aku lambat buat posting pasal isu halal ni.
Actually, company aku dah buat, collaboration dengan MINT (Nuklear Malaysia) and also INNOBIO. Sebab kalau company aku je yang syok sendiri buat sorang-sorang susah orang nak percaya, at least bila buat dengan government agency ni strong sikit result dia.

Akan tetapiiiiii, result-result ni semua PnC.
Bukan boleh sebarang-sebarang publish kat blog/FB.
Sebab tu aku hanya boleh run the test tapi official report and announcement biar authority yang jawab. Apa-apa pun berkenaan dengan isu halal for that particular brand yang orang dok kecoh-kecoh tu aku cuma boleh cakap from the test, ia HALAL dimakan. TPM Biotech pun dah buat this test (ada orang tad kat aku the result), and it is confirmed no porcine detected. Jadi, jangan ada was-was, makan aje la. Aku pun baru je beli daging cincang brand tu semalam. Kita dah ikhtiar, selebihnya tu tawakkal aje la.

Regarding test kit, company aku belum lagi produce test kit, masih dalam testing-testing. Tapi, kalau run test sample makanan atau raw meat, itu boleh dihantar ke company aku, yang tu memang biasa buat. Benda-benda melibatkan halal ni, kalau terlampau sangat was-was pun benda yang sah-sah halal pun boleh jadi haram dimakan. Sebab halal issue ni bukan setakat ingredients saje, procedure pun boleh jadi haram kalau tak betul caranya. Jadi, kita ambik mana yang sesuai untuk kita. Kalau dah kat makanan tu ada cop HALAL, kita ambik. Janganlah was-was bila nampak logo HALAL 'Ye ke halal????'. Kalau semua benda kita nak was-was yang berlebihan susah jugak. Lain la kalau makanan tu takde logo HALAL lansung, yang tu boleh la kot nak was-was.

Just like kau sakit pi jumpa dokter pakar tapi apa dokter tu buat ko cakap salah.
Betul, dokter tu mungkin ada kesilapan tapi kita pun kena percaya dengan kepakaran dia. Dia tau apa yang dia buat. Same goes to JAKIM. Kita kena percaya yang orang Islam sangat sensitif dengan issue halal haram. That explains why JAKIM tu wujud. Kat dalam tu pun orang Islam. Dia pun tau benda-benda ni sangat sensitif so dia tau keje dia.

Aku tak nafikan dulu aku dapat positive procine dalam sample that brand, tapi now kita run test untuk batch terkini and it gives negative result. Jadi, gunapakai la keputusan terkini.


Email 4
From: Yanie Amira
To: "aveo757@yahoo.com"

Sent: Sunday, January 15, 2012 9:28 PM
Subject: salam..

salam..

kak Di, sy ni 1 of readers kak Di..tp sy ni kira br lah join blog kak Di..dlm ujung thn lps cm tu la..
sy nk tny cemane nak follow blog akak tu ea?
carik2 gak link 'follow' cm blog2 len slalu ade tu, tp blog kak Di tak de pun?
gigih lah sy duk type url blog akak tiap2 hari sbb nak baca entry akak..hehehe
harap kak Di sudi jawab e-mail sy ni..salam.. :)


Ok yang ni dulu pu ada reader tanya camana nak follow blog aku.
Sumpah aku memang tak tau camana nak ajar.
Aku pun tak tau butang mana budak-budak ni klik sampai blog ni, tau-tau aku nampak ada followers. Kalau ada sesape boleh explain kat aku (send email), aku akan letak tutorial tu kat sini.



Email 5
From: Humaira Khalid <*******@yahoo.com>
To: "aveo757@yahoo.com"

Sent: Sunday, January 15, 2012 10:28 AM
Subject: tension

Slm kak di,

saya nk minta nasihat kak di ttg komen2 kt blog.
saya ada blog (*****.blogspot.com) tp x la glmour mcm blog kak di :).
mcm ni, ada bbrpa kali saya dpt komen2 dr anonymous.
saya tk tau apa slh saya. saya x tau klu saya pnh sakitkan hati sape2.
tp saya rasa mungkin ada yg sakit ati sbb saya suka ltk gamba sy and brg2 yg saya beli. Tp tu brg2 biasa je. Tkkan tu pun sakit ati. Saya mcm rsa nk stop blogging. Belum pun setaun blogging tp dh ada org sakit ati. Saya tgk kak di mcm2 kena tp cool je. Mcamana kak di buat?
Hrp kak di bls.


Selalu sangat aku dapat email mintak petua ni. Hahaha.
Nampau nau korang pun perasan blog aku ni selalu jadi bahan orang nak merempan.
Sebenarnya korang ada 2 option.
Satu, balas balik.
Dua, buat dek.

Yang bestnya kalau balas balik ni, pertamaya, korang ada bahan nak update blog.
Kedua, korang boleh jadikan anonymous tu penyebab untuk korang hilangkan stress pada issue yang lain. Sometimes kita stress dengan keje kan. Tetiba ada komen cilaka masuk. Kan ke best tu boleh jadikan bahan nak hilangkan tensi?

Kalu korang pilih untuk buat dek lagiiiiiiiiiiiiiiii best. Sebab yang akan sakit hati pun tetap dorang gak.

Benda macam ni sebenarnya kalau kau gali betul-betul, korang akan rasa takde hal la anony tu nak buat apa pun.

Kalau dapat 1-2 komen cilaka, mungkin orang tu benci dengan kau.
Tapi kalau kau dapat beberapa komen cilaka, siap ada yang buat entry khas kat blog dia untuk memaki kau, tu maknanya dia bukan benci. Dia suka kat kau.

Benda ni boleh pikir lojik.


Ada ke orang yang benci kat kau tapi gamak nak hadap blog kau hari-hari, siap menyamar jadi member kat FB segala? Seriesly kau benci??? Biar benarrrrrrrrrrr. Kalau aku, takde keje. Dah aku tak suka, jadahnya aku nak ambik tau pasal kau kan.
Orang macam ni sebenarnya dia suka kat kau. Dia nak jadi macam kau tapi tak dapat.
Sebab tu dia selalu stalk kau. Segala komen-komen and entry-entry khas untuk kau tu sebenarnya dia create untuk meyakinkan diri dia sendiri bahawa dia pun best macam kau cuma apesal orang tak notis ni alahaiiiiii. Camtu la lebih kurang.

Apa-apa pun buat dek je la.
Kita ni selagi bernama manusia, memang takde de nak satisfied dengan kelebihan orang lain. Jangan nak tipu la kita suka tengok kelebihan orang lain. Kita takkan suka. Apa yang kita boleh buat adelah samada kita berusaha jadikan diri kita lebih baik dari keadaan kita sekarang supaya kita boleh create happiness untuk dri sendiri. Lagi satu, ko boleh pilih untuk jadi sebahagian dari anony-anony tu - LOSER. 


Orang yang hidupnya full of hatred ni sebenarnya dia tak puas hati dengan diri sendiri. Bukan dia tak puas hati orang lain. Disebabkan dia tension dengan diri sendiri jadi dia kondem orang lain. Just like kau tension baju kau buruk, pastu kau kondem baju orang lain sendat la, tak sesuai dengan dia la, kaler cam Jawa la, bla bla bla. Padahal kau bengang ngan baju kau. Orang kalau dia percaya diri dia best, dia takkan sakit hati dengan orang lain. Ada tak dikalangan kita yang sakit hati dengan orang daif contohnya? Ada?
Takde kan?
Kita tak sakit hati dengan dorang sebab kita tau kita lebih beruntung.
Bila kita takde rasa sakit hati, jadi kita lebih terdorong untuk buat baik dengan dorang.

Amenda la orang-orang macam ni. Masing-masing kan ada kelebihan diri. Tapi still suka kat kelebihan yang ada kat orang lain. Apa yang ada kat orang lain tu sebenarnya anugerah. Kau tak sepatutnya pertikaikan anugerah yang ada pada orang lain. Anugerah orang tu mungkin takde kat kau, tapi kau boleh gunakan anugerah lain yang Allah bagi pada kau untuk kau jadikan kelebihan.

Yang membuatkan diri kita istimewa dari orang lain sebenarnya adelah diri kita sendiri, bukan orang lain. Bukan jugak disebabkan followers, peminat, bla bla bla. Semuanya berpunca dari kita.
Kalau kita ok, of cos orang suka.
Kalau kita tak ok, gila apa ada orang nak suka??
So, segala-galanya berpunca dari kita. Kita sendiri boleh tentukan kita nak duduk kat belah mana. Tak payah susah-susah nak jatuhkan orang.
Sometimes heran jugak aku ada orang yang gigih kondem orang lain tapi lupa nak gigih betulkan diri sendiri. Kesian.