walk on wings, tread in air: Parit Jawa <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Parit Jawa
2012-02-22
Siapa dah tengok cerita Parit Jawa kat Astro Box Office?
Ok ni ada link kepada full movie Parit Jawa.
Kalau korang Jawa, mesti korang suka tengok cerita ni, silakan lah tengok :





Bila aku layan cerita ni aku rasa rindu pulak dengan nenek Muar aku (mak Pak Aji).
Cara nenek aku kalau bercakap memang sebijik macam Ruminah Sidek ni.
Tapi memang melalui pemerhatian aku, orang-orang Jawa ni (kalau kat kampung Pak Aji) memang semuanya bercakap rupa gitu. Lembut, bermadah, tak reti amukan, sopan.

Pak Aji ngan adik-beradik dia kalau bercakap dengan mak diorang (nenek aku) memang tertib. Takde la rupa aku bercakap dengan mak aku kan. Aku ni Jawa yang dah tak berapa nak pure Jawa-nya. Tapi ada la. Bak kata Pak Aji, aku ni JALING - Jawa and Keling (no offense). Sebab nenek aku belah Mak Aji (yang kat Singapore) tu pernah bagitau aku bapak dia (moyang aku) memang pure from Bombay. Tapi jenis India yang kulit putih merah. Aku ni hitam turun dari mana pun tak tau la. Samada hitam ni dapat dari gen moyang aku yang resesif atau dapat dari keturunan Pak Aji yang memang dominan hitamnya.

Tapi dalam adik-beradik, bak kata Ima and Ibal, memang aku la yang paling terserlah ke-jawaan-nya.
Sebab kalau aku bercakap dorang kata sleng Jawa aku tu tebal sikit dari dorang.
Ceh pirahhhhhh.

Tapi dari dulu sampai skarang, kalau aku adik-beradik tak bagitau aku ada darah Jawa, mesti orang tak sangka kitorang Jawa sebab kebanyakkan orang yang kenal kitorang semua kata kitorang macam anak India. Sebab Jawa ni trademark dia putih and mata dia macam kecik sikit (selalunya macam sepet).
Aku memang takde elemen-elemen tu. Tapi aku tetap bangga aku ada darah Jawa walaupun persepsi orang terhadap orang Jawa ni selalunya tak best. Jawa ni kononnya macam darat-darat sikit.

Kalau kau pakai tudung kuning, baju biru, seluar merah, mesti orang akan cakap 'Apesal kau pakai macam ni? Macam Jawa'.

Tapi itu duluuuuu.
Skarang pesen Jawa tu la yang jadi trend.
Now kalau korang pakai macam tu takde dah orang nak kata kau Jawa.
Color block katanya!!

Kalau masuk rumah orang Jawa mesti ko perasan rumah dorang gila kalerful.
Sofa purple, langsir shocking pink, karpet kuning.
Memang nampak macam darat tapi tu la sebenarnya the beauty of being Jawa.

Tapi elemen yang palinggggggggg jelas jika kau seorang Jawa adelah the way kau berkomunikasi.

Orang Jawa ni dia punya tolak-ansur memang superb. Dia kira boleh dibawak runding. Kalau dia jumpa ko 1-2 kali, kali ketiga dia jumpa ko, dia dah ngaku ko sedara dia. Be it kau susah or senang, dia akan tetap mengaku kau sedara (at least dalam klorga Pak Aji, ini yang aku nampak). Sebab tu kalau beraya kat kampung Pak Aji, seluruh Kampung Sarang Buaya tu dah jatuh wajib kitorang redah beraya. Sampai stress la aku adik-beradik nak kena beraya satu kampung. Ada la kot 20 buah rumah. Semuanya sedara. Tu cuma sedara dekat. Kalau bangsa bau-bau bacang ni ada la kot 40 buah rumah lagi. Tak larat ok kejap-kejap nak berenti beraya. The first 4 house tu larat la kau nak makan. Rumah-rumah yang kendian pastu semuanya jadi port kau tumpang jamban.

Lagi satu, aku tak pernah nampak orang Jawa bertekak bertempik bergaduh.
Adik-beradik Pak Aji kalau ada dispute, ko takkan notice ada perselisihan faham. Sebab tu aku kata Jawa ni tertib sikit. Cakap pun berlapik.

Just like lakonan Eman Manan kat filem ni.
Pak Aji kalau bercakap dengan mak dia, memang rupa tu lah.
Orang Jawa ni kalau nak bercakap dengan mak, dia duduk bawah. Kalaupun Pak Aji duduk atas kerusi, and kebetulan nenek pun duduk kat kerusi, time dia nak bercakap mesti Pak Aji rendahkan badan dia.
Kalau aku, blasahhhhhhhhhhhhhh.
Kadang-kadang bapak aku dok atas kerusi, aku telentang depan tv. Jadik je nak bersembang pun.

Lagi satu yang aku perati, orang Jawa ni susah nak tinggikan suara dengan makbapak.
Bukanlah maksudnya menengking.
Contoh kalau aku kat hall, tetiba ada call masuk untuk Mak Aji, aku jerit je "Maaaaaa. Ooooooo Maaaaaaa. Call niiii".

Kalau Pak Aji, memang tertib.
Ada call untuk nenek aku, dia carik atas bawah, dah jumpa nenek aku nanti, pergi dekat-dekat cakap 'Mak, Ngah telipon'.
Kalau aku la takde kejeeeeeeeeeeeee.

Tapi aku rasa elemen Jawa yang aku notice pada diri aku adelah - lurus.


rom: Nur Azrina Asmawi <*******@gmail.com>
To: "aveo757@yahoo.com"
Sent: Friday, February 17, 2012 4:30 PM
Subject: Terima Kasih Kak Di..

Salam..

yg hat entry kak di tgh mlm smlm pasal silent reader tu buat sy trpanggil utk mensemakkan inbox email kak Di ni..since dah xleh nak direct komen kan..huu, ke laptop sy ni ada problem...
Mmg niat murni kak Di tu nak tolong, tp kekdg manusia ni biasa la, bisnes nye pasal, sggup tipu.
sama jugak dgn ahkak saiko yg tipu kain2 kak Di hrtu.. apa yg sy kenal kak Di kat alam maya ni (aicehh..ayat..) kak Di ni mmg suka tlg org, and kekdg agak lurus.. sy bukan nk judge org, tp ni dr apa yg sy baca dr penulisan kak Di..sbb kita xkan kenal diri kita sepenuhnya sbb kekdg org sekeliling akan lebih kenal diri kita (or memandai berlebih2 pun ada) dr kaca mate diorg..masing2 ada perspektif masing2, ye tak? So, bagi sy, kak D byk mmbantu org wlopun org kate memcm kat kak Di..tp xpe, jenuh da mak Aji train kak Di menjadi sekentallll ini..hehe..pe2 pun, kak Di jgn stop blogging sbb kami mmg perlukan bahan bacaan (matikla buku ilmiah xnak bace..haha) mcm blog kak Di ni.. Santai...rilex,,.& lawak tu yg penting..mmg kak Di takde niat nk buat lawak, tp kekdg penulisan kak Di yg lawak tu mcm real kak Di ada dpn mata potpetpotpet ttg pe yg jd kat kak Di..
Alamak..dah terbabas dr subjek lak..asal nk say thanks sbb akak publishkan menatang berbulus (a.k.a kitten) yg sy sent kat kak Di hrtu..hehe..biasa la, manusia mmg suka membabaskan dirinya..eh.
TERIMA KASIH kak Di.. Jasamu kukenang...

P/S:kak Di, boleh x kak Di buat mcm sevinier (E.g sticker yg tmpal kat cermin keta tu etc.) atas brand "green apple"? Alaaa... Mcm ada ManU tu, or mcm apa lg,..oh Herbalife ke..Ganu kiteee tu ke.. Tau kan?haaaa.. Kalo kak Di buat, kami berdoyon2 sudi nk membeli.. Support kak Di la!



Bukan reader ni saje yang notice aku lurus. Even En Wan sendiri kata aku bendul.
Dia selalu cakap aku ni jenis percaya je cakap orang.
Kalau orang tu bagitau aku dia ada masalah camni...camni..aku jenis takde nak selidik sangat. 
Dulu aku penah kena tipu ngan 'member'. Pinjam duit aku ratus-ratus pastu hilang meruyup mana ntah. Ujung-ujung aku dapat trace dia, oh rupanya duit tu buat pi honeymoon. Tak kisah la kalau kau nak pi bercuti, tapi dia cakap kat aku tujuan pinjam duit tu lain, untuk emergency konon. Alih-alih lain pulak perginya. And aku pun satu, bangang. Main bagi je. 

Aku pun tak tau kenapa.
Bukan aku tak pernah kena tipu. Pernah gak.
Tapi tak tau apesal aku payah sikit nak ada rasa prasangka kat orang selagi aku belum terkena. 
Sebab tu aku selalu terkena. Hahahaha.
Bila dah terkena baru lah aku "Ohhh...".

Macam kes budak yang asik mengutuk aku kat blog tu kan.
Nak dijadikan cerita baru-baru ni aku bersihkan folder email.
Sekali aku terjumpa email dari dia.
Aku tak pernah teringat rupanya budak ni dulu pernah email aku bagitau aku idola dia la, siap mintak nasihat bla bla bla apa semua la. Ujung-ujung dia cakap kat orang yang aku stalk dia..??? Seriesly?
Aku publish email ko kanggg.

Aku pernah cerita kat blog dulu time kecik aku selalu jadi bahan belasah Mak Aji.
Everytime Mak Aji cakap 'Korang siap! Korang tunggu!'
Mak Aji gi carik rotan nak blasah kitorang.
Last-last aku sorang je kena blasah.
Ima kata aku bodoh sebab pi tunggu buat apa, sah-sah Mak Aji nak ambik rotan. 
Bila pikir-pikir balik, ha'ah. Apesal aku tunggu? Apesal aku tak join je Ima lari menyorok?
Bodo gila aku.

Ala tapi tak kisah la lurus ke bengkok ke.
Jawa pun Jawa lah.
Janji rock.
posted by aveo757 @ 9:22 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER