walk on wings, tread in air: Konsep <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Konsep
2012-02-29
Aku tak sure if aku harus riak sebegini rupa untuk membuktikan kata-kata aku kat status FB last week adelah benar. Puncanya adelah bila aku letak status kat FB :



Aku pun sebenarnya tak perasan lansung berat badan dah berkurang sebab En Wan sengaja taknak ganti bateri penimbang dalam bilik aku ni sebab dia menyampah tengok aku kejap-kejap nak timbang. Memang dulu masa penimbang tu bernyawa lagi, asik menimbang berat je keje aku. Jogging 10 minit, timbang. Sit ups 50 kali, timbang. Macam la efek dia jam-jam tu jugak kan. Tapi tak kisah la, janji timbang.

Bila bateri dah takde, aku pun dah stop timbang berat, rasanya tahun ni, minggu pertama je aku timbang berat. Pastu tak timbang-timbang dah.
 
 

Tau-tau last week aku terpandangkan jeans ni.
Jeans ni aku beli kat HK masa zaman berat badan aku 47-48kg dulu.
Lepas bersalin Rayyan, aku tak berani nak sentuh jeans ni, takut meroyan pulak bila tengok jeans ni sangkut sampai peha je. Jadi, aku peram.

Bila hari tu aku try pakai, walahweiiiiiiiiiiiiiiiiiii muat sialllllllllllllllll.
Disebabkan puak-puak yang menkomen kat status FB tu telah mencabar aku meng-up-kan gamba, jadi now aku upkan gamba.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

...up gamba seluar dulu. Kang korang kata aku snap size seluar lain, pakai seluar lain pulak.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ni je la gamba paling gagah pun aku leh tunjuk.
Harap-harap aci lah ye. Hahaha.
Takde la kurus mana pun.

Aku takde baju baby-T dah, semua aku humban ke tong. Jadi tak dapek dah nak tunjuk bukti pinggang I berlekuk. Auww!!
Yang ada cuma baju makcik-makcik macam ni. Jadi, hadap je la ye.
Redza kata 'Mama macam orang yang keje buat simen pakai baju kotak-kotak'. 
Dasarrrrrrrrrrrrrrrrrr!

Bila aku letak status tu, berduyun PM tanya pasal jamu.
Tapi yang paling ramai tanya apa dah jadi dengan korset yang aku model-kan dulu.

Kalau nak tanya pasal korset tu, korset tu alhamdulillah, ada lagi dalam simpanan. Nape, nak ke?

Aku dah lama tak pakai korset tu.
Rasanya bulan 5 ni genap setahun kot aku tak pakai.
Tapi bukanlah bermakna korset tu tak berfungsi. Pada yang nak pakai, pakai je la.
Yang nak-kan option lebih murah, maybe boleh try Jamu Mak Dara Gold yang aku makan ni. RM49 je.

Tadi ada budak bagi aku link ke satu blog, ada blogger buat entry pasal that korset.
Aku pun baca sekali lalu je. Aku rasa ramai yang dah baca kot. Komen gila beratus.
Tapi ujung-ujung aku tak paham apa sebenarnya yang dorang kecohkan sebab tetiba banyak komen yang point kepada penjual korset A (bukan nama sebenar).

Aku dah naik rimas sana-sini orang dok menjaja cerita pasal korset yang satu ni.
Bukan aku bengang dengan si korset tu. Tapi aku rasa penat bila tengok masih ramai lagi yang tak faham konsep korset pastu nak merempan cakap korset ni tipu la apa la.

Korset tak pernah menipu.
Yang menipu mungkin tukang jual korset.
Ataupun kau yang tak paham apa itu korset.

Ladies and gentleman...
Ni akak nak bagitau lagi sekali (rasa dah banyak kali aku bagitau dalam blog ni).
Korset tu fungsi dia nak BANTU kau kuruskan badan je. Bukan kau pakai pastu tadaaaaaaaaaaaaaaa kurus. Korset tu alat bantuan sebab kau ni jenis yang kalau tak diBANTU konfem mentekedarah macam bela hantu raya.

Korang mesti perasan mana-mana agent yang jual korset ni akan pesan 'Korset ni kalau dah pakai, kita makan la apa je pun, tak kisah'.

Tetapi.......eh, mesti ada tapiiiiii...

'Pakai kena disiplin'
'Pakai mesti 8 jam'
'Kalau nak kesan yang lagi hebat kena ambik this..this..that...bla bla bla'. 
'Lagi berkesan kalau lepas pukul 7pm jangan makan'


Betul tak dorang cakap macam tu?
Betulllllllllllllllllll (aku jawabkan).

Kenapa dorang tanya pesan macam tu?
Sebab it is just a korset!
THIS IS NOT A MAGIC KORSET!
Bukan korset tu yang buat kau kurus.
Jangan kata korset, kau makan jamu sekalipun, susu pengurus badan ke, apa ke, kalau bangsa kejap makan kejap tak, boleh turun ke berat badan kau?

Kalau bukan korset tu yang buatkan kita kurus, then apa?

Jawapannya adelah DISIPLIN.
Sebab tu agent-agent ni pesan mesti ada disiplin kalau nak pakai. Pakai mesti mau hari-hari. Pakai mesti 8 jam.
Same goes to mana-mana pil diet ke, air diet ke, susu diet ke, mesti ada note something like "makan ikut peraturan, disusuli dengan senaman".

Semua yang kita buat kalau nak berjaya mesti ada disiplin.
Sebab tu ada pepatah "usaha tangga kejayaan". Disiplin tu adelah salah satu kaedah berusaha untuk kurus.
Tak kisah la kau pakai korset ke, makan jamu ke, jogging ke, apa ke, kalau kau takde disiplin, kejap buat kejap tak, kau takkan dapat apa yang kau nak.

Korset hanyalah alat BANTUAN untuk memudahkan kau kuruskan badan.
The saintifik elemen kat dalam tu (kalau benar bagai dikata) berfungsi untuk melancarkan peredaran darah hence meningkatkan metabolisma. Bila metabolisme kau tinggi, kau takde chance nak tambah berat badan.

Sebab tu ada agent yang kata, pakai korset ni tak perlu exercise dah.
Of cos tak payah exercise, sebab dah memang korset tu ada benda (katanya...) yang stimulate metabolisme.
Sebab tu jugak dia pesan kena ada disiplin. Pakai hari-hari.

Kalau kau jarang pakai, tak exercise pulak tu, mana nak naikkan metabolisme??
Konsep dia sama je kalau kau jogging hari-hari.
Cuba try tengok kau sebulan jogging hari-hari secara disiplin.
Jangan makan jamu, jangan minum air diet, jangan pakai korset.
Kerat jari kalau berat badan kau tak turun.

Deyyy, simple la beb!
Benda ni putar belit kot mana pun, ujung-ujung masuk konsep yang sama - disiplin.
Kau buat sit ups 100 kali sehari, cukup sebulan, mesti perut kau kempis.
Takyah beli apa menatang belly belly tu..??

So takyah tanya-tanya aku dah pasal mana lagi sesuai antara jamu, korset and air diet bla bla bla bla.
Nak pakai korset, pakai.
Nak makan jamu, makan.
Yang penting - DISIPLIN!

Clear??

Akan tetapiiiiii ada benda yang aku curious jugak pasal korset ni.
Sebab pembeli korset ni dinasihatkan untuk pilih saiz yang kecik sikit kalau kita nak kuruskan badan.
Kalau nak maintain berat badan, kita di-recommen-kan pakai saiz yang muat-muat.

Macam klaka pun ada.
Mula-mula kata ada elemen yang men-stimulate peredaran darah dan meningkatkan metabolisme, hence kau jadi kurus. Kalau betul bagai dikata ia ada elemen tu, then why kena pakai kecik dari saiz sepatutnya sampai nak sujud sengkak nafas macam nak terbuasir.

Pakai je la saiz yang sedap kat badan, and nampakkan curve pinggang tu lebih kurang.
Bukan ke nanti korset tu tetap akan bersentuhan dengan kulit and produce whatever yang melancarkan peredaran darah.

Atau adekah the elemen yang melancarkan peredaran darah ni sebenarnya memang tak wujud, maka kena jugak beli saiz yang kecik-kecik so that perut jadi kempis and takde ruang untuk makan banyak?

Hmmm..adekah apa yang aku cakap ni lojik?

Whatever lah, cuma aku rasa benda-benda like korset, jamu, ke menatang apa lagi ni semua konsep dia sama je. Pakai la mana-mana pun, kalau takde disiplin, tak jalan.


Pernah ada sorang budak ni (bukan reader) promote kat aku barang dia.
Dia cerita pasal produk tu ada la 20 minit je, dah la takde apa yang special pun bagi aku. Aku tanya soalan kona sikit dah gagap. Ujung-ujung cara dia explain tu nampak produk dia sama je dengan produk-produk lain, harga je tak sama.

Tapi, dia punya sembang pasal sistem sampai sejam.
Nampak sangat beza cara dia promote produk comparekan dengan the way dia bercerita pasal sistem dia yang 'at least sebulan dapat 4K' tu.

No, aku tak salahkan the sistem. Itu lantak kau la.
Tapi aku menyampah dengan orang yang macam ni.
Dia sebenarnya bukan nak sangat jual produk tapi lebih aim kepada carik downline.


Benda macam ni buatkan aku dan ramai lagi yang terkilan sikit dengan MLM-ers.

Sebab hala tuju tu macam dah menyimpang.
Atau maybe tujuan asal sememangnya begitu.
Mula-mula macam jual produk tapi ujung-ujung semua akhirnya jual sistem.

Produk cuma nak cukupkan syarat.



Contohnya macam email kat atas ni la...
Padahal dia jual acai berry, tapi dia suruh kita baca sendiri kat web.
Yang dia dok berdegar-degar cakap pasal sistem.
Dey, kau nak jual apa sebenarnya ni??
Nak jual auta?

Pftttt.
posted by aveo757 @ 6:30 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER