walk on wings, tread in air: Shopping pemangkin produktiviti <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Shopping pemangkin produktiviti
2011-12-22
Hari ni aku terima satu lagi parcel.
Kali ni dari tokey besar henbeg. (banner dia dah ada kat sidebar aku sebelah ni sebab aku dah tak larat kejap-kejap nak type url dia bagi kat korang).
Patut la hari tu dia BBM aku mintak address.
Aku ingatkan dia nak bagi invitation kad anak nak bertunang ke apa.
Sekali rupanya....

 
Telekung.

Rupanya dia perasan aku ada tanya kat FB kat mana nak carik telekung.
Thank you tokei!

Memang aku tengah carik telekung pun sebab telekung aku empat-empat aku guna. Satu memang yang selalu guna, satu lagi park kat opis, satu lagi park dalam keta, satu lagi bibik aku pakai. So kalau tetiba orang datang rumah nak pinjam telekung, aku nak bawak keluar apa? Bawak senyuman?

So dia hadiahkan telekung kat aku sebagai tanda tima kasih katanya aku promote blog dia. Padahal aku tak buat apa-apa pun, tolong tepek kat blog je. Tapi sejak aku beli coach tiga serangkai kat dia dulu, ramai jugak yang tanyakan link. Alhamdulillah, sama-sama sukses sukses la kita semua hendaknya.

Tetiba terselit coach kat dalam tu.
Itu trademark tokei namanya. Asal hantar barang je mesti ada hadiah.
Tu yang best beli dengan tokei.
Sebab tu kalau beli apa-apa lagi best deal ngan tokei kedai. Musti ale flee munyaaaaaa.

Tapi yang sedihnya aku tak tau apa tajuk bendalah Coach yang dia bagi tu.
Tapi macam tempat letak kad and IC.
Pehh, tak dapat aku imaginelkan ada orang yang beli tempat letak kad/IC brand Coach. Da alif syattttttt.


Pandai kau promosi kan? Beli telekung pun boleh dapat Coach.

Kau memang saje mengumpan aku suruh beli Coach lagi, Cheq.
Macam tau-tau je musim bonus sudah tiba.
Aku rasa mesti dia tengah buat X'mast sale. Apa kata korang terjah.
Tu klik banner kat sebelah kiri.

Aku dah tak mampu nak bershopping lagi dah.
Hari tu aku gembira sangat bershopping online, hari ni aku lemas kejap.
Aku rasa macam nak block je website-website online shopping puaka ni.
Dia punya tarikan tu sampai aku solat pun fikir nak beli ke tak beli ke tak. Setan kan? Dah la 3 hari lepas aku gi beli 35 shawls from Korea and Italy. Plan-nya untuk lengkapkan tailoring shop aku. Aku tak sure if shawl tu sampai nanti aku jual ke, aku yang pakai.

Tadi, aku beli lagi. Kali ni asos.com yang jadi pem-puaka-nya.
Aku dah aim baju kat sini sejak 4 bulan lepas.
Aku save dalam list je.
Baru-baru ni teringat balik and bukak.
Bila dah nampak balik tu memang huru-hara la kan. Sampai termimpi-mimpi ASOS call aku cakap aku terlebih bayar duit tapi dia nak pulangkan dalam bentuk jongkong emas. Gila ke apa mimpi aku ni terlebih bayar sampai boleh dapat jongkong.

Hari ni aku pejamkan mata, klik je la 'Bayor'.
Serta-merta aman damai kepala aku.

Now baru aku dapat rasa how kawan aku masa kat MOSTI dulu, nama dia Pah.
Kitorang jalan-jalan masuk kedai emas. Pastu dia berkenan kat satu gelang ni tapi kitorang pujuk-pujuk dia balik pikir dulu, jangan buang duit, bla bla bla (aku tak sure ini nasihat or dengki).
Tapi esoknya dia pi opis dengan keadaan tak boleh fokus kat keje.
Dia kata sampai termimpi-mimpi. Lunch hour that day dia terus beli.

Terus produktif kauuuuu.
Hebat penangan shopping ni rupanya. Boleh buat diri jadi produktif. Patut la ramai wanita yang berjaya. Mungkin shopping penyebabnya.


Senyuman dalam derita sebab duit dah habis.
posted by aveo757 @ 2:16 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER