walk on wings, tread in air: Perlu ke? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Perlu ke?
2011-12-23
Aku suka FB. Sebab tu aku belum rasa nak delete FB walaupun ramai spy-spy and anonymous tersayang kat dalam tu.
Tapi aku delete Twitter bukan sebab aku tak suka, tapi aku malas.

Tapi satu penyakit aku ni pulak, aku layan FB kat wall je. Mesej box cuma kadang-kadang je aku bukak. Sebab tu kalau ada nak mintak tolong aku letak iklan, kau janganlah hantar request kat FB, memang berzaman la request kau kat dalam tu. Hantar kat email terus ok?

Kalau check FB kat laptop, aku akan terus ke profile. Newsfeed, aku abaikan. Tapi kalau check kat phone, aku malas nak masuk wall sangat tapi lebih fokus kat newsfeed. Masa tu la pun aku nak baca or tau apa-apa gossip or latest hot video kat YT.

Tadi masa baca-baca newsfeed, ada 2-3 status lebih kurang macam ni 'Aku lepaskan mu walau hatiku masih sayang, kudoakan kau bahagia dengan dia'.

Fundeks.

Mungkin orang yang tulis status tu adelah antara yang 1%. Lagi 99% konfem hipokrit.

Mula-mula kau cakap aku doakan mu bahagia sayangku. Esok lusa kau hamun dia cukup-cukup kat blog. Pastu hari-hari seterusnya kau stalk dia kat FB. Yang best tu alasan jadi stalker 'aku tetap mejagamu dari kejauhan'.

Come on la, kalau kau masih tak boleh terima hakikat yang kau kena dump, takyah bajet mulia nak doa-doakan bekas kekasih bahagia dengan new partner dia. Dia dah ada new partner tu dah sah-sah menunjukkan dia bahagia. Yang tak bahagia ni skarang kau. So kau tak payah la nak prihatin sangat bagitau semorang kau nak berdoa bekas kekasih kau bahagia when you know hati kau sakit gila. Kalau kau ikhlas rela hati nak dia bahagia, tak perlu mention kot kat semua yang kau nak berdoa la apa la tapi ujung-ujung letak statement '....aku doakan kau bahagia bersamanya walaupun hatiku sakit kau guris'. Hoi, amende ni??? Kalau kau tengah sakit hati, agak-agak ikhlas ke kau berdoa tu?? Adoiyainyepunnnnnn.

Hati kau tengah sakit, baik kau mintak doa bagi hati kau pulih. Yang kau sibuk-sibuk nak berdoa untuk dia tu buat apa. Memang la berdoa untuk kebahagiaan sesama manusia tu baik. Aku respek usaha kau tu. Tapi kalau tak ikhlas, sabit nak pujuk hati sendiri je, tak payah la. Baik kau mintak doa biar hati kau boleh terima situasi yang pahit tu. Bila hati kau dah tenang, secara otomatiknya kau boleh terima semua benda semua situasi.

Macam kes aku ngan exbf aku dulu, sampai aku dah bersalin Redza pun aku still sakit hati dengan dia. Eventho aku yang tinggalkan dia, patutnya dia yang lebih sakit hati (tapi dia saiko. Orang saiko mana tau sakit hati) tapi disebabkan teruknya dia buat kat aku dulu (sape baca blog aku awal-awal dulu tau la camne cerita dia), memang bertahun jugak aku ambik masa nak maafkan dia. Now, aku dah maafkan dia tapi bukan maksudnya aku boleh terima dia macam tu je apetah lagi nak bagi dia kuar masuk rumah aku datang beraya...NO WAYYYYYYY!! Aku maafkan kau and fullstop. Kau jangan nak lalu-lalang depan muka aku. Aku taknak hadap muka kau dah, aku taknak ambik tau hidup mati kau let alone nak berdoa untuk kau. Pandai-pandai kau lah nak berdoa untuk diri sendiri. Kalau ditakdirkan terserempak, aku boleh hai hoi hai hoi angkat-angkat kening tapi nama kau nak tengok aku sengaja jumpa or call untuk bersembang or 'senang-senang nanti datanglah rumah ye?' - SORRY!!

Those yang suka sangat 'nak berdoa' ni, kalau kau nak meroyan bila dia tinggalkan kau, dipersilakan. Kalau nak berdiam diri adelah lebih baik. Tapi kalau nak bagitau semorang kau nak berdoa dia bahagia bila kau sendiri tak sure if kau ikhlas, baik kau pergi makan eskrim carik ketenangan.

Ada yang lagi 'mulia' gi call radio cerita dia ditinggalkan la, apa la, saya terima keputusan dia la, saya doakan dia la, tapi sambil nangis-nangis. Pastu cakap 'saya belum boleh terima, tapi saya redha'. Kalau kau redha maknanya kau dah boleh terima la. Kalau belum boleh terima belum redha la namanya kak cik.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

posted by aveo757 @ 2:04 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER