walk on wings, tread in air: Perangai <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Perangai
2011-12-21


Kalau Rayyan tido dalam buaian, jangan sesape cuba nak lari kejap ke dapur ke, ke depan ke. Sebab the moment dia sedar, dia akan terus meloccat keluar and end up tergantung jugak. Caranya, bila dia nak bangun, dia akan keluarkan tangan dia dulu ke tepi then terus dia lompat. Luckily bila dia lompat, tangan dia akan stuck kat kain buai, so dia akan tergantung dengan tangan terkangkang.


Sometimes dia relax je membuta dengan kepala separuh terkeluar macam ni. Sometimes, kepala dengan bahu  terkeluar dari buai dah macam kuak lentang. Heran aku budak-budak ni kalau tido, tak sakit ke tengkuk kau? Aku ni pantang salah posing sikit je tergeliat. Bantal tinggi sikit dari biasa pun dah terkehel tengkuk. Tido terlentang lama sikit terus kejung. Sampai troma nak tido. Faktor usia gamaknya.



Ini bukan cubaan menggantung diri tapi memang inilah cara Rayyan kalau tengah makan.

Kau susun la bontot dia macaman cantik sekalipun atas baby sling tu, dia tetap akan keluarkan badan dia dari kendongaan. Seboleh-boleh dia akan keluarkan kaki and badan dia biar jadi tergantung macam ni.

Mula-mula tu aku menjerit jugak bila nampak dia tergantung tapi bila aku menjerit nanti dia gelak-gelak. Macam 'Yay! Mak aku terpedaya sudah'. Ntah hapa la perasaan dia bila dapat bersenggayut macam ni. Macam satu kejayaan la kot dapat buat aksi stunt depan makbapak.

Rayyan ni macam-macam benda pelik dia buat.
Redza dulu tak pulak macam ni.
Redza dulu paling mudah nak dijaga.
Kau bukakkan katun, letakkan sosej 8 bijik, botol susu, botol Ribena, dah. Silakan kau nak pergi berkemas dapur, ke mop lantai ke, sidai baju ke, apa ke. Memang dia senyap mengadap katun tu sampai la kau yang tutup the tv.

Si Rayyan ni jangan harap.
Dia takkan tengok satu apa pun cerita kat TV melainkan iklan.
Kalau dia tengah stim-stim mamai dalam buaian tetiba TV keluarkan iklan, dia boleh bangun mengintai.
Aku syak anak aku ni esok besar kuat bershopping. Asal iklan je dia bangun, asal iklan je dia tercegat depan tv. Kepoh gila nak tengok apa barang baru ada kat market now.

Redza dulu paling banyak mainan.
Asal ke pasar malam je, mainan. Asal ke mall je, mainan. Pagi-pagi seblom pi keje aku kena bawak dia melawat tapak kedai untuk dia beli at least eskrim. Tak kisah la apa pun barang dia yang pasti kau memang wajib kena cukai. Rayyan pulak lansungggggg tak suka permainan. Yang dia suka main henfon aku, main pendant aku, main botol deodoran, picit jamu-jamu aku sampai terbarai, main alas kaki, makan wayar, bla bla bla.

Budak lahir tak cukup bulan memang pelik ke?

Dah la kalau berak tu busuk Ya Rabbi.
Muka je cantik. Tapi busuk.
Asal berak je, aku kena mandikan dia terus. Gila busuk okkk.
Melekat busuk dia sampai terasa-rasa kat tekak aku ni.
Dah la kentut dengan berak takde beza.
Kentut kuat lak tu. Kalau aku dokong dia and tetiba dia kentut, mesti orang sebelah ingat aku yang kentut. Cis.
posted by aveo757 @ 2:08 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER