2011-12-21

Hero katanya..

Kelakar betul aku tengok kisah Adam Adli, student (esok lusa entah-entah jadi ex-student) UPSI yang gelabah buat report polis sebab kena ugut katanya. Alahai dikkkk. Kata hero. Awat menggigil telor? Time kau buat kau tak pikir the consequences yang bakal kau terima. Ikutkan perasaan sangat. Nak tunjuk terer kottt. Orang lain tak berani, aku beraniiiiiii. Now awat mintak orang bagi sokongan and bantuan kat kau derrr? Boleh la kot orang bagi sokongan moral. Takat sokongan moral je la. Cuba tengok kot-kot esok kena buang U kawan-kawan kau nak join sekali ke tak. Join hantar sampai depan pintu je la. Kawan-kawan kau tu dik sokong kau pun sebab dorang pikirkan yang kau tu kawan dia je. Dorang rasa bertanggungjawwab sebab sama-sama terlibat. Takat tu je la. Takde saper gila nak tadah diri tak pasal-pasal untuk didakwa. Dorang tu pandai dik, sebab tu dorang tak buat tebiat yang kau buat tu. Dorang pikir gak apa yang bakal jadi kalau dorang buat. Yang bodohnya kau la sebab offer diri pi buat. Hajat di hati tu nak jadi hero kan?

Dik, ini benda basic okkk. BASIC.
Kau masuk rumah orang, buatlah cara rumah orang.
Jangan buat perangai sakai kat rumah orang.
Nak tunjuk panglima pun biarlah kat tempat sendiri.
Yang kau masuk rumah sana pastu kau huru-harakan harta di sana tu apakejadah??? Kau ni miskin sivik la dik. Tak blaja sivik ke kecik-kecik dulu?
Itu tempat dia, of cos ada bendera and banyak muka dia. Takkan nak letak muka kau kot.
Turunkan bendera orang di rumah orang bukan hero ye dik, itu namanya bodoh.
Tapi terima kasih jugak la sebab tayang kebodohan kau kat umum, sebab dek kerana kebodohan kau ni la menunjukkan pada semua yang jelasnya AUKU tu masih relevan. Tak perlu lah dimansuhkan.

Ada sebab kenapa kerajaan hantar kau masuk U, supaya kau jadi pandai, Sebab dengan perangai kau skarang ni sah-sah nampak yang kau sememangnya belum pandai. Buat-buat pandai ada la.

Berpesatuan ke, apa ke, memang digalakkan sebagai latihan sebelum kau menghadapi dunia luar yang lebih real. Tapi kalau dah sampai objektif sebagai student pun dah ke laut, tak payah la nak jadi wakil pelajar ke apa ke. Memang la skarang ni semua benda kau rasa nak join. Persatuan sana, politik sini, bla bla bla..sebab skarang ni kau takde tanggungjawab yang besar. Banyak la free time nak buat benda merepek-meraban ni semua. Aku nak tengok sok kau dah keje kau larat ke tak nak pandang semua ni.

Ni semua perasan je ni.
Mentang-mentang student U so rasa dia bijak segala serbi.
Suara dia relevan didengari.
Hak dia mesti dipandang.
Ingat lak sikit kau tu bakal guru. Kemana perginya kau lepas grad nanti. Kau nak mengajar kat skolah bapak kau????

Orang hantar pi blaja tu blaja je la.
Belajar tu kasik perabis dulu, pastu carik keje, pi bayar duit PTPTN tu. Pastu kau nak jadi superhero ke apa ke, jadikla. Takde sape halang. Ini duit belanja bulan pun harap bantuan, lagi nak blagak bagus. Kalau betul bagus takpelah jugak. Buat tebiat macamkan diri tu kebal, pastu kena ugut nak kena ludah dah glabah. Itu baru kena ugut ludah. Belum kena ugut bunuh. Tak baik dik tuduh orang sana-sini gangster. Orang punya gangster kau nampak. Kau punya gangster kau tak nampak. Biadap di rumah orang tu bukan gangster ke namanya? Apa yang kau dah buat tu dik dah cukup jelas tunjuk yang kau pun adelah gangster sebab gangster je yang buat keje berani tapi bodoh ni.

Kau kan lain kali dik, kalau hati tak cukup kuat, jangan buat-buat berani. Beraninya seminit, penakutnya seploh tahun. Ni semua sepesen macam kes budak UNIMAS dulu la ni. Semua bajet nak tunjuk bagus depan member-member biar member respek 'Cayalah kauuuuu!'. Biasa la kan budak-budak baru nak tumbuh bulu ni memang taksub dengan pujian and limelight. Bila satu Malaysia dah highlitekankau, eh tau pulak gelabah. Takyah la cakap lebat kata kau tak gelabah, kau profesional. Kau sendiri tak paham apa maksud profesional tu. Kalau kau profesional, kau tak biadap at the first place.

Apesal la budak-budak skarang ni biadap?
Korang dulu tak blaja peribahasa 'Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung ke'?

Bukan suruh kau ampu pun orang tu, cuma RESPEK aka HORMAT rumah and tempat orang. Tak suka orang tu takde hal, tu hak kau. Tapi jaga la adab di tempat orang. Muka cantik, attitude zero. Attitude reflects leadership dik.

Oh pandai bercakap, pung pang pung pang mintak orang respek pendirian kau. Kalau kau mintak orang respek apa yang kau dah buat, kau pun kena respek apa orang bakal buat kat kau. Takyah la nak gelabah sangat. Budak-budak skarang ni terlebih banyak sangat gunakan mulut sampai lupa gunakan otak.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
Kalau kau masuk kandang rimau tapi kau mengembek memang menyerah diri la namanya dik.
Berani buat berani tanggung ok.