walk on wings, tread in air: Pekena <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Pekena
2011-12-28
Ahad lepas aku teringinnnnnnn nak makan nasi dagang.
Rasa dah 2 tahun aku tak pekena nasi dagang yang real.
Selalunya aku makan nasi dagang tipu sebab aku resdung. Kalau kau resdung, memang carik penyakit sangat la makan nasi dagang with ikan tongkol. Nasi belum habis, hidung aku dah srot sret srot sret. Selalunya mak mertua aku akan buatkan lauk khas untuk aku makan dengan nasik dagang - ayam goreng rempah.
Tapi apelah maknanya makan nasik dagang kering takde kuah gulai?
Mak mertua aku kadang-kadang masakkan gulai asing untuk aku sebab dia kata ikan tongkol ni bisanya pada ekor. Ekor tu yang trigger the resdung. Kalau kau nak makan gulai ikan tongkol tapi takut resdung, jangan masukkan ekor ikan tongkol tu time masak gulai. Kadang-kadang nak mertua aku masakkan asing untuk aku seperiuk. Gulai untuk aku hanya ada badan ikan je. Special tak aku?

Tapi dah 2 tahun mak mertua aku buat nasik dagang tak buat gulai asing sebab aku cakap takyah. Sebab aku malas nak tolong dia masak. Adelah sangat tak patut kau dah la taknak tolong pastu nak demand gulai takde ekor la, takde kepala la. Jadi selalunya orang lain makan nasik dagang, aku pandang dengan penuh keinsafan.

Ahad lepas tak boleh nak bendung nak kenginan nak makan nasik dagang.
En Wan memang on je la kalau aku ajak pekena nasik keturunan dia.
Gigih google nak carik mana port nasik dagang kat area Subang Jaya ni.
Last-last jumpa kat SS apa ntah. Lupa la aku.
(stress tak baca blog aku? Ye ye je cerita pasal port makan tapi address tak tau)



Hari tu aku pergi berdua je.
Sebab tempat pun tak sure lagi boleh jumpa ke tak, so biar kitorang carik port dulu. Kalau port best baru bleh ajak satu kaum datang. Kedai dia biasa je. Macam warung je. Tapi selalunya yang warung-warung ni la yang terangkat bontot kau kalau makan. Kadang-kadang kalau kucing lalu bawah meja pun bontot aku boleh terangkat gak.

Warung ni memang khas dibina untuk anak-anak Trengganu and Kelantan sebab menu dia memang hala ke sana je la. Walaupun ada mee goreng, nasik lemak segala tapi itu makanan universal. Warung sebelah pun ada. Tapi warung yang aku pergi (nama dia Restoran Trengganu / Warung Trengganu kalau tak salah), kau cakap je nak carik apa. Laksam? Nasi dagang? Laksa kuah putih? Laksa kuah merah? Nasik minyak? Kepok lekor pun ada okk. Hari tu aku datang warung ni, meja depan blakang kiri kanan semuanya brong breng brong breng speaking Trengganu. Dengan laki laki aku sekali bertukar dialek.


Silakan mencuci mata.
Telan air liur banyak-banyak sikit...

Sepinggan nasi dagang RM7.
Terkencet tak baca?
Tapi berbaloi. Nasi banyak. Ikan besar-besar. Sesekali makan boleh la. Selalu-selalu makan boleh terkencet betul.


Sangat kedai kopi kan?
LIKE.
Jarang jumpa botol macam ni dah kat bandar-bandar.
Kat kampung-kampung ada la kot.

Disebabkan kat peti sejuk aku penuh stok kepok lekor fresh from Manir, aku tak berapa nak heran sangat kepok lekor kat warung ni. Boleh laaa, takat nak buat lauk nasik dagang, buat tambah-tambah.


Mat Ganu dengan kepok lekornya.


Selama ni aku jumpa cara hidang jualan macam ni cuma kat kampung En Wan je. Bangsa yang bungkus-bungkus makanan siap-siap dalam supik-supik kecik. So Trengganu. En Wan suka gila datang warung ni. Dia kata macam ada kat Tganu.

Baguslah kalau macam tu. Lepas ni kita takyah balik. Tunggu hiway siap sampai Telemong sok baru kita balik. Letih la asal nak balik kampung kau je pantat aku bersimen 5 jam.

Rasa macam this week nak pegi lagi.
Sebab nasik dagang dia macam memanggil-manggil.
posted by aveo757 @ 9:51 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER