walk on wings, tread in air: Milo <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Milo
2011-12-19

Oh mak kauuuuu!

Terperanjat tak tengok muka aku ni?

Aku tak dapat menahan diri dari meletak jugak gamba aku time Form 3 (1992) ni kat sini sebagai kenangan. Sebab aku rasa gamba ni kalau aku simpan kat album jawabnya memang ada harapan hilang. Sebab aku memang jenis tak suka simpan gamba hardcopy. Kalau nak ikutkan banyak gamba aku time kecik-kecik dulu, tapi ntah mana aku selit.

Gamba ni buatkan aku rindu gilaaaaa nak balik ke zaman dulu-dulu.
Walaupun 'zaman dulu-dulu' aku sebenarnya tak best pun tapi dulu lagi peaceful.
Dulu-dulu kalau aku balik skolah takde jalan lain melainkan terpaksa lalu depan bradre-brader Form 5, aku takde hal. Takkan kena ngorat punya. Brader-brader tu pun senyap-sunyi je time aku melintas depan dia. Sure dia 'kagum' dengan ketrampilan aku. Penampilan apetah lagi! Kau tak nampak remos aku tu? Banyak jasa remos ni kat aku. Remos tu lah yang menyebabkan aku nampak tinggi kat skolah.

Masa ni banyak lagi baby hair aku.
Skarang.....
Siap sapu hair tonic lagi punya nak bagi lebat rambut. Cis.

Spek mata.
Ok ni pun satu elemen yang membuatkan aku ada trademark. Orang lain nak dikenali kat skolah kena couple dengan balak hensem la, kena couple dengan budak takraw la, kena join grup-grup minat NKOTB la, apa ni?? Apa ni???

Aku besyukur aku tak perlu mengendeng kat sape-sape untuk jadi "terkenal".
Semua Tuhan bagi pakej lengkap kat aku.

1. Hitam macam milo pekat.
2. Jongang sikit.
3. Rabun.
4. Pendek.
5. Lontaran vokal yang kuat.

Dulu aku stress dengan pakej-pakej aku ni.
Tapi now aku rasa pakej ni sebenarnya pakej terbaik untuk aku.

1. Disebabkan aku hitam melekit, maka takde orang bernafsu nak mengorat

2. Disebabkan aku jongang sikit, maka lelaki malu nak buat awek. Mesti dorang pikir "camne nak cium pompuan jongang?". Maka aku terselamat dari berkiss-kiss-an di kawasan sekolah. Eh.

3. Disebabkan aku rabun maka aku kena pakai spek. Spek bingkai besi dulu mahal, makbapak aku tak mampu nak belikan. Dorang sendiri pakai bingkai plastik. Bingkai plastik semua besar-besar tapak tangan saiz dia. Bila pakai spek besar, otomatik muka kau jadi macam nerd. So takde orang nak kat kau.

4. Pendek ni sebenarnya orang lelaki ramai suka. Konon nampak petite cute-cute je. Tapi sebab aku ada ciri-ciri No. 1-3, jadi ciri No. 4 ni waive.

5. Suara aku kuat. Aku gelak pun kuat. Lelaki mana suka pompuan gelak macam nak rabak mulut ni. Haruslah gelak bunyi ngih ngih ngih sambil tutup mulut. Jadi, point ni pun aku gagal. Seb baik masa nak tekel En Wan dulu aku pandai. Aku tipu dia. Aku gelak kih kih kih selowwwwwwwww je. Terus dia konfem jadi boifren aku. Haha.

Jadi kesimpulannya, bersyukurlah apa yang Tuhan bagi kat kita walaupun terpaksa melalui kesengsaraan sikit kena ejek "MILO! MILO! MILO!"
Tuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Kalau aku jumpa brader yang panggil aku Milo dulu, aku silambam dia!
posted by aveo757 @ 4:45 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER