walk on wings, tread in air: Menu <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Menu
2011-12-23
Hari ni aku ambik tugas menjadi bibik.
Sebab bibik pagi-pagi lagi dah keluar dengan En Wan.
Selalunya pagi aku mandi, subuh and tido balik.
Mandi siap-siap lepas tu bangun takyah mandi lagi. Jimat.
Kalau nak lagi jimat mandi malamnya before tido.

Tapi pagi ni lepas subuh aku terus turun bawah masak air, masak nasi siap-siap and keluarkan bahan-bahan untuk buat makanan Rayyan. Rayyan dah 3 bulan aku sumbatkan nasik. Puncanya bila hari tu kitorang gi Cameron masa turun breakfast aku lupa nak bawak turun Heinz baby food tu. Disebabkan aku malas, so aku sumbatkan dia dengan porridge. Sekali dia suka pulak. Terus pastu dia dah taknak makan Heinz lagi. Dalam cupboard aku ada lebih kurang 15 botol baby food tak berusik lagi tak termasuk biskut and bubur nasik dia. Aku tak tau nak humban ke mana. Memang Rayyan dah taknak makanan segera. Dia nak mak dia berusaha keras sikit untuk membesarkan badan dia.

Aku masak makanan Rayyan ni sehari sekali je but cukup untuk 3 kali makan.
Senang. Takyah nak kejap-kejap masak, kejap-kejap masak. Cantek muka kau aku nak masakkan lauk berbeza tiap kali meal? Aku sendiri makan lauk perangat malam tadi. Tu mujur ada lauk semalam. Kalau Ahad lepas ada barkat-barkat kenduri, silap-silap aku tak masak lansung sampai hari ni keje aku dok panaskan balik rendang pengantin. Ada sape leh celen aku punya skill malas?

Rayyan punya menu cuma ada 2 je.
Budak kecik takleh makan merepek-merepek nanti berak-berak menyusahkan aku asik nak menyalinkan dia. Dah la pampers mahal. Jadi, kita bagi dia dua menu saje - ikan tenggiri and ayam. Tapi cara masakan yang berbeza-beza.

Hari ni makanan dia berasaskan ayam. Kekdahnya :

(1) Nasi se-pot cukup untuk 3 kali makan. Masak dulu siap-siap biar dia kembang sikit.

(2) Masukkan halia besar ibu jari tapi hiris-hiris dulu. Halia ni selain bagi perasa pada makanan (sebab aku tak letak bawang), ia juga bagi anak kau lawas kentut. Anak umur setahun lebih ni kalau kau sapu minyak kayu putih ke, minyak telon ke, kalau perut dia tebal macam anak aku, memang payah nak lut. Dah bukan makanan dia dah sapu-menyapu minyak ni. Kau kena bagi dia makan something bagi angin dalam perut keluar. So, halia sangat membantu. Alhamdulillah Rayyan tak pernah kembung. Kentut memang lawas. Meletop-letop.

(3) Masukkan carrot yang dicincang halus.


(4)Pastu masukkan kentang and cauliflower yang dicincang halus jugak (gambar tak clear)


(5) Pastu ayam pun kau cincang halus (takde gambar. Tapi aku yakin korang kenal mana satu ayam). Tapi anak aku dah nak masuk 8 batang gigi, so aku cincang lebih kurang je la sudah. Kasik dia rajin sikit mengunyah. Jangan pemalas sangat asik nak terus telan je keje kau.

(6) Agak-agak beras dah kembang sikit, masukkan semua bahan-bahan ni and jangan lupa letak garam.



Siap!

Tajuk resepi ini adelah BUBUR.




Kalau nak sedap letak kicap manis. Biar dia ada rasa masin manis berangin semua ada.

Selamat mencuba!
posted by aveo757 @ 4:55 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER