walk on wings, tread in air: Hijabster vs Bawalster <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Hijabster vs Bawalster
2011-12-20
Tadi aku tanya kat FB "Apa itu Hijabster'?
Sebab bunyiknya macam geng-geng muslimah ganas je kalau sekali dengar.
Hijab tu aku tau la. Tudung.
Kalau dah ada sambung '..ster' tu aku pun konfius gak apakejadahnya.

Ohhhh, rupanya Hijabster tu maksudnya bertudung tapi fashionista.
Takde la macam aku pakai tudung ni. Aku ni kategori outdatedista.

Nak tau lebih pasal "How to Spot Hijabster", korang boleh ke sini : KLIK

 (no offense ye, ini gamba hiasan saje, gambar cilok kat google)

Ni namanya HIJABSTER (ewah, aku pulak nak ajar orang)

Budak-budak muda macam dorang pakai macam ni memang nampak comel.
Cuba yang tua-tua kedarah macam aku pakai macam ni, memang mintak maki la jawabnya. Aku tak boleh  bayangkan aku keluar rumah pakai black babydoll dress pairkan dengan red leggings, pakai yellow turban adn brown boots, pakai shades bingkai hijau. Mesti dari jauh aku nampak macam pokok krismas bergerak.

Aku kagum dengan hijabster sebab dorang pandai bergaya and berani suaipadan baju.
Aku masih lagi oldfashion seiring dengan old-nya usia aku skarang.
Rasa macam tak sajak je umur dah 34 nak sarung 10 kaler sekaligus.
Walaupun ada sesetangah hijabster yang memang kelakar gila dressing dia macam minah kat Subang Parade dulu yang pakai tudung ala-ala makcik nak ke sawah tu, tapi aku tetap kagum sebab dorang berani bergaya and yakin dengan apa yang digayakan. Tapikan seelok-eloknya hijabster ni kalau nak berjalan kemana-mana tu jalanlah secara berkumpulan or at least berdua.

Sebab aku pernah nampak satu hijabster ni tunggu bas kat bus stand depan Carrefour Puchong. Aku rasa dia nampak macam pelik. Series pelik. Dengan skirt paras lutut, pastu leggings, baju dia macam blazer kalau tak salah aku pastu pakai belt besar, and tudung ala-ala Hana Tajima tu, ko sorang-sorang berdiri kat tepi bus stand tu pastu orang lain semua kejap-kejap tengok kau. Bukan sebab kau stylo tapi sebab kau dah nampak macam "errrkkkk kau ni dah kenapa????". Don't get me wrong (eh tercakap omputih lak, tetiba feeling hijabster), takde yang salah pun pakaian kau tu cuma pelik je sebab kau bergerak sorang-sorang. Tapi kalau jalan berkumpulan memang nampak stunning.

Aku tau ada hijabster baca blog aku. Siap nak tolong style-kan cara aku bertudung. Nampak benar ke-makcikan-nya aku bertudung ni sampai perlu stylist. Cis.
Tapi memang ye pun.

*sigh*
(keluhan seorang makcik)


Ada orang hantar kat aku, so aku hantar kat blog. Sama-sama tengok.
posted by aveo757 @ 9:12 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER