2011-11-30

Kawan

Ni aku nak bagi korang teladan sikit.
Benda ni sebenarnya semorang dah aware dah cuma sometimes kita tak boleh nak elak atas sebab-sebab tertentu.

Citer dia cenggini...

Beberapa tahun lepas aku ada set up satu company dengan kawan lama.
Kawan ni dulu keje dengan aku.
Satu hari tu dia cakap dia bukak satu company dengan kawan dia.
Ok la, aku memang takde hal lansung walaupun aku tau eventually dia akan jadi competitor aku punya. Tapi aku memang percaya padaa rezeki. Takde hal la kalau member jadi competitor, janji kau jangan buat taik dengan aku.

Dipendekkan cerita, dia run company dia, aku run company aku.
Sampai la satu hari tu dia kata one of the Director resigned. Dia nak pakai nama aku.
Oh nooooo wayyyyyyyyyy!!
Pakai pakai nama ni aku taknak.
So aku bagi cadangan company dia and company aku work together.

Kawan aku ni nak buat lab tapi dia tak cukup resources.
Dalam ertikata lain dia tak tau lubang mana nak ambik bisnes sebab dia jenis malu nak jumpa orang. Kalau malu memang susah la kan kau na berbisnes. Nak bisnes mana leh malu. Lagipun apa yang kau nak malu? Kau bukan jual minyak angin, kau jual service.

Jadi aku cadangkan kat dia, dia buat service.
Maknanya dia tak perlu keluar daria lab tu pun.
Kejer dia adelah buat service and sediakan marketing tools.
Aku yang akan handle sales. Maknanya company aku akan carik customer, jumla orang segala.
Dapat prospek, aku pass kat dia.
Tapi dengan syarat.
Syaratnya adelah SEMUA reagents and kits yang dia guna untuk provide the service, dia kena beli dari company aku. So, aku carikkan customer, aku promote service dia. Dia pulak dapat customer and boleh jual service. Setiap kali dia buat service, setiap kali tu jugakkah dia akan beli barang-barang dari company aku. So kat sini, aku bukan saje dapat contract order (lab dia konfem akan beli barang dengan company aku every month), malah protfolio company aku lenih besar dari sebelumnya sebab aku bukan saje market own product tapi marketkan service dari comoany dia. Jadi ada synergy kat situ.

Akan tetapi, this kawan aku pun tak tau apa penyakitnya.
Maybe angan-angan terlampau tinggi kot sebab kat namecard tulis DIRECTOR, so mindset dia adelah 'I'm the boss'. Bila terlampau rasa diri bos, otomatik jadi malas nak bekerja. Sampai ke satu peringkat aku tak dengar apa-apa news lansung pasal keje dia. Tapi sebab aku pun ada company aku sendiri, so aku bauat hal aku je la. Memang takde perjanjian hitam putih pun dengan company dia selain dari nama aku ada dalam syarikat dia. Tapi nama je la. Aku plan takkan ambik apa-apa percentage pun, sebab aku just nak ada kesinambungan bisnes je.

Ujung-ujung kan, company secretary and auditor carik aku sebab dia hilang entah ke mana.
Hilang, boleh????

Nak hilang tu hilang la, settlekan la apa-apa yang patut.
Ni tak.
Dengan aku aku sendiri tak tau mana dia pergi.
Aku memang takde la bertanya khabar apa-apa selama dia menghilang tu sebab pada aku buat apa aku nak tanya pasal bisnes dia. Aku memang takde sangkut-paut pun cuma aku cadangkan dia dan aku ada usahasama, tu je.

Bila semua dah start cari aku, and orang-orang yang bekerja dengan dia pun start call aku, ohemjiiiiiiii. Aku tak cuak, tapi aku bengang!!!!!
Bila aku suruh company secretary aku hantar surat mintak dia resigned supaya senang aku nak strike off the company, dia senyapkan diri. Call tak berangkat, email tak berjawab.
Bila company secretary sekali lagi hantar email berserta consequences-consequences yang dia akan hadapi kalau tak resign, baruuuuuuuuuu nak respond.

Tapi tu la kan, setakat respond tu je la.
Bil teryunggak, invoice yang pending lama sape nak settle?????????
Of cos la aku kannnnnnnnnnnnn.
Sebab nama aku ada kat company tu.

Lanch kan?

Punyalah selama ni aku ingat takpela, kawan.
Baik punya pasal, kesian punya pasal, nak tolong member biar sama-sama success, last-lasttttttttt. SUCKsess la sangattttttt!

Tadi aku settlekan bil bil dengan auditor semua.
Walaupun aku sakit hati aku kena keluarkan duit tak tau hujung pangkal, tapi takpelah. Janji aku dah selamatkan nama aku.

Alhamdulilah Tuhan lapangkan hati aku kali ni so that aku tak berapa nak merempan sangat.
Cuma aku berharap aku takkan jumpa or terserempak dengan dia lagi dah, sampai mati.

Guys, korang kalau nak baik baik dengan sesape pun, buatlah as long as tak melibatkan duit.
Anything yang melibatkan duit, please ada clear cut.
Biarlah orang nak kata kau berkira ke apa.
Kalau sesape nak pinjam nama kau untuk bukak company ke apa, kau mintaklah Director Fee. Mintaklah sampai berapa ribu pun sebulan, at least kalau dia buat taik kat korang, korang tak ralat sangat. Macam kes aku ni, sebab pikirkan member sangat la, member makan member jadinya.
So, guys, ingat ye. Before member makan member, kau bagi member kau makan penampa dulu.