2011-11-15

Wedding cousin

Khamis lepas aku cuti konon nak merewang kat rumah makcik aku kan, sudahnya aku melepak kat Little White Cafe. Jumaat memang the whole family dah sibuk sebab hari tu cousin aku menikah.
Aku memang suka kalau ada majlis-majlis sedara kawen ni.
Pergi kenduri kawen je aku tak suka.
Kalau sedara kawen, aku memang suka.

Jumaat lepas aku and En Wan ambik half day off, lepas solat Jumaat diorang gerak dari Bangi, aku je gerak dari Putra Heights. Tunggu kat tepi hiway nak berkonvoi sama-sama.



Orang lain yang menikah, aku ngan En Wan yang sibuk nak pakai sedondon bagai.

Tak paham apesal aku nak gabra sampai naik berlengas muka aku berpeluh.
Dulu time aku kawen tak gabra pun. Bersongket setengah hari berarak tengah-tengah hari buta pun tak berpeluh. Ni pakai baju kurung kain nipis pun aku dah berlendir naik ke muka.




Kereta Pak Aji adelah kereta pengantin lelaki.

Masa ni hari memang mendung dah nak hujan.
First time aku masuk Rahman Putra.


Rombongan masuk ke kawasan rumah pengantin perempuan.


 Masa ni kitorang stop kat masjid berhampiran untuk Zohor and bersiap-siap before gerak ke rumah pengantin. Masa ni tetiba aku teringat kat makcik yang sound aku kat masjid hari tu. Kalau betul la makcik tu kata dalam masjid takleh pakai mekap, kenapa tok kadi tok imam izinkan majlis nikah dalam masjid?

Makcik...jawab makcik.


 Orang berprofil tinggi je layak bawak sirih junjung ni okkkk.
Ni kalau takde orang penting ni, majlis tak bermula ye anak-anak.

Masa agih-agihkan hantaran, aku tengok semua pakat ambik hantaran kasut la, beg la, cincin la, takde pun yang nak ambik sirih junjung ni. Maka aku pun angkat la.
Sekali kauuuuu, hambik!
Patut la takde orang angkat.
Gila berat!!!

Renyuk baju I tau.


Hantaran from both sides.
Yang dalam kotak from pihak perempuan.
Yang dalam raga putih from pihak kitorang (lelaki).



Cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nombor.

Pinjam sikit nombor '1' tu boleh?



Yang kawen ni cousin aku, Anuar. Anak kepada adik bongsu Mak Aji.
Tua setahun je dari Ibal.
Dah kawen dah.
Ibal dari dulu sampai ke sekarang tak abis-abis jadi pengapit je keje kau.

Alhamdulillah, sekali lafaz je.


 Ye, dik.
Anuar itu lah cousin akak.


 


Masa ni kitorang dah blah dah.
Lapar wehhhhhhh.
Lantak korang la pengantin, aku dari awal lagi masa masuk rumah si Naimatul ni dah ternampak mihun goreng kat meja luar.
Hilang fokus aku kejap kat pengantin.
Bila mak pengantin pelawa minum je, terus masing-masing zassssssssssssssss.
Nenek pengantin pesan 'Jangan malu-malu makan'
Don't worry, Nek.
Kitorang memang tak pernah malu-malu kalau sampai bab makan.
Memang laju je.
Nenek masuk lah kat dalam tengok cucu nenek bersanding, kang kalau nenek tengok kitorang makan takut nenek pulak yang naik malu nak mengaku bersaudara dengan kitorang ni.



Apesal la brader ni selebet maut sangat dengan tak bersampin pergi majlis nikah?
Laki saper ni?



Pengantin with :

Dari kiri belakang : En Wan, adik pengantin lelaki, bapak pengantin lelaki (terselit) dan adik ipar Mak Aji.

Dari kiri depan : adik pengantin lelaki, cousin pengantin lelaki, adik pengantin lelaki, adik Mak Aji, adik Mak Aji, adik Mak Aji, adik pengantin lelaki dan adik Mak Aji lagi.

Soalannya : Berapakah usia Mak Aji sekarang?



 Ni semua anak-anak dara baru nak naik. Manis-manis kan SEMUA?



Ewah ewahhhh kemain kan? Macam bujang teruna kau kan?

Cukup suka kalau bergandingan dengan anak-anak dara.
Kemain manisssss lagi senyum.
Cuba kalau bergambar dengan aku tu, kelattttt je. 


Actually keluarga belah Mak Aji memang dah lama sangat tak buat kenduri kawen.
Rasanya ada la kot 5-6 tahun?
Ke lagi lama dari tu?
Aku pun dah lupa.
So bila ada cousin yang nak kawen je, memang satu family excited macam anak masing-masing yang nak kawen.



Ni on the way nak ke majlis bersanding rumah pengantin perempuan, esoknya.



Sebahagian dari adik-beradik and sepupu-sepapat Mak Aji.
Sepesen je kan muka dorang?

Dari kiri no. 3,4 and 5 je tinggal kat Malaysia.
Yang lain semua kat Singapore.
Ni pun cuma 8 orang je yang datang, lagi 5 orang tak dapat datang.



Best okkk jadi Raja Sehari.
Sampai stokin pun orang pakaikan.

Masa ni la nak tengok kasih-sayang cousin terhadap cousinnya.

Oh yes, cousin aku yang sarungkan stokin ni (Hasif) dengan Ibal siap organizekan Bachelor Party lagi.
Bila aku tanya Ibal dia celebrate apa, mati-mati dia taknak bagitau.
Siapalis betul.


Korang pernah nampak tak pengantin jalan dulu, tapi payung kat belakang?

Tak pernah kan?



Ibal ni memang dari dulu sampai ke umur 27 ni asik laaaaa jadi pengapit. Ntah bila aku nak tengok dia pulak yang diapit. Jangan esok Redza kawen kau jugak yang jadi pengapit sudah.


Inii antara penyeri majlis


Aku tunggu jugak kot ada tol-tol ke, berbalas pantun ke, tapi aku tengok tang jauh takde kayu or parang ke dia bawak keluar, so maknanya takde la tu.

Macam aku dulu siap pengacau nasi kawah tu makcik aku bawak keluar nak buat tol.
Seb baik aku dah sound En Wan siap-siap adat keluarga aku pesen macamana. Maklom la belum ada keluarga dia yang kawen dengan orang luar dari Kelantan / Trengganu. Kang tak pasal ada scene amukan kat tepi khemah.



'Bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa jadik PENANTIN' kata Redza


Masa ni berenti depan pintu rumah Naimatul, nenek dia sambut kitorang dengan kelopak rose. Pastu ada selawat sekali. 

Ibal dah kipas diri sendiri time ni sebab lama sangat berdiri. Kitorang memula ke depan, pastu aku tengok slow-slow je makcik-makcik aku gostan ke bawah khemah.


Mak pengantin lelaki (adik Mak Aji)


Bapak pengantin lelaki


Makcik-makcik aku (adik-adik Mak Aji) menepung tawar.


Haaaaaa.....ingat aku tak tau merenjis??

Sampai terbang bunga rampai tu atas kepala pengantin aku kejekan.
Air mawar dia pun macam segan-segan je nak keluar, bila aku tonggengkan botol ha kauuuu baru dia keluar.

Ibal kat tepi sound 'Oii, sikit-sikit dah la'

Ye, aku tau la.
Time ni aku renjis sikit-sikit.
Time kau esok, aku simbahkan terus air mawar tu biar kuyup kau bersanding kat atas tu.


Sabrina merenjis dengan sikit punya sopan.
Sejemput-sejemput bunga rampai tu dia letak atas tangan pengantin.


Oh yes, masa majlis kat rumah perempuan ni ada 2 reader tegur aku, one of them adelah cousin kepada pengantin perempuan. Thank you sebab tegur. Lupa kita nak ambik gamba sama-sama.

Tapi takleh celen time kat majlis pihak lelaki.
Sorang reader tu slow je duduk sebelah aku tegur 'Kak Di kan?'

Aku : Ye, saya.

Reader : Saya baca blog Kak Di. Tak sangka jumpa akak kat sini. Akak dengan pengantin ni siapa?

Aku : Pengantin lelaki ni cousin akak.

Reader : Eh, ye ke? Pengantin laki ni keluarga belah saya jugak.

Check punya check, dua pupu aku rupanya.
Hambik kau.
Aku lupa nak tanya dua pupu aku tu 'Amacam, sesal tak ada sedara macam aku?'


Cousin-cousin aku.

Yang belah kiri tu dah ada orang booking.
Yang belah kanan tu tak sure. Kalau berkenan rajin-rajin la singgah UiTM Arau.



Peluk la cousin kau ni puas-puas sebelum dia jadi bini orang.



Inilah masa yang kita nantikan.
Disebabkan kita kategori VIP, so makanan konfem marvelles!!!

Tapi series la, dia punya kuzi daging pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Balik rumah ketagih okkk.
Gigil-gigil punya ketagih sebab sedap sangat!


Everytime pengantin potong kek mesti aku emo.
Skrip yang sama aku bacakan kat telinga En Wan 'Apesal kita kawen dulu takde potong kek?'

Kejam.




Esoknya (Ahad) majlis kat belah lelaki pulak.
Memang lepas habis je majlis kat belah perenpuan, kitorang dah start busy, sentuhan terakhir nak prepare for majlis kat Bangi pulak.
Malam tu lepas mandi-mandi, aku kerah En Wan balik Bangi gak, tak kira.
Aku nak tolong gak apa-apa yang patut kat dewan.
Nak tolong pacak tanda arah memang semua cousin lelaki dah ambik part.
Sudahnya aku jadi tolong tengok je. Sebab semua macam dah ada orang buat, so aku tolong buat bising je la kat dalam dewan.


Pelamin kat dewan


The kek.

Again, aku emo.


Coklat kat meja VIP.

Coklat ni jangan tak tau, adik lelaki pengantin lelaki sendiri yag bancuh, 6000 biji okkk.
Dia berdua ngan awek dia je bancuh kat dapur.

Aku cakap kau, aku tak pernah rasa coklat homemade yang rasa macam Ferrero Roche dark coklat!
Series tak tipu.
Aku ingatkan dia akan buat coklat yang sama macam coklat-coklat orang dok jual online ni semua (sebab aku pernah beli 2-3 kali coklat online and aku tau rasa semua sama), but this is TOTALLY different.

Actuallu semua tetamu dapat coklat but yang VIP dapat coklat yang lagi best dari tetamu lain.
But still coklat tetamu lain sedap.
Berebut-berebut kitorang menge-paw coklat VIP.
Aku tak sure if cousin aku ni ambik tempahan lagi ke tak now sebab dia dok buat tempahan untuk caterer-caterer skarang ni.

Kalau berminat boleh contact makcik aku (sebab aku takde nombor dia) - 019-6332610 (Puan Nor)




Gambar atas dari kiri  : adik Mak Aji, Mak Aji, kakak Mak Aji.

Gambar bawah dari kiri  : adik Mak Aji, mem besar (nenek), bibik mem besar. Belakang adelah Mak Aji.


Pengapit untuk majlis kat dewan adelah Ibal (balik-balik dia), and cousin aku yang akan berkahwin next month pulak.

Again, another wedding very very soon.
Yeah!

Hoi Ibal, kau ni bila la?

Sementara orang belum ramai lagi ni, marilah kita bergamba dulu, Bonda.

Kenapakah muka anakanda dan Bonda adelah sama lebarnya?

 Ima and aku.

Aku memang alergik betul kalau yang mengambik gambar tu adelah Ibal.
Dia tinggit melangut pastu ambik gambar mesti dari atas.
Aku yang pendek ni dah macam bantut dan gemuk gila dalam gambar. Padahal aku slim. Eh.


...with cousins yang semuanya gila


 
Gambar ni aku nak korang jadikan pedoman di masa depan ye.
Moralnya adelah, kalau kau gemuk, janganlah berposing sebelah orang kurus.
Hasilnya memang saling tak tumpah macam dugong tua.
This is wife kepada cousin aku (belah Pak Aji) yang juga reader blog ni. Kesian kau kan dik, rajin baca-baca blog aku sekali terkawen dengan cousin aku.

Menyesal tak ada akak sedara macam ni?


Yang buat coklat tu adelah budak laki belah kiri ni.
Belah kanan tu laki aku.
Laki aku ni kau nak suruh buat coklat memang tak la.
Gorengkan kepok lekor boleh kot.




Finally I met RAYHAN (anak Sabrina)
Sopan je anak dia.
Diam je.
Macam tau je ni majlis orang.
Good boy!




Adik Mak Aji dan bakal menantunya.

Ohhh, aku nk kena prepare macam-macam dah ni.
Next year ada 2 wedding kat Singapore.
Marilah mengumpul duit sebanyak yang mungkin kerana adelah tidak best pergi negara orang kalau tak bershopping.


Malam ni pergi wedding, esoknya hambat pengantin bawak kitorang gi Universal Studios.


Amacam pengantin?
Boleh ke?


Hoiiii pengantin, dengar takkkkkkkkkkkkkkkkk???




Pengantin sampai.

Tapi masa ni aku tengah sibuk seeblah abang DeeJay nak pastikan dia baca teks aku dengan betul.
Gigih aku tulis pantun bagai.



Keluarga pengantin lelaki




Aku suka baju pengantin perempuan ni, very tradisional look.
Dah tak ramai yang pakai songket bunga tabur macam ni.
Selalunya pakai songket bunga penuh.
And pengantin ni pakai hiasan kepala cucuk sanggul. Very nice.
Dan lama tak nampak orang pakai cucuk sanggul, asik-asik tiara, asik-asik bunga, asik-asik veil.
Korang kalau nak kawen sok, pakai cucuk sanggul ok? Cun sangat.

Untung orang kulit cerah, boleh pakai kuning.
Aku kalau pakai kaler kuning, insyallah lebam.



Kakak Mak Aji with nenek.

Nenek aku ni dah uzur sangat.
Telinga pun dah tak berapa dengar.
Dulu aku rajin ajak dia bersembang. Now dah taknak. Bukan aku taknak bersembang, tapi aku terpaksa kuatkan suara. Dah macam kuang ajar pulak tepekik-pekik kat orang tua. So lebih baik aku diam je la.


Muka ceria seorang mak pengantin.
Dah ramai orang konfius antara Mak Aji dengan Busu Noi aku ni.
Lebih kurang je muka and saiznya.



Gaya seorang bisneswoman - tak lekang dengan iPAD
Ini dua pupu aku.



Future family member from Singapore.


Kecoh la ok budak-budak ni. Aku nak suruh susun bontot masing-masing tepi pengantin pun susah.
Cuba tengok aku.
Awal-awal lagi aku dah mengambil tempat.


Some of the cousins dari Malaysia and Singapore.
Yang kat tepi belah kanan tu anak angkat nenek aku (yang juga sepupu sepapat Mak Aji jugak).
Aku ada cerita pasal Pak Unggal aku ni dalam entry-entry yang lama.