2011-11-25

Kawen

Kesian kawan aku.
Laki dia ceraikan dia sebab kawen dengan pompuan lain.

Actually aku tak tau la if punca bercerai tu ada sebab-sebab lain selain dari ada perempuan lain. Sebab aku dengar pun cerita sebelah pihak je. Tapi melalui cerita-cerita yang selama bertahun-tahun aku dengar melalui kawan aku ni, aku lebih berat kepada menyalahkan laki dia. Puncanyakan...hmmmm alahai. Aku nak cakap pun segan. Sebab terang lagi bersuluh bangangnya.

Puncanya adelahhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Sebab bini dia tak keje.

Bila bini dia tak bekerja so takde income.
Bila bini takde income, jadi bini adelah menyusahkan. Menambahkan beban.
Padahal kawan aku tu kredit kad takde, henfon pun takde.
Plis bagitau aku tang mana yang menyusahkan tu?
Takkan setakat nak bagi bini makan pun jatuh kategori menyusahkan kot? Akai ada ka?

Tu la kan, orang nak kawen, kau pun nak kawen. Orang tau tanggungjawab, kau tak.
Pada pandangan laki tu, bini kena sama-sama keje. Kalau bini tak keje maka kau adelah beban. Padahal dia tau dah bini dia (kawan aku) tu bukannya taknak bekerja tapi benti keje tahun lepas sebab suami kena transfer tempat lain. Belum ada rezeki nak dapat keje baru lagi.

3 bulan lepas kawan aku benti keje, laki dia dah start buat perangai. Apa bini buat semua tak kena. Balik keje senyap sepi tak bercakap-cakap. Ujung-ujung baru laki dia bagitau yang dia rasa terbeban sebab bekerja sorang. Ya Allah, keciknya ati aku dengar kalau laki aku sendiri cakap macam tu. Bukan ke isteri tu dah jadi tanggungjawab kau?

Kawan aku ni kuarkan duit tabung haji nak settlekan credit card, stop guna henfon, kereta jual kat adik sendiri. Duit jual kereta yang untung RM4K tu dia bagi kat laki dia. Aku tanya apesal kau bagi laki kau? Simpan la balik dalam tabung haji.

Kawan aku cakap dia taknak laki dia ungkit-ungkit dia membebankan. So dia bagi the RM4K tu as 'bayaran' sebab dah sara dia selama dia tak bekerja ni.
Sedih kan?
Yang lagi buat aku sedih bila laki dia ambik duit tu!!!!!
Sumpah buta perut punya jantan!
Kau takde perasaan ke time ambik duit bini kau?
Helooooo. Itu isteri okkk.
Makan minum pakaian tempat tinggal semua kau kena sediakan. Kami isteri-isteri bukannya bodoh, kami tau suami cuma perlu sediakan keperluan takat yang mampu. Agak-agak kami nak lebih, kami tau sendiri la bayar. Aku tak rasa kawan aku jenis meminta-minta. Kalau betul dia jenis mengikis duit laki, dah lama dah tukar henfon dia dulu. Sebab bila aku ajak dia tukar BB supaya senang aku nak bersembang kat BBM, dia cakap 'Aku takde duit la nak beli baru. Kalau aku ada duit mesti aku yang call kau. Ni asik-asik kau yang call aku'.

Ok, aku rasa nak nangis ni.

Sampai hati laki dia buat kawan aku macam ni. Apa sangat la takat nak sara 2 mulut (kawan aku cuma ada sorang anak)? Banyak sangat ke duit kau habis takat nak bagi makan 3 beranak? Rumah pun setau aku laki dia dapat elaun RM800 sebulan. Paling tak, RM800 dah save. Kereta boleh tahan. Tapi tu kereta kau. Kau yang beli kereta tu. Bukan kereta kawan aku. Takkan disebabkan kau nak pakai kereta besar, duduk rumah besar maka kau harap bini kau sama-sama bekerja? Kalau bini kau bekerja, fine. Itu bonus. Habis, kalau dapat bini yang tak bekerja takkan itu kau jadikan alasan untuk tak boleh beli rumah besar, kereta besar, takleh shopping, takleh bercuti, bla bla bla?

Bukan lah maksudnya kau kena berusaha untuk mewahkan keluarga kau. Yang aku question-kan sekarang, kenapa mesti anggap wife tu adelah beban dan punca kau tak boleh bermewah-mewah?
Tu kan wife. Memang tanggungjawab kau. Dah cukup baguslah bini kau tak mintak gaji dia masak and kemas rumah segala. Kalau aku dapat laki macam ni, aku charge semua benda. Lipat spender kau selai 80sen. Basuh spender kau selai RM80 sen. Sidai spender selai RM1.10 (ni mahal sikit la sebab kena berjemur bawah panas).
Laki macam ni patut diajar je.

Tapiiiiiiiiiiiii kawan aku ni pulak mithali sangatttttt. Nak mithali, tapi pastu nangis-nangis ngadu kat aku. Kalau aku la, laki jenis bodoh macam ni tak patut nak mithali-mithali. Kau jerut je leher dia dengan tali baru ada akai!

Kawan aku ni punyalah sabar, sampai ke satu tahap dia tipu mak bapak dia. Dia bagi alasan tak dapat balik raya tahun ni sebab laki dia raya kedua kena keje (spesel kes la konon). Padahal kan, laki dia sialpalis. Laki dia cakap kalau nak balik rumah mak ayah dia (kawan aku) boleh, tapi bayar duit minyak ngan tol sekali. Laki macam ni layak dapat penerajang ok?

Adoi la..plis la ye jantan-jantan sekalian.
Jangan la buat bini kau ni macam hamba. Mentang-mentang kau SUAMI, maka sedap anak tekak je kau buat bini kau macam kuli batak. Ada sesetangah suami ni bukannya paham sangat pun tanggungjawab suami ni. Pada dia, aku suami, syurga bawah tapak kaki aku, kau tak ikut cakap aku, maka kau zasssssss ke neraka jahanam.
Kopi tak manis panggggggg pelempang.
Baju lupa nak gosok setepek seterika panas kat muka bini.
Jeles, simbah asid.
Eh senangnya berbini kan?

Until la kawan aku bagitau yang laki dia nak kawen lain. Kalau aku tak tergerak hati nak call dia memang sampai ke sudah aku tak tau cerita. Gamaknya dia dah terlampau memendam perasaan kot, bila aku tanya tanya tanya, terus dia cerita everything.

Yang aku rasa kelakar tahap lawak gila babi stok tepuk-tepuk lantai was bila kawan aku tanya 'Diana, betul ke kalau kita bagi laki kita kawen lain kita dapat payung emas kat syurga?'

Aku terus jawab 'Bukan takat payung nok. Kau dapat kanopi emas terus!'

Pelissssssssss lah!
Ada ke istilah 'payung emas'?
Hanya wanita yang dimadukan saje ke yang dapat payung emas?
Isteri yang suaminya tak kawen lain, how?
Oh, takde eh?
Rugi la kot isteri-isteri yang suaminya tak bernikah lagi, tak dapat apa-apa lah kita ni ye tak?

Aku ada bertanya kat someone pasal ni. Dia kata setahu dia, takde lansung istilah payung emas ni disebut kat mana-mana hadith, let alone dalam Quran. Bukan aku kata kau bagi laki kau kawen lain tu kau bodoh sebab takde ganjaran bagi isteri yang suaminya berkahwin lain. Of cos benda yang baik tu ada ganjarannya but payung emas?? Seriesly?

Then kalau betul istilah 'payung omeh' tu takde, maka apa tujuannya ia diwujudkan? Nak bagi sejuk hati bini?

This is not mempertikaikan poligami. Semua tau poligami tu dibolehkan, so kita jangan persoalkan benda yang dibolehkan ni. Yang aku nak tanya ni kalau betul bagai dikata tiada istilah payung emas, maka apa tujuan ia direka-reka? Siapa yang mereka-reka?

Kau kalau nak kawen boleh tak jangan saiko orang lain? Dah banyak dah story-mory asal sentuh bab kawen lagi je, mesti ada orang sebut pasal 'payung emas'. Antara dua ni. Kalau tak kerana 'sunah Nabi', mesti 'payung emas'. Balik-balik itu.

Padahal sebenarnya kau kawen bukan sebab sunah Nabi tu sendiri. Nabi pun kawen bukan sesaje nak kawen ramai okk. Semua perkahwinan dia ada kelebihan. Antaranya sebab nak angkat darjat Abu Bakar, sebab tu kawen ngan Aisyah. Nak naikkan darjat Umar, dia kawen dengan Hafsah. Dia kawen dengan Salamah sebab Salamah tu janda. Kawen dengan anak org Yahudi atas sebab nak berdakwah. Semua perkahwinan Nabi ada kelebihannya. Yang kau apa yang lebih? Bini je lebih!

Kamon la.
Kalau kau nak berbini lain, boleh tak benti gunakan sunnah Nabi sebagai reason? Tang berbini lagi boleh pulak kau transform jadi alim-alim. Tetiba tau sunah hadith segala. Tang bagi nafkah kat bini, kau menyetan.
Tolong ok?
Bagi la alasan yang konkrit sikit.
Semua tau poligami tu ada disebut dalam sunah. Tapi semua pun tau itu bukan alasannya pun yang menyebabkan kau nak kawen lagi.
Cakap je la kau tu nak kawen lagi sebab kau gatal.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone