walk on wings, tread in air: Raya Eve 2011 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Raya Eve 2011
2011-09-05



Selamat Hari Raya, All!

Seminggu blog aku beraya (ada orang kesah??) padahal aku bawak je laptop ni balik Tganu hari tu sebab nak buat keje katanya. Tapiiiiiiiiiiii aku gunakan laptop ni untuk layan Tahajjud Cinta kat tonton.com.my. Sebab aku dah gerak balik Tganu Jumaat malam, lepas berbuka. En Wan tak sabar sangat nak balik kampung padahal mak dia duduk ngan aku skarang ni, lagi nak glabah.

Tapi mak aku dah balik Tganu awal seminggu, dia nak settlekan banyak benda. So malam tu yang balik kitorang anak beranak je. Traffik malam tu sangat ok. Of cos la keta tak banyak, laki aku je yang kemaruk nak balik Jumaat malam tu jugak, tak menyempat nak tunggu besok. Orang lain semua balik kendian-kendian.

For the first time in my life, balik Tganu tak bertukar pilot. Co-pilot mengangkang dari Putra Heights sampai ke Tganu. And pertama kali jugak lalu hiway baru yang berabad lama nak siap tu. Cuma kena jugak keluar tol Jabor, masuk laluan kampung tu. Sampai kat Bukit Besi baru lega sket masuk hiway baru straight ke Ajil. Then masuk balik kat Bukit Payung straight sampai Telemong. Jimat la sejam macam tu. Kira ok la.

Awal jugak kitorang sampi hari tu, gerak dari PH 8.30pm, sampai KT 1am.
Tapi tunggu je la kan kot dapat surat cinta hujung bulan sebab member tekan sampai 140. Melambung-lambung tetek aku malam tu. Dah la aku tak pakai bra.

Esoknya, misi redah bandar KT sebelum KT jem dengan plat-plat nombor perantau.
Hmmmm...ingakan aku dah sampai awal dah.
Rupanya tak.
Dah bersepah plat W kat town. Jem gila KT. Aku tak paham apesal KT nak kena jem.


Plat-plat nombor perantau dah berkeliaran di sana-sini.


Ni bukan sebab traffic lite ye, ni memang jem.
Sampai dah hijau, then merah balik pun tetap kereta tak jalan-jalan gak.

Masa ni kitorang gi town sebab nak hantar cookies yang customer Tganu order.
Plan asalnya nak buat cookies untuk mak mertua aku sekali.
Memandangkan cookies customer pun ada yang aku tak dapat buatkan sebab tetiba principal aku datang from USA, so plan B digunapakai - tempah kek aje lah.


Ceria sangatlah muka aku kan kena menapak tengah-tengahari buta. Kau kalau putih takpe.

Ni masa nak gi tempah kek.


Aku nak beli Secret Recipe tapi En Wan tak kasi.
Dia kata kalau beli kek SR, jawabnya habis kat anak-anak sedara je la, tak sompek nak hidang kat tetamu. Lagipun dah lewat sangat nak tempah custom-made kek kat SR.


Lepas tunjuk kek, kita menonggeng pilih contoh kek mana yang sesuai pulak.


Boleh kan, time-time panas terik bulan-bulan puasa aku bersantai-santai kat tepi Pantai Batu Burok ni.



Actually aku melengkapkan misi.

Olay mintak aku sesekali dedahkan diri kat cahaya matahari supaya boleh tengok if ada perbezaan lepas guna Regenerist. Sebab hari tu masa soal jawab, aku ada bagitau dorang keje aku ni banyak indoor, kalau jumpa customer pun either kat lab ataupun office. Indoor jugak. The only time aku terdedah dengan matahari is bila aku bawak kereta.

Jadinya, En Wan bawak aku 'sunbathing' kejap kat tepi pantai ni. Panas pantai kan lain macam sikit kan. Kau nak sangat tengok perbezaan kan? Ha, meh sini aku berjemur kejap. Kalau kulit aku tak kembali ke bentuk asal, kau siap!!


Lepas bersantai segala tu, En Wan nak gi Masjid Putih bayar fitrah.
Aku ni pulak bangsa malas nak tengok jalan kalau bukan aku yang drive. Tetiba En Wan bagi hon gila kuat. Kejap lagi kang dia hon lagi siap bagi beam. Dah la bagi beam, siap keluarkan tangan tunjuk signal 'Apa daa??? Kau tak nampak ke keta aku ni?', camtu la lebih kurang.

Pastu baru perasan, apehal semua kereta satu arah je ni??


Kannnnnn????

Macam ko terer la siap hon hon beam beam orang, padahal???
Lepas tu baru nampak sorang-sorang pandang kereta kitorang.
Mana yang bawa kereta siap bema balik kat kitorang.
Terus aku pakai spek itam.
Nasib baik la driver orang Tganu, kalau time tu aku yang bawak??
Memang tak balik KL la jawabnya.



Tahun ni since anak-anak buah dia yang dari Bali la, JB la, KL la, semua balik beraya, so harus ada kerahan tenaga. Seb baik la anak sedara semua jenis patuh kat arahan pok sedara, layankan aje la.

Cat kat dapur tu sama umur dengan En Wan, 34 tahun tak berganti.
2 tahun lepas, En Wan settlekan cat untuk hall, tahun lepas tak balik raya, so tahun ni dia balas dendam cat dapur pulak.

Yang tak boleh blah tu, rumah mak aku ni ada lubang udara kat dapur (yang tempat bertampal kayu tu). Biasa la rumah dulu-dulu kan, takde lubang udara tak sah. Padahal tingkap keliling rumah dah pun. Since mak skarang duduk dengan kitorang so dia takut la kot ada pak panjang masuk ikut situ, jadi ditampalnya kayu.

Tapi cucu-cucu dia diketuai olah anak dia sendiri dah buat tunjukkan satu kreativiti...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
WALL OF FAME.

Boleh?


Cap tangan mereka-mereka yang terlibat dalam mengecat dapur termasuklah Rayyan yang takde sangkut-paut pun En Wan catkan tangan dia. Sian anak aku tau.

Pok Ayie tu panggilan anak-anak sedara untuk En Wan.
Kakak ngan abang panggil dia Adik (tuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!).
Orang kampung panggil dia Adik Ayie.

Takde kena-mengena lansung dengan nama Wan Mohd Ridzuan kan?

Gila.


Mak mertua aku beli kain langsir ni kat Nilai ngan kitorang semua.
Berangan-angan dia nak pakai langsir baru for raya.
Sekali kan tukang jahit dia pegi jahit semua 20meter kain tu jadi SATU KEPING langsir!

Padahal tukang jahit tu dah selalu dah jahit langsir rumah mak aku ni tapi still nak buat kelakar yang tak berapa nak jadik kan?
Malam raya baru dapat balik langsir ni sebab mak aku suruh jugak dia oter balik.
Kalau tak, memang terkangkang je la sliding door tu tak berlangsir. Dah la anak-beranak semua tido lambak kat hall tu. Berselang-seli ni laki aku, sebelah tu Redza, sebelah Redza tetiba anak sedara En Wan, pastu mak aku, tetiba aku, pastu sebelah aku ntah sape-sape ntah, tau-tau laki orang je. Dah la laki aku ni jenis malam-malam bangun carik tetek aku, risau lak aku kot teraba tetek orang.

Tetiba kan tengahri tu time nak Zohor sekali bukak spender haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa period lagiiiiiiiii!!

Stress aku.

Just gap 5 hari je then period datang balik.
Masak aku nak ganti 15 hari pasni.



Aku ni kalau period, selera memang macam jin.
Malam tu jugak aku suruh En Wan bawak aku gi beli root beer AnW kat Batu Burok.
Of cos la keluar berdua je kannnnn.
Minum-minum float.
Makan goreng-goreng.
Bercanda di pasiran pantai.

Sekali hujan.

Tapi tetap misi mencari root beer diteruskan.
Walaupun jem gila babs malam tu, denga hujan semua lagi.



Tapi yang palinggggggggggg aku tak paham, apesal everytime kalu balik Tganu, Mydin ni sentiasa sesak dengan orang? Padahal Mydin ni paling besar!
Still padat.
Kalau car park ni jangan harap la kau nak masuk-masuk terus dapat parking.
Kau kena tunggu setengah jam baru ada.
Silap-silap kau park kat the other side of the road.
Tu pun nanti ada satu lagi Mydin lagi besar nak siap kat area mana ntah, somewhere nak ke Gong Badak. Aku pun tak paham apesal orang Tganu sayang sangat dengan si Mydin ni.


Lepas pi AnW, kitorang lepak kat sini.

Bulan beli ini, tapi beli....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
INI.

Aku pun baru je kenal dengan bendalah ni.
Satey ikan.

Ntah, tak sedap. Lagi sedap kepok lekor.
Tapi En Wan melahap sampai 3 ringgit.


Rasa dia memang ada rasa ikan (habis tu nama pun satey ikan), tapi tak sedap okkkk.
Aku tak tau celah mana sedap sangat satey ni.



Tapi maybe sebab aku tak makan dengan sos dia.
En Wan kata, penyedap satey ikan ni is sos manis dia.

Hmm, takde la sedap namanya kalau gitu.
Baik kau mintak akak tu sos je.
Makan dengan curly fries, mesti sedap jugak.

Tapi aku layankan ajela.
Sebab En Wan ni kalau ko layankan feeling dia mengimbau zaman-zaman silam, mesti ujung-ujung terkantoi dengan aku.

Macam beli satey ikan ni jugak.
Dia punya dialog 'Dulu abang selalu beli ni time balik skolah. Dulu dia jual dengan basikal je. Skarang dah pakai van dah. Anak dia pun dah besar dah. Eh tapi abang rasa dia ada anak pompuan lain dulu.....' Ha, kan? Kan? Dah hampir-hampir nak terkantoi dah ngan aku tu.


Ni aktiviti malam raya.

En Wan boring tak tau nak buat apa sebab balik kampung awal sangat, pastu boring.
Alangkan dia yang balik kampung dia sendiri pun boring, apa lagi aku yang dipaksa beraya di perantauan ni kan? Lagi la boring. Ngahaha.

Terus datang plan nak buat BBQ.

Nak beli barang untuk BBQ pun hazab.
Kalau manusia yang ada kat supermarket ni la ya ampunnnnn, berlaga-laga tetek.
Sesak gila!
Sampai ada muntah atas lantai. Ntah sape la yang muntah, mabuk agaknya macam-macam bau kat dalam tu. Seb baik En Wan cepat tarik tangan aku, kalau tak aku dah melangkah ke depan dan crettttttt terpijak muntah la jawabnya.

Tetiba pastu aku pula yang mabuk.
Series pening bersesak-sesak kat supermarket tu.
Lantas En Wan bertindak sebagai hero cepat-cepat belikan aku air kat luar.
Pastu tanya aku depan-depan orang 'Di nak cup corn tak? Panas-panas lagi ni'.

Kuang hasam.

Tapi aku order jugak la.


Mandor yang diapit oleh dua tukang bakar.

Aku bertindak sebagai tukang rasa ayam dah masak ke belum je sebab aku je harapan terakhir dorang. Kalau takde penglibatan aku, konfem bubur lambuk hari tu kurang masin, ayam kurang pedas, jagung tak cukup rasa butter dan air tak manis.

Besar pengorbanan aku tu.

p/s : citer raya lain kali.

posted by aveo757 @ 12:42 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER