walk on wings, tread in air: Raya Day 1 - 2011. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Raya Day 1 - 2011.
2011-09-05



Pagi raya aku boleh bangun kul 8am. Boleh?

Sebab before tido semalam, aku tanya mak, kita nak buat apa pagi esok.
Mak aku cakap, takde apa sangat. Semua mak dah siapkan, esok tinggal nak tumis gulai nasi minyak je.

Takde apa sangat mak?







Betul takde apa sangat ni mak?







Betul ni?







Baik mak cakap betul-betul. I no hal to tolong you early in the morning. I very hardworking one!






Betul tak payah?


Baiklah.
Anakanda masuk tido dulu.
Dan aku sengaja tak on alarm sebab aku bukan semayang pun esok. Apehal aku nak bangun awallll??? Sape yang semayang, dia la bangun sendiri. Haha.


Ni kek yang aku tempah untuk pagi raya.

Tapi, mak aku ni kan suka sangat sayang makanan.
Kalau boleh dia taknak keluarkan kek tu lansung hari tu. Dia nak simpan sampai dah takde benda nak keluarkan nanti baru keluarkan kek.

Macam malam raya hari tu, aku ngan Kak Ngah heran mana mak aku simpan kuih-kuih raya ni semua. Kitorang ni nak isi balang kuih. Carik kat dapur takde, bilik takde, sampai ke dalam stor pun takde. Rupanya dia simpan kat dalam stor, dalam kotak, and kotak tu ditimpa dengan barang-barang lain. Boleh?

Masa aku ngan Kak Ngah nak susun kuih tu pun dia yang aturkan.
Kuih yang sedap-sedap jangan keluarkan dulu. Keluarkan kerepek-kerepek, kacang and kuih yang tak glemer dulu.

Adoiiiiiiiiiii la mak. Nak simpan kuih-kuih tu semua nak bagi makan sape la?

Biasa la kan, orang tua-tua.
Semua benda dia nak simpan.
Kuih pun nak simpan.
Aku pun tak paham apesal nak simpan dalam kotak.
Baik simpan dalam perut aku.

Last-last, aku ngan Kak Ngah punggah semua kotak-kotak kuih dia and sukati aku la nak letak kuih mana. Semua yang best-best aku letak. Pastu aku keluarkan kek yang aku beli ni.

Tup tup, sekejapan je kuih raya dia dalam balang semua licin!!
Serdak pun takde!

Ok, now I know kenapa mak aku nak keluarkan kuih-kuih yang tak sedap dulu.
Sebab dia amat arif yang cucu-cucu dia semua bangsa tak makan saman.


Tahun ni aku sefamily tema merah menyala kasik bako!

Laki aku ni belum keluar rumah beraya lagi tapi skirt dia dah tunggang langgang.


Asalnya nak kaler blur turquoise.
Biarla sejuk sikit pagi raya kan. Takyah la nak garang-garang sangat.
Tai masa cari baju melayu beburung-beburung 3 ekor ni, cuma saiz En Wan je ada untuk kaler blue. Saiz Redza ngan Rayyan takde.
Pastu aku ada sau lagi baju kaler hijau, so kitorang decide nak pakai hijau.
Tapi Redza pulak menghempas-hempas nak kaler merah.
Kau kalau putih cam apak kau nak pakai merah takpe nakkkkk.
Kau tu kulit dah serupa mamakotai.
Aku yang putih sikittt je dari kau pun tak gamak nak mencadangkan kaler merah. In fact En Wan tak suka aku pakai kaler merah nak nak lagi merah cili. Dia kata aku nampak lebam. Tapi bra merah takpe. Nampak hot. Eh.

Takpela, aku tengok Redza pakai merah pun macam ok.
Jadik, aku sekeluarga decide nak senja nan merah di pagi raya.

Macam cili benggala tergolek atas lantai kan? Seketul je.

Ni je la pun gamba kitorang 'sefamili'.
Redza biasa la, high time macam ni dia memang suka buat perangai.
Aku malas nak bertempik pagi-pagi raya kan, dah la aku panas pakai baju kurung ni. Kaler merah and hitam lak tu. Lagiiiiiiii la bertambah panas.

Macam mak orang beranak lapan kan muka aku?


Tahun ni memang panjang sikit la kata-kata mintak ampun dari aku untuk mak.
Maklom la dia dah duduk sekali dengan aku.
Hari-hari dia perati aku layan anak dia.
Mesti bengkak je hati orang tua tu tengok aku sound-sound anak jantan kesayangan dia hari-hari kan? Haha.
So, aku salam lama sikit la hari tu.


Tapi takleh lawan time salam En Wan.
Maklom la orang banyak dosa ngan laki memang camni la.
Belum sentuh tangan En Wan lagi hidung aku dah terkembang-kempis tahan sebak.


Iskandar (Abang) yang kat sebelah dah habis salam Kak Ngah, aku tak habis-habis lagi salam En Wan.


Sampai Intan dah start salam Kak Ngah pun aku still tak abis-abis lagi mintak pengampunan kat En Wan.


Gila banyak dosa kau kan?

Tapi kejap je.
Pastu aku dah sentap-sentap dah ngan dia.
Gila tak sentap.
Aku suruh dia tukarkan duit raya aku, dia tak tukar. Dia tukar duit raya dia je. Mentang-mentang balik kampung dia. Saje je kan nak bagi anak-anak sedara dia ngumpatkan aku. Pak sedara je bagi duit raya, mak sedara kedekut tak bagi. Kan? Saje kan?



Lepas salam-salam, makan nasik minyak semua, kitorang gerak ke rumah mak tiri En Wan (mak kepada Mek). Pekena nasi dagang pulak. Tapi aku memang takleh masuk time ni. Sebab aku melantak nasi minyak sampai 2 pinggan kat rumah mak. Trelupa lansung ada banyak lagi rumah nak pegi that day. So sepanjang hari tu beraya rumah orang aku just sengih-sengih sambil minum air je. Nak masukkan sebiji kacang dalam perut pun tak muat. Rasa nak terkeluar balik. Lagipun aku risau makan time raya ni. Dah la rumah-rumah yang aku nak beraya ni semua aku tak tau apa bentuk toilet dia. Kalau tercirit tak ke satu hal. Lagipun malu la nak berak rumah orang. Nak pulak kalau kau kena cirit kat rumah orang. Very shy okkk, orang ramai-ramai kat luar tengah makan tetiba dengar bunyik taik cirit kau dalam toilet. Ngeri.


Kat depan rumah Mek.

Rasa terkilan pulak aku tak makan nasik dagang rumah Mek hari tu.
Sampai skarang tekak aku terasa-rasa nak makan nasik dagang.
Maybe open house kali ni aku akan consider buat nasik dagang :)


Disebabkan tahun ni raya kat kampung dia, so aku kasik chan kamera ni penuh dengan gamba dia and adik-beradik dia.

Takpe. Takpeeee. Bak kata Nyonya Mansor "ini hari, hari dia. Hari aku akan menjelang nanti". Tahun depan raya Bangi kau tengok la. Akan aku posing ngan adik beradik aku sampai merekah lens kamera ni!


Rayyan belum pandai pegang duit.
Asal orang bagi sampul je, ngapppp terus masuk mulut.
Jadi apa guna baju melayu banyak poket kan?
Marilah masuk ke saku bapaknya.
Boleh la jugak lepas duit tol balik Subang nanti.


Kat salah satu rumah sedara En Wan, tak salah aku ni rumah Datuk Mokhtar, aku lupa dia ni sebagai apa kat Tganu. Rasanya orang Tganu kenal kot dia ni. Aku pun lupa dah macamana muka dia, jumpa pun 2 tahun sekali. Kalau jumpa pun aku mana borak sangat, ni set-set kalau dah jumpa anak-beranak dia lansung aku jadik tak paham apa dorang sembang.


Ayu kan aku duduk bersimpuh trsimpul-simpul macam mintak penampar kat hujung kerusi tu.

Gambaran kesantunan begini hanya berlaku 2 kali dalam setahun saje ye.
Ni pun sebab aku tak paham apa yang dorang sembangkan.
Kalau aku paham apa dorang sembang, nescaya suara aku yang paling korang dengar dulu dari pintu gate lagi. Aku kan mana reti cakap slow-slow. Suara aku memang kuat. Cakap slow-slow ni hanya untuk orang yang dah biasa mengumpat je. Haha. Opsss.


Senang hati dapat balik raya kampung dia.


Ni gamba raya tahun lepas kat Bangi.
Sengsara kan muka laki aku?

Nanti la, lagi 2 tahun balik raya kat Tganu, aku buat muka sejibik sejibon macam ni gak.

posted by aveo757 @ 3:30 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER