walk on wings, tread in air: "MAK OK JE" quite mengecewakan tapi takpelah... <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


"MAK OK JE" quite mengecewakan tapi takpelah...
2011-09-05



Siapa tengok "MAK OK JE" kat Astro Ria semalam pukul 9mlm?
Aku memang tunggu je nak tengok citer ni semalam sampai sentap-sentap laki aku sebab aku taknak gi beraya rumah kawan dia. Aku memang pantang sikit ada cerita/lagu adaptasi dari apabenda yang sangkut-paut dengan Leslie, memang aku tunggu punya.

Dari gazet dia aku dah bajet ni memang adaptasi filem All's Well End's Well (1992). Citer ni memang ada sequel, tapi yang dia adaptasi ni memang dari 1992 version sebab memang ni je yang paling best. Sequel seterusnya dah tak berapa best sebab takde Leslie. Hahahha. Ok, aku bias.

Aku dah tweet suruh semorang tengok and aku memang dah agak orang takkan faham cerita "MAK OK JER" ni. Arahan dia out gila-gila!! Kalau aku tak tengok ori version pun aku takkan faham.

So aku dah janji kat some of you untuk letak ori version kat blog.
Korang tengoklah ori punya ni, konfemmmmmmmmmmmmmmmmmm paham and suka!!!!
Wahhhh, konfiden gila.

Semalam tu, karakter-karakter adelah :

Couple 1
Jehan Miskin = Leslie Cheung
Abby Abadi = Theresa Mo (ex-gf Leslie in real life)

Couple 2
Gambit Saifullah = Stephen Chow Sing Chi
Eton Hollywood = Maggie Cheung

Couple 3
Rashidi Ishak = Raymond Wong (director All's Well End's Well)
Erra Fazira = Sandra Ng
Umie Aida = Sheila Chan


Fuhhhh *lap peluh*
Tak sangka aku still ingat lagi nama-nama dorang ni.
Jangan lepas ni aku demam HK balik sudah. Aku dah lama tinggalkan demam cina HK ni.

Honestly aku happy sebab cerita ni ada Malay version, sebab cerita ni memanggggggg best! Semua pelakon-pelakon ori version tu semua kaw-kaw punya, nak lagi si Sandra Ng tu. Dia ni memang bapakkkkk lawak. Tapi since dia nak adaptasi terus dari version asal tanpa nak ubah jalan cerita, ada scene-scene jadi tak sesuai dengan cara hidup orang Melayu.

Scene Umie Aida tetiba je pindah masuk umah Rashidi tu memang tak masuk akal la kan. Kau sape tetiba nak pindah masuk rumah laki, eh tau-tau dah nikah?? Bila masa?
But again, takkan semua dia nak tunjuk. So kita anggap je la dorang tetiba dah nikah. But, still kelam kelibut jalan cerita sampai ramai yang tak paham.
Budak-budak kat twitter dok tanya aku apesal Umie Aida selamba badak tinggal rumah Rashidi?

Another scene, part Gambit dalam misi nak beromen dengan gf dia yang tetiba Eton Hollywood tu datang buat surprise. Ni lagi cam haram. Like, memang la benda tu terjadi kat Malaysia ni but tak payah la nak tunjuk terang-terang dalam cerita. Dah la cerita tu ko tayang waktu perdana, anak aku pun tengok sekali. Puas pulak aku nak meng-explain.

Tapi takpelah, aku tetap happy sebab ada version Melayu untuk cerita ni.

Ok boleh start tengok skarang. Don't worry, yang ni ada subtittle english punya. Gerenti korang enjoy.

Ok, aku pun nak tengok balik :)




posted by aveo757 @ 12:00 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER