2011-09-13

Cucu punya pasal

Raya kali ni bila semua berkumpul kat Bangi on raya ketiga, rasa macam sempit pulak rumah Mak Aji.

Sempit tu satu hal.
Satu hal lagi rumah mak aji dah macam tongkang pecah.
Memang takde lansung rupa rumah nak sambut raya.
Surprise jugak bila tengok mak aji tak kisah lansung rumah dia tunggang-terbalik. Kalau dulu, sape baca sokabar, susunan sokabar kau terkeluar sikit dari border yang ditetapkan, kau siap. Dia punya talkin sampai esok petang.

Tahun ni, aku sampai je Bangi aku tengok rumah, eh apesal ni? Nak raya ke taknak?

Sofa and meja semua tolak ke tepi.
Tilam sebesar-besarnya terbentang kat tengah-tengah dunia.
Mainan bersepah sana-sini.

Semuanya kerana ini....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dua orang hero baru dalam family beraya bersama-sama.


Si mohawk dan si botak.

Kesian tengok Rayyan takde rambut. Macam kurang khasiat pulak.


Kitorang tak tau majalah ni Ibal baru beli semalamnya and tak sempat baca pun lagi. Rilek je anak-anak buah pedajalkan. Berkecai-kecai. Bila Ibal balik dengan slowwwww-nya dia tanya aku ngan Ima 'Ni kenapa buku aku tetiba jadi tiga empat bijik?'


Muka Rayyan baru lepas kena tengking ngan aku sebab koyakkan magazine Acu dia. Tapi anak Ima memang takde efek, serupa omak dia jugak. Dia pedulik apa kena marah pun. Tetap ceria.


Ok stop main magazine. Ambik ni, jahanamkan nenek kau punya toilteries bag.