Tapi aku dah lama notice yang muka P Ramlee dengan MGR ada iras-iras.
MGR tau?
Tak tau kalu, pegi google.
Dulu masa skolah rendah everytime Jumaat, mesti ada cerita melayu lama.
Aku kan peminat cerita-cerita klasik ni.
Apetah lagi cerita P Ramlee. Dah tengok berpuluh kali pun still nak tengok lagi. Boleh bergaduh-gaduh nak book channel TV.
Dulu rumah aku mak aji mana ada video, so takleh nak record and ulang-ulang tengok banyak kali. So, bila keluar je filem-filem lama kat TV memang kalau boleh aku nak ponteng mengaji every Jumaat.
Di samping peminat P Ramlee, aku jugak adelah peminat cerita Tamil (see the skin laaa...). Kalau Tamil tu aku suka Sivaji dengan MGR.
Everytime aku layan citer yang MGR berlakon mesti aku terbayangkan muka P Ramlee.
Sampai dulu aku takleh beza mana satu P Ramlee, mana satu MGR.
Kelmarin aku singgah Pasar Borong Selangor, aku terpandangkan gerai ni :
MGR MAJU EXNTERPRISE okkkk.
MGR!
Tapi ada terselit muka P Ramlee.
BINGO!!
Setelah 34 tahun hidup dan mendalami cerita-cerita MGR and P Ramlee, baru kelmarin lah aku rasa ada orang yang sepandangan dengan aku. Mesti tokei gerai ni pun perasan muka P Ramlee dengan MGR lebih kurang sama.
Rasa lega.
Puas.
Sangat puas hati!!
Hnsss hnsss hnsssss (nafas turun naik penuh bangga)
L-R : Sivaji Ganesan, P Ramlee, MGR