2011-09-14

Produk Halal : Suatu kajian kes di Malaysia (silakan kalau ada yang nak buat tajuk tesis)

Sorry guys, aku tak boleh reveal nama brand yang aku buat testing.
Etika namanya.

Tapi aku boleh bagitau brand yang aku guna skarang kat rumah :

1. Untuk nugget : Marina
2. Sosej : Ayamas
3. Burger : Tak simpan burger kat rumah.

Actually, JAKIM bukan tak buat keje.
Tapi sometimes, kita tak boleh perdict apa yang akan berlaku.

Kau ingat JAKIM takde keje lain ke selain nak meng-test every batch (serial code) product. Macam aku pun, contoh la ye. Aku test batch A. Kalau pek dari batch A tu aku test and confirm takde porcine source, kita consider je semua pek dari batch A halal sebab secara lojiknya, mana ada kilang nak produce food sekilo-sekilo. Mesti dia run ratus-ratus kilo sekaligus. So kita anggap kalau satu pek dari batch tu bagi negatif result, kita anggap the rest of the batch selamat dimakan. 

Melainkan kalau batch-batch seterusnya tetiba ada positif result yang tak tau mana datangnya anasir tu (protokol berubah agaknya), sebab tu kejap-kejap kau dengar produk ni halal, jap kang tak halal.

Contohnya, tahun lepas ada satu customer dari government negeri *** (nama negeri rahsia) hantar kat company aku sample ikan tilapia hitam. Diorang suspek tokei hatchery tu bagi makan ikan ternakan ni semua dengan tulang-tulang babi. Diorang bagi aku 3 ekor ikan yang dicuri dari kolam-kolam tu (Curi ye. Bukan ambik. Kau ingat tokei tu berani nak bagi ikan dia untuk di-check? Kesian okkk mamat tu kena susup-susup masuk hatchery semata-mata nak selamatkan kita semua so jangan ingat semua orang kerajaan tak buat keje).

Hasil dari testing, 2 ekor ikan takde contamination dengan porcine source.
Satu lagi ada.

Tu menunjukkan tak semua kolam dia tabur dengan fish feed dari tulang babi.
Tapi ada kemungkinan 2-3 bulan akan datang semua kolam affected.
So benda ni sebenarnya satu keje yang berulang-ulang yang kita asik kena buat macamkan takde keje lain dah, padahal banyak lagi benda lain nak kena buat.

Jadi, berdasarkan test yang company aku buat tu, baru kita reportkan yang this ikan dari hatchery ni lulus untuk dipasarkan, that hatchery ikan tak lulus untuk dipasarkan. Tapi dalam jangkamasa 2-3 bulan kita takkan tau apa yang akan berlaku. Mungkin right after sample ikan dari kolam A diuji, esok terus tokei tu bagi mkan tulang babi kat kolam tu. Mana nak tau kan? Takkan hari-hari kita nak test kot? Semua result hanya berdasarkan testing yang kita dah buat sehinggalah ada outbreak news yang mengatakan ada laporan dari orang awam tentang this and that hatchery. Masa tu baru kita buat test balik semula.

That's why aku cakap, korang jangan pikir sangat.
Kita percaya je la dengan logi Halal yang JAKIM dah keluarkan.
Kita hormati keputusan dia.
Setiap findings yang private lab hantar pada JAKIM, akan diuji semula oleh JAKIM.
Mungkin masa company aku test tu hanya that batch of sosej saje yang ter-contaminate dengan porcine. Mungkin setelah JAKIM buat soal-siasat, batch seterusnya dah takde. That's why logo JAKIM masih ada pada that brand.

Aku harap semua faham and lega dan boleh lah terus menggoreng sosej.


Sila..sila..jemput makan.