2011-09-10

Akhirnya terserlah jugak..

Dulu aku ada buat entry about this one universiti yang buat SOP merepek untuk dapatkan payment. Masa supplier bising-bising pasal SOP diorang, diorang takleh terima. Masing-masing tolak-menolak taknak mengaku salah sendiri. Aku tolak kau, kau tolak dia, dia tolak aku, bla bla bla...

Tau-tau je hari tu aku received email dari one of the staff kat universiti tu. Notification email untuk collect completed document. Document tu nanti supplier kena submit sendiri ke bahagian kewangan. Yang best tu, email tu bukan untuk company aku sorang tapi di-cc-kan to a few companies lain. Ada la dalam 30 buah company dia list dalam email tu.

Aku datang collect only after 2 days.

Masa aku ambik document tu, this lady gigih mencari document aku dalam satu folder besar. Dia selak selai-selai. Sementara dia tengh selak tu, aku tanya 'Ramai ke lagi yang belum collect?'

'Ramai sangat. Tu yang saya hantar email tu'.

Yes, riteeeeeeeeeeeeeeeeee!

Tak lojik lansung 30 buah company tak datang collect document.
Dari senarai company-company yang dia list dalam email tu, tu semua nama big player.
Aku kalau pegi universiti tu memang akan bump into sales yang sama all the time.
Lojik ke, sales tu selalu datang tempat kau tapi tak drop by untuk ambik document???

Gila tak lojik.

Nampak sangat selama ni kau yang lombab buat keje.
Agaknya bila supplier dah memekak, baru kau glabah siapkan semua and email semua supplier untuk datang collect.

Itu satu.

Satu lagi kan, punya lah lama document tu aku dah submit, tapi bila aku ambik that day, salah satu document aku tu takde Purchase Order.

Dia tanya aku 'Eh, invoice yang ni awak tak lampirkan sekali dengan Purchase Order salinan asal, macamana kita nak bayar?'

Aku reply 'La, baru tau ke invoice ni memang takde Purchase Order original copy? Sebab tu la saya lampirkan dengan Purchase Order fax copy sebab sampai skarang saya tak terima-terima lagi original Purchase Order. Saya invoice ni pun sebab customer bagi green lite untuk guna fax copy'.

Nampak tak?
Kat situ je dah boleh nampak betapa dia 'buat' keje.
Selama document kitorang tu dekepamkan, apa yang dia buat pun aku tak tau.
Ye ye je hantar email suruh aku datang collect tapi bila aku datang kau baru nak notice document aku takde originak Purchase Order.

Pastu gelabah call sana-sini tanya mana aku boleh dapatkan Purchase Order.

Last-last aku kena turun tingkat bawah untuk collect Purchase Order pastu ambik balik document aku kat dia, then baru aku submit ke kewangan.

Sampai kat kewangan aku ingatkan kena la interview ke apa kan.
Nan ado!!

Aku just cakap aku nak submit invoice, then kerani tu cop RECEIVED.

Done.

Dah?
Tu je?

'Ye, dalam masa 14 hari awak akan terima cek bayaran'.

Kejap je rupanya nak submit invoice ke kewangan.
Habis yang selama ni sampai 90-120 hari baru dapat payment tu, barua mana yang tak buat keje?

Dari awal-awal lagi aku dah cakap payment lambat ni bukan salah supplier, so takyah la buat SOP pelik-pelik menyusahkan orang. Yang lembab buat keje ni sememangnya kau, bukan orang lain. So takyah la potray diri kau busy.
Busy facebooking?
Busy chatting?

Ok tu satu hal.

Satu hal lagi pasal pinjaman pelajaran.
Ni lagi satu menensyenkan jiwa aku.

Week before raya tu hari mak aji call cakap dapat surat dari pihak pinjaman pelajaran cakap nama aku akan di-blacklist sebab tak bayar balik pinjaman.

Wohoooooooo. Meloncat kejap aku.

Terus aku call En Wan tanya dia masukkan tak bayaran tetiap bulan.
En Wan kata memang masuk.

Taik la.

Aku terus call pihak pinjaman.
Aku mintak dia check record bayaran aku.

She : Ohh, cik Diana memang bayar tapi tak cukup tiap-tiap bulan.

Aku : Tak cukup? Kenapa tak cukup?


She : Amount yang cik Diana bayar tu masih amount dulu. Lepas certain peringkat Cik Diana kena bayar amount yang lain pulak.


Ok tang ni memang aku tak tau menahu sebab ni baru first time aku bayar balik pinjaman. Masa first degree dulu scholar. So aku tanya balik apesal pihak dia tak bagitau?

She : Oh, kita memang ada hantar jadual pembayaran yang baru tapi return to sender.

Sooooo??????
Kalau dah tau return to sender, kes tu habis kat situ je la?
Tau-tau aku dapat surat blacklist.
Bagus kan kau?

Aku : Boleh saya tau alamat mana you hantar?

She : Alamat C-7-5.....USJ.....


Dey!
Itu alamat 10 tahun lepas.
Aku dah pindah 3 kali okkkk.

Aku : Eh, saya dah pindah.

She : Oh ye ke? Kenapa tak bagitau kita alamat baru?


Aku : La, kan dekat borang bayaran balik pinjaman tu sentiasa suruh kita tuliskan alamat terkini? Takkan you all tak nampak alamat saya dah berubah?

She : Protokol kita (yeah rite. Protokol), peminjam kena tulis surat kalau dah pindah alamat.


Aku : Oh pulak?! You all takde ikhtiar nak try carik kitorang yang meminjam ni ke? Setau saya contact details penjamin semua ada pada you. Tak try tanya from penjamin? Kalau penjamin pun tetiba pindah, macamana? You tak usaha carik saya, alamat yang saya tulis kat borang bayaran balik pun tak dikira, tau-tau penjamin dapat surat yang saya kena blacklist je la ye?

She : Tak Cik Diana. Sekarang ni kami faham. Cik Diana bukan tak bayar lansung, cuma bayaran tu tak cukup tetiap bulan.



Cakap macam &*^*548^5$7!!!!!!

Kau faham yang aku sebenarnya bukan tak bayar lansung tapi still kau blacklist-kan?

Aku bukan marah kau blacklist aku kalau betul aku tak bayar.
Ni masalahnya aku bayar.
Cuma aku tak tau kau ada hantar jadual pembayaran yang baru sebab aku tak dapat surat.
Dan kau pun takde ikhtiar lansung nak carik alamat baru aku.
Yang aku heran tu, tiap kali nak bayar pinjaman kena tulis alamat terkini kat borang tapi kau tak update database pun.
Yang kau tau- BLACKLIST!!
Kat situ je la pun nampak kau buat keje. Lain tak.

FAKAP.