Tengahari tadi telah berlaku satu aktiviti pemontengan sewaktu bertugas - aku, Cheq and Rozie.
Punya la nak bergossip, semalam aku tido pukul 4am sebab nak siapkan keje-keje so that today aku tak payah masuk ofis.
Actually aku dah boring terperap mengadap keje macam dah takde benda lain.
So, Rabu lepas aku set dengan dua orang ni untuk bertenet di KLCC. Lagipun ni la peluang aku nak masuk balik KLCC selama hampir errr...6?? 7?? tahun tak jejak.
Aku tak nampak kenapa aku harus bersesak-sesak kat KLCC sedangkan ada Sunway Piramid, Subang Piramid, AEON Bukit Tinggi kat sini. Tapi sebab aku nak Cheq tak boleh bagi alasan untuk tidak melepak hari ni, makaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku sanggup redah KLCC walaupun aku tak sure aku boleh sampai dengan selamat. Aku kan mana-mana pegi mesti kena sesat dulu walaupun jalan tu aku dah lalu empatblas kali dengan En Wan. Kalau dah nama aku kena bawak sendiri, mesti akan sesat punya.
Jadi tadi buat kesekian kalinya aku mengambil konsep redah dan yakin untuk ke KLCC. Sesiapa yang nak mengamalkan konsep yang sama, silakan. Tak perlu GPS ni segala. Yang penting henfon mesti boleh buat call ok. Kang sesat payah lak orang nak carik kau bawak balik.
Tapi KLCC pulak buat suwey.
Ntah apa kena banyak nau exit and entrance yang dia tutup.
Menapak aku nak masuk entrance ISetan.
Tak vogue okkk dah bersiap sejam kat rumah kaw-kaw sekali kena menapak.
Tekak aku ngan Rozie nak makan western.
Si Cheq boleh pulak ajak kitorang makan nasik padang.
Aku datang jauh-jauh redah jem segala semata-mata nak makan nasikkkkk????
Baik aku makan siap-siap nasi sejuk kat rumah hokeyyyyy.
Tapi Chillis beratur punya laaaaaaaaaaaaaaaaa bapak panjang.
Sian anak dara Rozie kelaparan.
Aku pun lapar gak sebenarnya tapi kontrol la.
Masa makan ni tadi kemain laju lagi aku. Lepas sekeping, sekeping masuk anak tekak. Pastu balik rumah cari penimbang. Sesal.
Tapi malam tadi supper aku pekena roti naan double cheese. Balik rumah ye ye je buat sit ups terus.
Tak payah laaaaaaaa Diana. Kau memang spesis melayu mudah lupa.
Tajuk makanan dah lupa. Tapi seingat aku la, aku belum pernah order makanan lain selain yang ni everytime masuk Chillis. Macam style-style orang jakun kan? Balik-balik itu, balik itu. Pastu claim selalu masuk Chillis. Eh, aku mengumpat sape ni?
Tokey henbeg punya..... yang dibelasah sama oleh aku and Rozie. Pun begitu, tetap dia tak boleh habiskan.
Aku rasa kitorang semua tak dapat habiskan makanan sebab masing-masing kenyang bergossip.
Ok, next time kita bincangkan tentang orang lain pulak. Sila pikirkan nama saper pulak bakal naik dalam meeting akan datang, ok?
Dengan tokey beg kena snap lelebih sikit