2011-06-13

Get-a-way (laaa) yang cepat dan dekat



Last week kan, aku boring-boring lantas gatal-gatal pi search hotel-hotel dalam Malaysia. Maklom la tahun ni dah ada anak kecik. At least biar Rayyan cecah umur 3 tahun dulu baru aku berani nak bawak masuk plane. Alangkan takat pi Bali yang 3 jam tu pun, bawak Redza yang masa tu umur dah 3 tahun, sikit punya hazab aku nak menjaga kat atas tu. Dah la denagn bakul susu and pampers dia je dah sebeban, belum lagi nak monitor perangai dia yang melompat dari satu kerusi ke kerusi yang lain. Belum lagi aku nak kontrol aku punya jakun atas flight lagi.

Oh nooooooooooooooo. Tidak akan aku ulangi situasi-situasi sebegitu.

Bila Redza cuti sekolah 2 minggu ni aku pulak yang rasa macam kesian gila anak aku dok rumah cuti-cuti ni. Minggu pertama tu dia still ada kelas agama, so tak boleh pi mana-mana. Minggu kedua, masing-masing dah ternganga tak tau nak buat apa kat rumah.

Nak bercuti.
Tapi taknak jauh-jauh sebab kesian Rayyan dalam kereta lama-lama.

Feringgi...consider jauh jugak la kalau bawak budak kecik.
Cameron...sorry aku takkan panjat lagi.
Genting...boringgggg.
Pangkor...baru je pergi tahun lepas.
Bukit Tinggi...tak sesuai untuk Redza yang suka bepencak dalam kolam.

Sumpah tak tau nak pegi mana.
Macam mati kutu je takde tempat best-best yang aku boleh sampai dalam masa sejam.
En Wan dah plan nak buat camp kat laman rumah je. Nak bagi anak dia rasa feeling-feeling camping.

Dah toksah!
Menyusahkan aku je nanti nak kena kemas segala periuk kuali yang ko angkut bawak keluar.

Last resort - Port Dickson!

Memang tak teringat lansung PD ada Water Homes Legend.
Last aku pegi PD masa Redza umur 6 bulan, exactly sama dengan umur Rayyan now.
Gila lama tak jejak PD.

Tapi tu la kan, aku pi sana last week, dah la cuti skolah. Weekend lak tu. Gila super peak. Terus charge dia super jugak lah.

Tadi aku tengok the same room yang aku duduk last week, rate dia now just RM550++. Aku pegi last week RM892++!!!
Bangkai kan?


Kitorang duduk Premium Pool Villa sebab ada 4 adults.
Yang pelik kan, room for 4 adults, tapi free breakfast tetap untuk 2 orang je.

Ok la room dia sebab ada private pool.
Aku kan before pergi tu dah bajet-bajet ada private pool ni senang la aku berendam pakai 2 piece, sekaliiiiiiiiiiiiiii period.
Jadik tukang hulur towel je sampai ke sudah.

Redza sampai-sampai je bilik, depan pintu tu lagi dia dah tanggalkan seluar. Punya la gelupur macam tak penah jumpa kolam.


Sinki yang besar. Bagus. Sesuai untuk mandikan anak aku dalam ni sok pagi.


Pantry.

Kebetulan pagi tu kitorang breakfast lontong kat rumah. (Jawa la katakan, pagi-pagi sarapan lontong okkkk).

Mak mertua aku sibuk suruh bawak lontong ni sekali. Semuanya sebab anak laki dia pi kelentong, "Kita nak pi holiday tengah-tengah laut ni, takde makanan". Orang tua tu bungkus la segala apa yang dapat. Kalau kau tengok luggage aku memang gila darat. Dengan lontong, dengan air mineral, dengan kacang, dengan tempe goreng (dinner semalam punya). Aku pegi Hong Kong pun tak tapau macam ni.

Memang kuang asam anak dia. Suka mengenakan mak sendiri.


Bapak dia yang lebih kan?

Aku ingatkan dia benti tepi jalan belikan pelampung Rayyan je. Rupanya beli buih sekali. Dia satu, Redza satu. Aku tengok pun macam...err....




Masa ni petang, so air belum pasang lagi. Still nampak pasir. Rilek je masing-masing melintas kaca ni siap pijak-pijak lagi. Siap solat atas kaca ni lagi, konon time-time bezikir tu boleh sambil-sambil tengok pasir laut.

Maghrib tu air pasang, and the ombak tu quite kuat jugak sebab hujan. Ha, kauuuu. Dan-dan masing-masing bentang sejadah tempat lain.




Rayyan's first vacation - 6 months old.


Redza's first vacation - 7 months old at Awana Kijal

Masa ni memang En Wan, dua-dua anak dia, bibik, dengan mak mertua aku sekali terjun dalam kolam.
Aku memang takde la nak join mandi junub beramai-ramai ni kan. Kang contaminate lak pool tu. En Wan beria-ia suruh join 'Ala Di, dah 3 hari awak period. Takde hal nya nak mandi kolam'.

Ha'ah kan?
Macam kau pernah period.

So, aku just lepak baca buku atas katil.
Tteiba aku tetido.
Sedar-sedar je aku tengok semua berselubung bawah selimut. Ntah bila masa diorang naik aku tak sedar.

Kiranya petang tu aku habiskan dengan membuta je la.

Malam tu kuar gi seafood kat area PD beach.
Gila best restoran tu, aku lupa apa nama.
The tomyam kawwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww!!!!!
Sotong goreng tepung dia memang best. Takde la macam kebanyakkan kedai yang serve tepung goreng sotong instead of sotong goreng tepung.
Ikan pun kebetulan baru naik. So memang juicy la.


The next morning....siap-siap nak pegi breakfast. Masa ni aku nyaris-nyarissssssssssssssss tarik towel En Wan. Seriesly aku terlupa ada mak and bibik sekali.

Aku ngan En Wan memang ada tebiat suka tanggalkan masing-masing punya towel. Selalunya aku dah bersedia pakai panties siap-siap so kalau dia tarik tu aku tak fully naked kira dia kalah la.

*game bodoh*

En Wan pulak memang jarang pakai spender siap-siap walaupun dia dah pakai baju siap bersikat rambut macam kat atas ni. Tu yang aku kejap-kejap kena tanya pakai spender ke tak. Padahal dia ambik seluar dalam almari kan, apa la salahnya kau capai spender sekali. Ini takkkkk. Nak jugak aku tanya baru ingat nak pakai.

Pagi tu memang dia belum sarung spender lagi, aku dah merangkat slow-slow belakang dia konon nak tarik la ni. Seb baik mak mertua aku sound dari belakang 'Diana cari amende?'.

Fuhhhhhh!

Selamatttttttt.
Boleh aku terlupa dalam bilik tu ada mak sekali.

Kalau tak, mesti mak mertua aku tobat nasuha nak ikut kitorang gi holiday lagi.

Tambah 2 lagi breakfast coupon untuk mak and bibik.

Ok la, rate dia RM40/person. Dengan selection of food dia gila banyak, memang berbaloi la dengan rate dia. Tapiiiiiiiiiiiiiii banyak mana sangat mak mertua aku makan. Kitorang tak bagitau pun berapa harga breakfast tu. Cakap FREE. Kang kalau dibagitau, mau orang tua ni taknak makan lansung.

Tapi En Wan ngan aku bukan jenis duduk berejam-jam semata-mata nak makan. So, kira rugi jugak la RM40 makan takat nasi goreng, mihun, karipap, buah, waffle...


Hari tu ada yang tanya kenapa aku beli beg semua Tote je.


Sebabnya ini ye.

Senang aku nak sumbatkan segala mak nenek barang. Space aku kecik je kat tepi tu. Letak purse je. Yang banyaknya bekas susu, botol susu sampai dua. Kadang-kadang 3 campur botol Redza sekali, pampers, babywipes, mini thermos, etc)

Tu belum bapak dia mintak tumpangkan spek mata la, kunci keta, kamera.....sudahnya aku ni tukang bawak barang orang je.


Aku punya. First round.


Kids siap dapat belon lagi. Pastu dia tayangkan katun. Tenang sikit aku nak makan.


Dasyat kan baju yang aku pakai ni. Macam mengandung lapan bulan. Ok yang ni sok-sok ada masa aku cerita pasal baju and my new look (the proses of and aftermath...ha, kauuuu).


Ok yang ni senario biasa. Cuma aku dah bertudung. Aktiviti camhoring masih berjalan seperti biasa. Tiada perubahan.

Yang ni aktiviti lepas makan. Mana yang terlibat boleh la terjun balik dalam kolam. Yang masih terluka tu boleh la duduk diam-diam kutip baju kotor saje.


Morning, air pasang.


Humpty dumpty mandi.