Ada anonymous komen pasal bekas Naib Chanselor UMT menang tuntutan kes Yun Nam.
Yang aku cakap jiran sepelaung Mak Aji tu, husband and wife tu, yang ni la.
Err....jangan tanya kenapa dia keje kat Tganu, rumah kat Bangi ye.
Perlu diingat, dia orang kaya, so apa kisah rumah kat London tapi keje kat Senggarang sekalipun.
Yang aku heran kenapa si Yun Nam ni wujud lagi walaupun dah bersepah orang komplen and naik turun tribunal pengguna?
Ke sebab masih ada orang yang dapat positive results so that kerajaan takleh buat apa about it sebab dia bukan tipu 100%, cuma 99.5% aje.
Ok kes Yun Nam ni satu hal.
Lagi satu kan, beberapa minggu lepas, aku kena tipu dengan satu company Pest Control. Ada 2-3 buah rumah lagi kawasan ni yang terkena. Actually aku pun tak tau kat mana silapnya. Aku kena pukau ke apa ke.
Dia cenggini.
Kebetulan aku ada rumah masa tu, weekdays.
Tengahari around 3pm macam tu, ada orang tekan bell rumah aku.
Bibik naik atas panggil aku sebab dia kata ada orang nak jumpa.
Tengok-tengok ada this one guy pakai baju kemeja putih tapi the kemeja lebih kurang macam kemeja yang ada poket kiri kanan. Camne eh aku nak explain. Lebih kurang macam baju orang Kementerian Kesihatan.
Style dia kan, the moment dia nampak aku kat grill je, dia terus cakap 'Puan tuan rumah ke?'.
Bila aku cakap 'Ye', dia terus sambung 'Kita nak fogging ye, tolong sign sini'.
Masa tu memang dah berbunyi-bunyi mesin fogging tu.
Aku pun satu hal bangang, terus je pi kat pintu pagar and ambik buku apa ntah yang dia suruh sign tu.
'Charge RM120 ye, kita akan sembur 4 kali. Ni Puan tengok kat kertas ni, ada schedule fogging'.
Kat kertas tu takde tulis apa-apa melainkan macam time table fogging, pastu jenis-jenis fogging which kat situ dia dah tick siap-siap 'AEDES'. Pastu ada apa ntah lagi aku tak ingat.
Ok now, aku tak tau la orang lain.
Sebab aku ni jenis menggelupur kalau sampai bab-bab yang melibatkan pihak berkuasa ni. Kecuali kalau kena tahan ngan polis speed trap, memang ada je alasan aku nak lepaskan diri.
Kalau ko la, dalam keadaan mesin fogging tu dah berbunyi-bunyi macam dekatttttttttt sangat ngan rumah kau, pastu ada 3-4 orang jalan-jalan kat depan rumah kau macam cemas sangat lagaknya, pastu si tukang minta sign ni takde mukadimah apa terus 'Kita nak fogging ye, akak sign sini, tutup pintu dan tingkap'.
Kalau kau???
Kalau aku konfem la gabra.
Pastu tengok dorang macam berjalan cepat-cepat nak ke rumah lain. Macam kes bahaya dah ni. Kita kena bertindak segera! Mesin fogging tu pula macam dah tak sabar nak sembur kat aku.
Time ni aku tak terfikir lansung nak check or tanya dia dari mana. And tak teringat lansung kalau fogging ni selalunya FREE.
Aku bayar RM120 kat mamat cilaka ni.
Bila dah start fogging baru la dia bagi resit pembayaran ada tulis nama company (aku lupa apa) tapi kat Pandan Indah. Something like Syarikat Pundek Mak Kau Pest Control Sdn Bhd.
PEST CONTROL COMPANY!
Bukan dari Kemeterian Kesihatan.
Tapi lagak macam orang Kementerian Kesihatan.
Bila aku call the ofis of cos laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sampai sudah tak berangkat.
Babi kan?
And kau ingat dia nak datang buat fogging untuk kali kedua, ketiga bagai?
Nan ado.
Aku tak paham kenapa ada orang berbisnes dengan cara macam ni.
Mengambil kesempatan and menipu.
Malas la nak cerita pasal hukum makan rezeki menipu ni kan. Bukan level aku nak nasihatkan orang. Maki orang boleh.
Kot ye pun kau jenis tak kisah makan hasil menipu, takkan la takde rasa sikit pun dalam hati perut kesian kat orang yang kau tipu?
Apa payah sangat ke nak cari duit bagi makan anak bini kau yang sampai kena menipu untuk hidup?
Boleh eh orang-orang macam ni selamba suap nasik kat mulut hasil menganiaya orang?
Or mungkin diorang fikir camni 'I just do my part. You la yang bodoh tak do your part. You should use your brain wisely. You can always reject my offer. Hahahahahha'