2011-05-06

Celebration yang ...... boleh laa



4 May 2011 (Rabu) genap 10 years aku ngan En Wan kawen.

Apekah perasaan Puan Diana?

Takde rasa apa-apa.
Sebab too bad, lately aku busy dengan keje, dengan project, dengan pindah ofis, bla bla bla. Hari tu pulak aku demam. Memang pakej lengkap untuk tak celebrate.

Cuma yang lainnya tahun ni, selalunya bulan May waktu-wantu cenggini kitorang dah ada kat obersea. Sebenarnya nak bercuti je, tapi everytime bercuti tu mesti jatuh bulan May, so macam celebrate wedding ann jugak la kiranya. Padahal tak pun sebenarnya. Since tahun ni aku ada Rayyan, so semua plan nak melancong kensel. Tunggulah Rayyan cecah 3 tahun sok insyallah, baru naik kapal terbang semula. Lagipun tahun ni Redza dah skolah, tak macam dulu. Dulu selamba je ponteng. Skarang nak bercuti lama sikit dah payah, nak kena tunggu cuti sekolah.

Memang dari awal kawen dulu pun seingat aku la, takde de kitorang celebrate wedding ann, takat makan-makan ada la. 2 tahun pertama kawen memang takde kemana-mana untuk celebrate except makan-makan. Sebab 2 tahun pertama sangat la crucial. Dengan aku blaja, pastu baru start keje, kecoh kumpul duit nak beli rumah semua. Tahun ketiga Redza lahir lagi la takleh nak berjalan jauh-jauh. Orang lain boleh je bawak anak umur 2 bulan naik katebang. Aku sorry. Memang bukan aku la nak naik katebang mengangkut segala baby carrier, stoller, bakul susu, bla bla bla. Aku memang jenis pemalas dan tak kuasa.

Redza umur 3 tahun baru la berjalan jauh. Jadi, Rayyan bakal terima nasib yang sama.

Rabu lepas, tengah-tengah discuss ngan customer kat Bangi, En Wan sms 'Jom lunch'.
Celebrate kat Mohd Chan Abdullah. Boleh?
Boleh laa...
Hari tu kan aku membebel-bebel dimsum kat Lesung Batu tak best, so dia bawak pi Mohd Chan kat Shah Alam. Lupa seksyen berapa. Tapi dekat ngan area roundabout Goodyear.

Kebetulan hari tu ada MAIS ke, Pusat Zakat ke apa ntah tengah buat farewell party.
Jadi???

Jadi nampak la aku yang paling jahil kat situ kan.
Orang lain semua bertudung litup. Bukan main-main punya tutup ni, ni yang set pakai tudung labuh.
Thank God, hari tu aku pi USIM, so aku pakai baju kurung.
Kalau takkkkkkkkkk?
Mesti tukar plan, celebrate kat mamak sebelah.


Shark fins soup.

Dah jadi all time feveret semenjak kenal Leslie 21 tahun yang lalu. Konon nak berjinak-jinak blaja makanan Cina, kot la sok kawen ngan cina kan.

Nan adooo.


BBQ chicken.

Errr....bukan selera tekak aku. Sebab the word BBQ itself dah aku bayangkan ayam tu mesti jenis bakar sampai garing ada hangus-hangus sikit ala-ala satey. And the sos mestilah pedas, walaupun aku tak makan pedas. Sekali yang datang, sos manis. And the chicken tak berapa garing sangat. Aku ambik satu je, tu pun tak habis.


Kangkung goreng belacan.

Pun so and so. Terlampau banyak belacan aku rasa sampai bau jadi tengik and pahit sikit. Or, maybe ni style masakan cina kot.


Butter prawns.

Yang berserabut-serabut tu adelah telur ye. Memula aku pun ketepikan, ingat sampah halia ke apa. Sekali try, laaaa, telur rupanya. Terus aku habiskan.


Macam syahdu je dia ni makan. Ala-ala anak dara tak lalu makan kena kawen paksa.


Nak kata mahal makan sini, hmmm...tak tau nak kata. Maybe portion dia bagi tu quite banyak jugak la. Untuk semua makanan ni, air dua = RM70.00.

Ok la kot.

Cuma aku tak rasa aku nak pegi kali kedua sebab keadaan kedai tu tak berapa selesa. Maybe cawangan lain ok kot.

Or maybe the group yang buat farewell party tu kejap-kejap bagi ucapan. Ucapan dia pun sangatlah berbentuk nasihat. Walaupun dia tak tujukan direct pada aku, tapi sape makan cili memang konfem rasa pedas la kan. Tersedak-sedak aku makan.


Pagi-pagi lagi Mak Aji dah call cakap nak datang rumah tapi petang-petang sikit sebab tunggu Ibal balik keje. Aku takde la pikir apa-apa, lagipun aku demam lagi la malas nak pikir and bertanya lebih-lebih. Dah nak petang tu aku sms Mak Aji cakap nak makan malam rumah aku ke tak, so that aku masak lebih. But dia kata takyah, goreng kepo lekor je sudah sebab nak balik before Maghrib. Oh, ini sudah bagusssssssss.

Ye sangat lah petang.
Dah nk maghrib baru sampai.
Ni semua bajet nak suruh aku solat jemaah sekali la ni. Tau sangat.
Seb baik Rabu. Kalau Khamis, sah-sah Pak Aji suruh aku lead baca Yassin.

Sardine puff.

Buatan Mak Aji. Memang hot item ni. Tak payah tunggu nak simpan untuk breakfast esok. Jam tu jugak licin.


Puding santan gula melaka.

Pun Mak Aji buat gak. Ini memang aku kunyah macam makan nasi. Pun sekejapan selesaiiiiii.


Ni pun Mak Aji buat. Ni masih ada lagi sikit. Sebab Mak Aji tau aku suka, so dia buat 2 set.


Aku : Redza, makan pizza ni. Best. Nenek buat.

Redza : Taknak. Ni pizza tak betul. Redza nak yang betul punya.

Kuang hasam punya anak.
Yang si nenek pulak 'Ala, takpela. Nanti nenek belikan Ija pizza yang betul ok?'

Tu dia si nenek melayan cucu.
Cuba kalau aku yang cakap macam tu dulu.

Kau nak yang betul kan?? Ha, hambik nih!!
Panggggggggggg dia libas aku dengan tray pizza tu.


Ok, yang ni sah-sah bukan Mak Aji buat. Tapi guna duit Mak Aji. KFC.


Tetiba macam best pulak wedding ann aku semua datang celebrate sama.
Tapi yang tak best sebab lepas tu aku kena kemas!

Habis kau nak apa lagi kan.
Makan dah dibagi.
Kemas pun nak orang buatkan ke.
Lemak sangat la kan.

Tapi Tuhan untuk Maha Mengasihani.
Aku demam.
Orang demam kena berehat dengan secukupnya. Kalau perlu, tido lagi baik.
Jadi??

Bibik, tolong kemaskan eh.



Acu yang tak abis-abis mempertikaikan kenapa Rayyan boleh jadi putih.
Dah bapaknya putih, of cos la dia dapat tempias putih.
Bapak kau hitam. Of cos la kau hitam!
Wakakakkakakaka.

Siang-siang En Wan dah ambik tempat. Walaupun makanan lain dah ada, aku tetap goreng kepok lekor. Takkan la sampai tuan rumah tak hidang apa-apa kan. Tapi tu la, kepok lekor jugak yang habis dulu.

Disebabkan aku demam, jadi keje-keje menghidang ni semua Mak Aji yang buat. Aku buat keje ambik gamba je.


Perbezaan warna kulit yang nyata...

Kesian adik aku. Orang kalau tak penah ada adik, memang cenggini la perangai. Disebabkan aku taknak Redza menerima nasib yang sama tu pasalla aku ngan En Wan sanggup berhempas pulas bermandi peluh untuk dapatkan sorang lagi.


Pukul 9.30pm, Mak Aji balik tapi yang best tu bila aku tanya apesal nak balik cepat sangat?

Mak Aji reply 'Eh, tak boleh la nak stay lama-lama. Esok Ibal keje'.

Yeah rite! Macam la balik awal si Ibal tu tido awal kan?

Haishh, Mak Aji ni rupanya masih belum boleh menerima kenyataan anak dia dah tahap bole jadi laki orang. Nasib la sape dapat Ibal sok.


Aku rasa klorga aku ni memang jenis bising, tahap-tahap suara petir, nak lagi si Redza. N video aku snap suasana kejadian malam tu, takde apa pun.