2011-05-03

I feel like home when I smell tempe

*gambar-gambar di sini adelah Green Apple sebelum berhijab*


Ahad lepas gi kenduri kawen kawan En Wan kat Ijok.

Ijok.

Kat mana kah Ijok??

Entah.

Masing-masing tak tau tapi nak pegi gak.
Jadi jawabnya, redah.

Kuar dari rumah kul 11am.
Sampai tepat kenduri 2.15pm.
Boleh muntah belahak aku dalam kereta. Leper bontot aku dua jam terperuk dalam kereta.

Kitorang lalu kot Klang, tak nampak lansung signboard Ijok. Tau-tau dah masuk town Kuala Selangor.
Aku ni dah mendidih dalam kereta.
En Wan ni da tak nampak signboard tu berenti la hendaknya tanya orang. Ni tak.
Sanggup dia tadah telinga dia dengar aku membebel dalam kereta.

Last-last masuk kawasan estet and tanya orang kampung.
Kul 2.15pm baru la jumpa kenduri.
Berjalan 2 jam, makannya 20 minit je.

Sampai-sampai je khemah, tengah senduk lauk, ada orang pegang bahu aku 'Macam kenal je..'.

Aku memang tahap blur.
Sumpah tak kenal orang.
Lagipun ni majlis kawan En Wan so aku memang tak bajet kenal sesape kat sini.

'Rasanya tak kenal kot...saya Nana Rahman'.

Puan Nana, aku ni muka memang payah nak ingat, pulak tu tak penah jumpa.
Tapi namamu aku memang ingat.
Sebab ni antara reader terawal blog ni, betul kan?

Thank you sebab tegur.
Tapi lepas tu ko hilang kan?

Sebelum sampai majlis ni lagi, masa masuk the kampung aku dah bagitau En Wan 'I feel like home'.

Sebab, suasana kampung tu sebijik macam kampung Pak Aji.

Bila masuk khemah makan, aiseymannnnnnnnnnn. Sekali lauk tempe la!!
Apa lagi, aku pun kaut la sebanyak yang mungkin.
Bangsa tak tau malu kan.
Dah la hadiah ko bawak tak seberapa, tapi mentekedarah macam bawak hantu raya.

Lepas makan, balik.
Tapi sebab stress jalan jauh siap sesat, so Redza mengamuk-ngamuk ajak pegi jalan.

Singgah 1-U.
Dengan aku yang serbah-serbih berbaju kurung.
Tapi shopping punya pasal, belasahhhhhhh.

Mula-mula sekali masuk Parkson belikan seluar Redza. Kebetulan elok je jejak 1-U, getah seluar dia tertanggal. Dah macam anak orang hapa je jalan terkengkang-kengang sambil tarik seluar.


Terus pakai.

Baju and jeans.



Lepas beli baju Redza, gi makan.

Boleh eh? Padahal ko baru balik kenduri kan. Nak makan Japanese food tapi takut Redza tak reti makan lak. So masuk Just Thai.


Aku ingat nak makan nasik putih ngan ikan siakap kukus, with kerabu mangga and tomyam. Tapi, En Wan sibuk nak makan nasi pineapple.

Tensi.


Aku kan ada habit masuk restoran. Nak lagi restoran yang kat mall-mall. Yang selalunya interior dia macam gempak. Mula-mula sekali aku akan tengok sudu garpu dia. Kalau biasa-biasa je, maknanya makanan kat situ don't worry la. Tak mahal mana pun.

Tak caya, try. Selalunya macam tu la.


Padahal dia yang menghempas-hempas nak makan tadi. Dapat mainan je, settle. Kau boleh makan dengan tenang.

Padahal aku rasa ni Play Doh dia yang ke tiga ploh pat.
Kejap je dia punya excited.
Tak sampai rumah lagi, aku tengok tiga bendalah ni dah bergumpal jadi satu.

Air kalau mahal tapi rasa macam siapalis, chances untuk makanan sama tak sedap adelah hampir pasti.

But this one, marvelles! Air pure fruit juice.


'Apa yang Ija buat ni?'

'PacMan'


Nasi En Wan yang aku belasah sama. Tapi sikit je, dua sudu je.

(nak jugak explain. Ada orang tanya?)


Tomyam seafood aku. Konon mintak tomyam je, taknak nasik putih sebab sentap En Wan ambik ala-carte. Takkan aku nak hadap ikan siakap stim sorang-sorang kan. So paksa la ambik tomyam. Last-last aku bedal nasik En Wan gak.

Tomyam sangatlah kaw. Dia punya pedas tu berdesing!

Tak habis. Sebab pedas sangat.


Pembuka selera. Prawn with wantan apa ntah.

Ni untuk Redza ngan En Wan je. Aku takyah pembuka-pembuka selera de. Keturunan aku kalau kau hadapkan makanan memang belum penah tak berselera.


Lepas makan kan, aku cakap aku nak shopping.
So, kitorang berpecah sekejap sebab En Wan nak redeem voucher.
Aku pun bersiar-siar la kat kosmetik kaunter.
Memang dari semalam lagi dah plan nak carik compact powder Lancome. Kan sekarang powde Lancome tu tengah hot. Kat iklan tv, nuffnang semua ada pasal powder Lancome. Tapi aku tengok kaunter Lancome tu macam rumah berhantu je. Sepi takde orang. Sales dia pun duduk terconggok. Aku lalu-lalang depan dia pun dia buat dek. Kau nak keje ke taknak ni?

Ok, fine.
Aku pi kaunter Shiseido sebelah.
Kaunter ni kerek gila.
Orang lain dia layan, aku dia tak layan.
Barua.

Last-last aku pi Dior.
Sales ada dua tengah duduk kat kaunter.
Aku berdiri kat tempat lipstik and powder dia buat tak retiiiiiiiiiiiiiii je.
Series bengang.

Apehal takde orang nak layan aku ni??
Apa selebet sangat ke rupa aku dengan baju kurung and berselipar??
(memang buruk pun)

Malas layan. Aku blah.
Terserempak En Wan.
Tak tau apesal aku emo tetiba.
Rasa cam nak menangis dorang taknak layan aku.
En Wan tanya pehal muka cam mintak penampar ni?
So aku cerita la.

En Wan tarik aku kat tempat baju-baju. Dioa suruh aku beli baju and tukar terus.
Lagi emo laki aku ni kan?

Tapi aku rasa aku memag selebet la dengan baju kurung tu.
Orang lain ok je pakai baju kurung.
Sebab aku ni jenis nak selesa.
Rambut malas nak lepas. Aku ikat.
Keluar kereta tk touch up. Sape nak tengok aku kat 1-U? Ada? Takde kan? So, takyah.
Memula pakai heels, pastu rasa-rasa macam nak jalan jauh je kat mall ni, so aku tukar selipar.

Muka melekit tak touch up.
Baju kurung.
Selipar.
Rambut ikat.

Memang patut la pun orang tak layan kau.

Terus sambar dua blouse, dua seluar. And terus pakai.
Konon nak tengok ada perubahan tak nanti.


Aku tak bersidai lama pun. Aku sampai je terus sales ni bangun datang sebelah. Takde la vogue mana pun rupa aku. Baju ni pun nampak macam baju tido je dari belakang.

Tapi tu la, sikap kan? Kalau pompuan ni selekeh mesti takat nak sentuh-sentuh je, tak mampu beli.

Mentaliti, mentaliti. Plis eh?

Tapi aku tak beli pun. Try je. Saje je nak bagi pengajaran, orang yang nampak macam mampu beli pun kadang-kadang datang nak tengok-tengok je, dik. Tak semua orang yang singgah tu tak mampu beli, jadi sila lah layan semua. After all kau duduk je kat kaunter bukan buat apa pun, so apa salahnya beramas-mesra sket dengan potential customer?

Yang nampak macam mampu beli pun kadang-kadang bukan nak beli pun. Sebab dia tak pakai Dior, dia pakai Chanel!

Tensi dengan Dior, Shiseido and Lancome, aku pi Shu Eumura.


Di sinilah agaknya budak ni nampak aku.
Ye ke, dik?


Ni la yang aku malas angkut anak-anak pi bershopping. Kang tak pasal aku habis beribu sebab nak mengganti barang pecah. Bapak dia boleh snap-snapkan gamba lagi kan?


'Kulit you sesuai pakai powder ini sebab ia akan menjadikan muka you glow'.

Glow apa??
Glow in the dark?

Beria-ia dia promote maskara. Tapi aku rasa tak best la. L'oreal lagi best kot.



Geli tak tengok aku pose macam ni?

Haramjadahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.



Lagi sekali aku pose.

Ok, semua boleh muntah darah sekarang.


Hasil rembatan : Blouse 2 helai, suar 2 helai, compact powder, lipstik and mousse foundation.

Ok, pasni boleh duduk rumah dendiam makan biskut hi-fibre sampai hujung bulan. Jangan sibuk-sibuk nak kuar berjalan walaupun ke pasar malam! Kerana di pasar malam tetap ada barang yang boleh di-shoppingkan. Walaupun ianya cap ayam (katanya laaaaa...) tapi sunglass cap ayam tetap cantik-cantik.

Aku adelah manusia yang tak pakai foundation. Concealer apetah lagi.
Bagi aku, lepas cuci muka, sapu toner, mosturizer, compact powder, mekap sikit, dah.

2 tahun lepas baru aku belajar apply serum.

Now aku blaja apply under base.
Cuba korang try ni.
Aku rasa best la. Mudah.

Kekdah pemakaian :
Dikocok-kocok botolnya, pastu dipicit kepalanya, diramas-ramas di tangan dan dispank-spank ke muka.

Cukup jelas tak penerangan aku?

Kalau jelas, sila la ke kaunter yang berdekatan.